Tuesday, September 02, 2014

Adun DAP Rayer Ditahan Susulan Tangkapan Anggota PPS



Adun Seri Delima RSN Rayer bersalaman dengan anggotan Pasukan Peronda Sukarela pada sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota, Pulau Pinang, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 1 September, 2014. 
Adun Seri Delima RSN Rayer bersalaman dengan anggotan Pasukan Peronda Sukarela pada sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota, Pulau Pinang, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 1 September, 2014.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer ditahan polis berikutan tangkapan atas anggota Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) semalam.
Ia disahkan Ketua Polis Daerah George Town ACP Mior Faridalatrash Wahid petang ini.
Rayer, salah seorang peguam membantu anggota PPS yang ditahan semalam, hadir di balai polis memberi kenyataan pada jam 3 petang ini dan terus ditahan.

Beliau dimaklumkan polis sedang disiasat di bawah Akta Pertubuhan.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang hadir di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berkata, Rayer akan bermalam di balai polis itu.
Dia juga berterimakasih kepada 21 peguam yang menyokong seruan membebaskan anggota PPS yang digelarnya "wira" dan "wirawati".
 
Katanya, Rayer akan dibantu Ahli Parlimen Bukit Gelugor, peguam Ramkarpal Singh.
Mior berkata Rayer ditahan atas kapasitinya sebagai pengerusi jawatankuasa PPS bagi Seri Delima.
"Dia ditahan lebih kurang jam 6 petang untuk membantu siasatan kerana dia pengerusi jawatankuasa PPS Seri Delima," katanya sambil menafikan Lim juga akan ditangkap. – 1 September, 2014. (TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails