Thursday, May 01, 2014

Rebutan T/Prsiden PKR: Azmin Masih Di Depan.


Sebagai penyandang, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ada banyak kelebihan untuk memperolehi lebih undi berbanding dua calon lain bagi memastikan beliau kekal dalam jawatan. Gambar fail The Malaysian Insider. Sebagai penyandang, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ada banyak kelebihan untuk memperolehi lebih undi berbanding dua calon lain bagi memastikan beliau kekal dalam jawatan. Gambar fail The Malaysian Insider.

















Penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali masih paling depan apabila mendahului dua lagi lawannya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khali Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail dengan jurang undi yang besar.

Daripada keputusan awal setakat 27 April yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR,
  • Azmin setakat ini mendapat 5,111 undi 
  •  berbanding Saifuddin (2,322) 
  • dan Khalid (2,228).
Minggu ini akan berlangsung pemilihan di zon kedua melibatkan Sabah, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis bermula 2 hingga 4 Mei. Dalam pemilihan peringkat zon pertama minggu lalu, Azmin juga mendahului dengan memperoleh undi popular tinggi di negeri Sarawak, Johor, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Minggu terakhir pemilihan pula akan melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 9 hingga 11 Mei. Barisan kepimpinan baharu akan diumumkan selewat-lewatnya 13 Mei depan. Penganalisis sebelum ini juga meramalkan Azmin akan berjaya mempertahankan jawatannya walaupun mendapat tentangan sengit daripada Khalid dan Saifuddin kerana perpecahan undi daripada kelompok penentangnya.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dikatakan mempunyai kelebihan daripada segi sokongan dan kemahiran berpolitik. Berbeza dengan lawannya, Azmin mempunyai pengaruh akar umbi yang kuat di dua kubu PKR iaitu Selangor dan Sabah menyebabkan beliau sukar digugat.

Daripada 500,001 ahli PKR yang layak membuat pilihan kali ini, hampir separuh daripada mereka berada di Selangor dan Sabah. Selangor mempunyai 144,020 ahli manakala Sabah mempunyai 86,955 ahli PKR.
Azmin merupakan pengerusi PKR Selangor dan bekas pengerusi PKR Sabah sebelum ini. – 1 Mei, 2014. (TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails