Saturday, September 06, 2014

Ke Mana Arah PasMa? -Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi


Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Phahrolrazi Mohd Zawawi (gambar) berkata NGO pro-Pakatan Rakyat itu tidak merancang untuk diperkembang menjadi parti politik untuk menggantikan PAS.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa PasMa mungkin menjadi platform bagi menubuhkan parti serpihan PAS. ADUN Pengkalan Kundor itu berkata, PsMa ditubuhkan oleh anggota PAS untuk mengukuhkan kerjasama di antara Pakatan Rakyat dengan menganjurkan dialog dan wacana.

"Dengan kata lain, peranan utama kami adalah untuk menyelamatkan Pakatan dari berpecah belah,” katanya kepada Malaysiakini.
"Bagaimanapun, politik adalah seni kemungkinan. Kumpulan dan pemimpin yang menyertai forum kami mungkin menimbulkan idea untuk menubuhkan parti baru untuk menggantikan PAS apabila melihat perkembangan baru, contohnya PAS cuba keluar dari Pakatan,” katanya.

PasMa mula mendapat perhatian sejak beberapa hari lalu sejak timbulnya spekulasi bahawa satu kumpulan dalam PAS merancang menubuhkan parti baru untuk menggantikan PAS. Laporan yang timbul setakat ini menyebut, PKR dan DAP merancang untuk menukar NGO tersebut menjadi satu parti baru.

Phahrolrazi berkata, NGO berkenaan juga tidak berniat untuk menggulingkan kepimpinan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan golongan ulama.

"Rangka kerja dalam parti tidak membenarkan kami untuk membincangkan isu sensiti, kami perlu merujuk kepada proses parti jika ingin menjemput sesiapa untuk berbincang.
“Jadi kami lakukan ini di luar rangka kerja parti,” katanya.
(MK)

15 comments:

Anonymous said...

Kalau nak jadi duri dalam daging lebih baik cepat2 keluar PAS tubuhkan parti baru.. x payah nak berlakon2 konon masih sayangkan parti.. patut pun arwah ustaz azizan x gemar dgn puak ni..

Anonymous said...

Ni puncanya PAS kalah di Kedah....Duri dalam daging.....ALLAH dah dedahkan siapa dia ni sebenarnya yang dulunya sering menganggu Allahyarham Ustaz Azizan.... Kebenaran akan timbul akhirnya...

Awang Mat husin said...

Dah Kalau tak mau Wala' pada pucuk pimpinan PAS...maka cepat-cepat la geng yg dikata kan profesional dlm PAS yg gaji mahai2yg kebanyakan balik dari ngaji luaq negara yg dok selindung dalam PAS pakat2 masuk PasMa @ pkr @ dap @ parti komunih malaya...biaq tinggai kami rakyat marhaein yg dikatakan tak cerdik n yang dok pacak bendera PAS masa pru ni dok dlm Jemaah PAS...hang pa mana tau turun pacak bendera minum pun dalam coffe house....

Anonymous said...

Geng pacak bendera Pas ni..brebut bila dpt duit Brim..mana reti minum kt coffe house.

Anonymous said...

Ini adalah petamda jelas bahawa kepimpinan abdul hadi begitu lemah dan kucar kacir.. selain membaca kitab abdul hadi tidak belajarilmu kepimpinan.. jadi beliau memang tak tahu memimpin.

Setakat bukak kitab berceramah tidakembolehkan kita mrnjadi pemimpin yg baik..

Anonymous said...

Saya setuju untuk membaiki segala kemelut ini ada baiknya abdul hadi berundur

bukan tak sayang hadi tapi lebih sayang perjuangan

Anonymous said...

Dari undi ulama tukang fitnah baik undi UMNO yg mmg jelas wataknya

Anonymous said...

Amanat Hadi makan Hadi

Anonymous said...

Ini bukan wala, tapi taksub dgn tukang fitnah

Anonymous said...

PAS kalah di Kedah pasal Azizan ta tahu kerja dan ikut model Hadi.

Pertama kali aku jumpa Hadi di ceramah di Hotel Johor aku dah nampak Hadi sombong.

Cuma masa itu aku baik sangka

Anonymous said...

Hadi dah tamat tempuh

Anonymous said...

Setuju memang PAS ramai tukang pacak bendera dan crowd control.PKR ta ramai orang2 yg sebegini.

Aku bukan PKR atau PAS lebih2 lagi UMNO dan DAP.Aku cuma pengundi biasa yg bny sponsor PAS kerana mahu BN jatuh utk bersihkan negara dari gangster, rasuah, maksiat agar anak2 dan bangsa Melayu selamat.

Tp bila lihat PAS yg lupa daratan terutama Hadi, aku akan undi dan masuk UMNO untuk jaga kepentingan keluarga kerana aku dah ta letak harapan pada PAS di bawah Hadi

Anonymous said...

Ya ka... Hang nampak saja....
Nampak dengan jumpa dengan tegur tak sama.
Anwar nampak baik tapi bekas banduan dan sekarang pesalah peliwat... Bukan den kata tapi mahkamah yang putuskan.

Anonymous said...

TGHH lupa daratan kah... Besar sungguh dosa TGHH tidak wala kepada peliwat.
Besar sungguh dosa TGHH mempertahankan TSKI bila dizalimi oleh peliwat.
Besar sungguh dosa TGHH apabila menurut titah Sultan dan tidak mendengar titah peliwat.
Besar sungguh dosa TGHH mempertahankan Pas daripada di ambil alih oleh peliwat.
Besar sungguh dosa TGHH mempertahankan selangor daripada diliwat oleh peliwat.
Memang jika anda peliwat, penyokong tegar peliwat TGHH berdosa besar bakal masuk neraka peliwat.
Tapi bagi yang bukan peliwat, penyokong tegar peliwat TGHH tidak bersalah, tidak sombong, tidak lupa daratan.
Mana lebih ramai peliwat dengan penyokong tegar peliwat berbanding bukan peliwat dan tidak menyokong peliwat.

Anonymous said...

Hadi awang yang keputusannya merewang rata tak layak jadi pemimpin....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails