Saturday, May 03, 2014

Hudud Bela Perogol? Mapim Selar Ketua Wanita Gerakan


 
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyelar pandangan biadab Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe (gambar) kononnya hukum hudud menyebelahi perogol dan tidak berlaku adil kepada mangsa.

Naib Presidennya, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, Tan yang menulis komen di laman Facebook seorang penyokong Gerakan, Andychew Andypfilcol berkata; "Andy wait until one fine day their daughters or grand-daughters being raped by a muslim man. Then they will cry!"  (Andy, tunggu hingga di suatu hari anak perempuan atau cucu perempuan mereka dirogol oleh seorang lelaki muslim. Baru mereka menangis!).

Menurut Tarmizi, tulisan Tan itu jelas bernada provokasi jahat terhadap pihak yang ingin melaksanakan hudud.

"Walaupun ia adalah sebahagian episod 'perang anak-beranak' yang menolak hudud, tetapi kenyataan beliau yang menganggap undang-undang hudud sebagai tidak adil dan membebankan mangsa rogol untuk mendapatkan pembuktian jenayah adalah suatu pembohongan.

Tarmizi menambah, Tan yang dipetik The Malay Mail Online juga menganggap undang-undang hudud sebagai 'sangat tidak adil' kerana apabila kejadian rogol berlaku, mangsa perlu memanggil seseorang sebagai saksi kejadian.
Menurut beliau, isu rogol yang dibangkitkan Ketua Wanita Gerakan itu tidak berasas memandangkan pembuktian jenayah rogol bukanlah seperti zina (hubungan seks antara bukan mahram dengan kerelaan pelaku).

Jelasnya, pembuktian dengan qarinah seperti air liur, DNA dan sebagainya boleh mensabitkan perogol ke hukuman takzir yang kadangkala lebih keras berbanding hudud sendiri.

"Antara perkara yang perlu difahamkan kepada mereka iaitu Hudud adalah sebahagian daripada hukum Jenayah Islam. Kes yang sukar dibuktikan melalui bayyinah biasa (4 saksi lelaki adil), boleh disabitkan dengan takzir yang sama seperti undang-undang sivil berdasarkan kebijaksanaan hakim dan pemerintah," ujarnya.

Tarmizi berpendapat, sikap gelojoh sebahagian bukan Islam dan penganut Islam sendiri terhadap keberkesanan hudud adalah disebabkan tiada track record enakmen itu dilaksanakan.

"Seumpama kes-kes sivil, sistem merujuk keputusan lampau mahkamah menjadikan penghakiman akan datang berkembang, mudah dan ada rujukan kes yang terperinci.

"Begitu juga dengan perjalanan Mahkamah Syariah yang kini melaksanakan hukuman jenayah Islam tanpa mengikuti kod hukuman hudud sebenar. Sekurang-kurangnya mereka telah ada rujukan kes yang sebenarnya menjadikan penghakiman akan datang lebih licin dan lancar," ujar beliau.

Tarmizi juga menggesa Umno untuk berusaha menangkis penghinaan terhadap syariah yang datang daripada anggota kerabat BN seperti Gerakan.

Beliau menasihati pemimpin Gerakan dan MCA yang begitu lantang menentang hudud malah sanggup mengambil tindakan undang-undang jika hudud dilaksanakan supaya terlebih dahulu mempelajari dan memahami sistem perundangan Islam. HARAKAHDAILY, 3/5/2014

1 comment:

Anonymous said...

apabila bukan Islam membuat kenyataan spt ini, adalah jelas mrk masih lagi kurang pengetahuan tentang hudud.

tiada usaha utk memberikan penerangan kpd bukan Islam. sepatutnya mrk yg beriya2 benar hendak melaksanakan hudud mestilah berusaha memberi penerangan kpd bukan Islam.

jika umno benar2 menyokong, sila beri ruang kpd ustaz2 utk memberi penerangan hudud ditv dan radio.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails