Monday, September 01, 2014

DUP S'gor Lulus Usul Kecam Adun Sokong Wan Azizah




Dewan Ulama PAS Selangor berhimpun di Klang hari ini. – Gambar Facebook Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, 31 Ogos, 2014. 
Dewan Ulama PAS Selangor berhimpun di Klang hari ini. – Gambar Facebook Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, 31 Ogos, 2014. 
 
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor hari ini dikecam Dewan Ulama negeri susulan keputusan mereka menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar (MB).

Perkara tersebut diputuskan selepas usul dibuat dalam Muktamar Tahunan Ulama PAS negeri Selangor kali ke-26 yang berlangsung hari di Klang, hari ini.

"Muktamar sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mengecam tindakan Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang bertindak menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor tanpa pengetahuan dan persetujuan parti," menurut kenyataan dalam akaun Facebook Dewan Ulama hari ini.

Selain keputusan mengecam Adun Hulu Kelang dan Morib tersebut, Dewan Ulama negeri juga mendesak tindakan diambil ke atas mereka.

"Dewan juga menyerahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat mengambil tindakan ke atas Adun berkenaan berdasarkan Fasal 82, Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011," kata kenyataan itu.
Muktamar tersebut dirasmikan pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat,  Datuk Dr Mahfodz Mohamad.

Ketika kemelut di Selangor berada dalam keadaan tegang menanti PAS membuat keputusan rasmi dua minggu lepas, Saari dan Hasnul mengambil langkah menyokong Dr Wan Azizah secara terbuka.
Ia menyebabkan mereka menerima kritikan dan kecaman daripada parti sendiri. Bagaimanapun, mereka menyatakan kesediaan berdepan sebarang tindakan disiplin.

PAS Pusat pada 17 Ogos memutuskan mencalonkan Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, walaupun PKR bertegas menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan hanya dua daripada 15 Adun PAS di Selangor menandatangani SD menyokong Dr Wan Azizah. Sebelum ini, Mahfodz yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS mendesak pemecatan kedua-dua Adun tersebut. – 31 Ogos, 2014. (TMI)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?

1 comment:

Anonymous said...

haha usul paling bangang dari puak yg angkat diri sendiri sebagai ulamak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails