Tuesday, September 02, 2014

Amaran Kepada Zahid, Jika Nak Sentuh Unit Amal, Sentuh Kami Dulu -Mujahid





BAYAN LEPAS: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa memberi amaran kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak menghala sasaran kepada  Unit Amal pula setelah bertindak terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Berucap dalam majlis Makan Malam PAS Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji di sini malam tadi, beliau berkata gesaan tindakan terhadap Unit Amal suatu yang mencabar kewibawaan kerana pasukan itu berkhidmat kepada masyarakat.

"Awas jika nak sentuh Unit Amal, sentuh kami dulu sebab pasukan tersebut bukan pasukan ganas atau pemberontak. Ia adalah pasukan kesayangan ramai masyarakat," tegasnya dengan nada kesal.

Beliau mempersoalkan kenapa Unit Amal diseret apabila berlaku kemelut penahanan anggota PPS setelah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengisytiharkan PPS pasukan haram kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu berkata, Zahid sendiri pun tahu bahawa pengorbanan anggota Unit Amal sudah terbukti ketika membantu melaksanakan kerja kebajikan terutamanya samasa kejadian banjir di Johor akhir tahun lalu.

"Pasukan Unit Amal telah terbukti berjasa kepada masyarakat iaitu ketika membantu kejadian banjir dan sebagainya. Ia ditubuhkan di bawah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang berdaftar yakni bukan di bawah parti haram," jelasnya. - HARAKAHDAILY 2/9/2014

1 comment:

Anonymous said...

unit amal pas juga haram, merekalah yang melanggar sekatan polis masa demonstrasi BerSHit dahulu ,

unit anal Amal hamPAS yang berseragam, berpangkat seolah satu agensi , seolah satu badan tentera adalah haram dan tidak sah walau dari segi apa pun !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails