Monday, September 01, 2014

Jangan Anggap PAS Sama Dg Parti Lain -Abd.Hadi.



KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli-ahli PAS supaya jangan menganggap parti itu sama dengan parti yang lain. Ini, katanya kerana ada dalam kalangan mereka yang menganggap bahawa PAS sama dengan PKR dan DAP.

"Kita dalam jamaah kita yang benar, yang betul, tegak Islam yang sempurna. Jangan anggap serupa, ini tak betul, tak sama," tegasnya ketika merasmikan Nadwah Pemerkasaan Duat (NEKAD) anjuran Lajnah Dakwah PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengingatkan para pendakwah supaya sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tugas termasuk pungutan derma. Justeru, tegasnya para pendakwah jangan berbohong dan menipu dengan pungutan derma.

"Pendakwah jangan bohong, penipu, pungut derma jangan salah guna untuk diri, bukan untuk Islam," ujar beliau di hadapan kira-kira 1,000 peserta.

Jelasnya, duit hendaklah dijalankan alat dalam berdakwah, bukannya matlamat. Beliau menekankan bahawa pendakwah perlu mempunyai sifat bijaksana dan jangan menjadi pendakwah yang bodoh. Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan iaitu
  • Duat: Mengangkat Izzah Islam dan Jamaah oleh AJK PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki dan 
  • AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Azhar Yaacob, 
  • Duat: Membugar Fikrah dan Menyebar Risalah oleh Ketua Penerangan DUPP, Datuk Dr Khairudin Aman Razali at-Takiri dan 
  • Duat: Mendepani Cabaran Perang Cyber oleh Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.
  • Pidato Am bertajuk Duat: Agen Jamaah akan disampaikan oleh AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Pengerusi 4 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Dr Ridhuan Mohd Nor dan 
  • AJK DUPP merangkap Ketua DUPN Pahang, Ustaz Mokhtar Senik.
Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan merasmikan majlis penutup pada jam 5.00 petang. - HARAKAHDAILY 1/9/2014

2 comments:

Anonymous said...

sama jer ngan parti lain , giler nok rebut kuasa, lepas dapat kuasa islam kemana pitih jugak yang diutamakan,,,

abuamir said...

Memanglah tak sama sebab ahli di minta wala tetapi pemimpin ikut suka hati dialah nak buat apa. Kalau belum masuk waktu solat tetapi imam nak angkat takbir solat, boleh ke kita ikut imam macm tu? Mesyuarat belum putuskan apa2 tetapi pemimpin dah keluarkan kenyataan, bila ahli persoalkan sibuk kata mana wala?

Imam kalau dah ingat2 lupa lebih baik kita lantik imam lain.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails