Tuesday, September 02, 2014

Sokong W/Azizah MB: Kenyataan K/Muslimat PAS Dikelirukan?

 

KL: Kenyataan Wanita Pakatan Rakyat yang menyatakan sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor tidak ditandatangani oleh Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.

Malah, kenyataan itu juga belum sempat diperhalusi Siti Zailah berkaitan ayat-ayat dan maksud kenyataan tersebut, tegas Siti Zailah dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, pagi ini.

"Kenyataan semalam disebar tanpa sempat saya perhalusi dan ditandatangani serta Dewan Harian Muslimat turut memutuskan untuk menangguhkan kenyataan itu kerana membawa maksud yang berbeza," tegas beliau lagi yang sibuk dengan jadualnya di Sabah, kelmarin.

Bagaimanapun katanya, beliau memang ada menyatakan sokongannya terhadap Wan Azizah, tetapi ia berdasarkan kepada keputusan PAS Pusat yang mencadangkan Wan Azizah dan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali sebelum ini.

Siti Zailah yang kesal dengan penyebaran kenyataan tersebut turut menegur pimpinan wanita yang bertindak menyebarkan kenyataan tersebut tanpa tandatangan beliau.

"Saya tidak mahu berbalah. Hanya Allah yang mengetahui isi hati saya. Wala' kami kepada keputusan PAS Pusat sahaja," kata beliau lagi.

Semalam, Wanita Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan bersama untuk menyatakan sokongan penuh kepada Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor. Kenyataan itu didakwa turut ditandatangani Siti Zailah, yang dilihat tidak selari dengan keputusan PAS Pusat berhubung krisis politik di Selangor itu. - HARAKAHDAILY 2/9/2014

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?

1 comment:

Anonymous said...

Begitulah pemimpin2 PR terutamanya PKR dan DAP... suka pekena orang dan suka buat keputusan tanpa persetujuan kawannya (PAS). itulah yg berlaku dalam kes MB Selangor... Buat keputusan dan hebah dahulu (ckp semua dlm PR setuju) kemudian baru nak ajak berunding. Itu cara Israel. Yg peliknya masih ramai dalam PAS (geng anwarinas lah) yg menyokong

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails