Saturday, September 06, 2014

PASMA: Sudah Wujud, Tapi AJKnya Belum Jelas..


Thumb dabd

 

Ir Phahrolrazi

KL: Cakap-cakap mengenai kemungkinan PKR dan DAP menarik masuk sebuah parti baharu alternatif kepada PAS berikutan kemunculan sebuah organisasi baharu dikenali sebagai PasMA (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) yang ditubuhkan pada 11 Ogos lalu, mulai tersebar.

PKR, DAP dan beberapa pemimpin PAS kecewa dengan tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menamakan tiga ahli exco daripada PAS untuk jawatan kerusi panas itu.
Dan mereka mungkin berusaha mengubah haluan PasMA yang ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan, bulan lalu ke dalam parti politik.

Dan dalam tinjauan Weblog Ibnu Hasyim, berita ini menunjukkan jelas PASMA sudah wujud.

Pada Khamis, muka depan The Star melaporkan PAS menghantar senarai nama kepada Sultan Selangor dengan menamakan ahli exco PAS untuk mengisi jawatan tertinggi itu. Senarai nama pemegang jawatan PasMA yang kebanyakannya terdiri daripada penyokong Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kalangan PAS, tersebar melalui media sosial.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki berkata, PasMA ditubuhkan oleh sekumpulan invidivu yang terlibat dalam usaha mempengaruhi kepimpinan PAS sejak 1990. Dr Zuhdi, yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, berkata kumpulan tersebut cuba untuk menentukan siapa yang patut memegang portfolio penting dalam parti, termasuk kedudukan ketua-ketua sayap dan jawatan tertinggi dalam parti.

"Tetapi kali ini, kita melihat satu langkah terdesak untuk mencabar Presiden PAS.
"Sekiranya mereka gagal untuk memaksa perubahan, saya tidak terkejut jika PasMA ditransformasikan sebagai sebuah parti politik," katanya.

Dr Zuhdi merupakan pemimpin PAS pertama menyerang Anwar berhubung agenda Langkah Kajang.
Presiden PasMA, Datuk Phahrol­razi Mohd Zawawi terkejut apabila mengetahui senarai nama pemegang jawatan dalam NGO itu yang berbeza, tersebar di media sosial.

"Saya tidak tahu jika ada sesiapa merampas pertubuhan kami. PasMA adalah sebuah NGO yang berdaftar dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan).
"Mungkin terdapat entiti lain yang menggunakan nama yang sama tetapi berfungsi sebagai parti politik tanpa saya sedari," katanya.

Phahrolrazi, yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah berkata, beliau merupakan Presiden PasMA dan Timbalannya adalah Ahmad Husin (Kelantan), manakala Taib Ahmad (Kedah) adalah setiausaha agung dan bendahari dipegang oleh Ismail Abdul Rahman.

"Kami ada kira-kira enam ahli jawatankuasa dan wakil dari setiap negeri," katanya.
Namun, di media sosial, nama pemegang jawatan yang tersebar berbeza dengan nama yang dinyatakan Phahrolrazi.
Dalam senarai tersebut, Ahmad Awang (Perak) dinamakan sebagai Mursyidul Am PasMa, Muhammad Husin (Kelantan) timbalan, manakala Datuk Husam Musa sebagai presiden, Timbalan Presiden Dr Hatta Ramli, Naib Presiden Dr Dzulkifli Ahmad, Khalid Samad dan Dr Mujahid Yusof Rawa.
Ketua Pemuda adalah Sheikh Omar, Ustaz Mohamad Nor sebagai ketua ulama dan ketua muslimat adalah Aiman Athirah.
Antara, ahli Jawatankuasa PasMA adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hanipa Maidin.
Phahrolrazi berkata semasa Dr Hatta membantu penubuhan NGO itu, Husam tidak terlibat secara aktif.

"Husam mengadakan jamuan makan malam untuk kami apabila kami mengadakan forum di Kelantan pada minggu lalu. Tetapi Husam tidak menghadiri forum tersebut," katanya.

Phahrolrazi berkata, mereka merancang untuk mengadakan forum di Lembah Klang pada minggu lalu untuk membincangkan mengenai PAS dan Umno. Katanya, antara penceramah jemputan untuk forum tersebut termasuk Ahmad Awang, Husam dan Dr Mujahid.
“PasMA ditubuhkan bagi menyediakan platform untuk perbincangan," katanya.
(Sumber mStar dan interbiau dengan beberapa individu)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: “PasMA ditubuhkan bagi menyediakan platform untuk perbincangan,". Ertinya masih ada jalan selesai lagi..

1 comment:

Anonymous said...

Apa nak dipelikan ngo dan parti politik berlainan.
Apabila nak tubuhkan ngo atau parti politik kena daftar dengan ROS bukanya macam dap tubuhkan militan bersenjata sesuka hati.

Ngo Pasmas mestilah tidak sama dengan Parti Pasmas biar pun nama yang sama.
Malah tidak terkejut jika maklumat viral yang tersebar bocornya di ROS.
Bukan hanya anwar mempunyai pengintip di dalam AJK Pusat Pas....
PAS punyai puluhan ribu ahli di dalam kerajaan yang memberikan maklumat secara rahsia.

Lebih ramai penyoking pas daripada penyokong peliwat.

Sebab itu pasmas diatur gerak sebagai parti politik apabila laluan untuk rampasan kuasa di dalam pas tidak dapat dilaksanakan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails