Tuesday, September 02, 2014

'Penggal kepala'Dayak: Laporan Polis Dibuat.

 
NGO Kongres Kebangsaan Dayak (DNC) hari ini membuat laporan polis berhubung dua tulisan di Facebook yang mengajak supaya kepala golongan Dayak dipenggal.

Tulisan di Facebook “JIM - Jemaah ISIS Malaysia” itu antaranya menyebut: "Sabah Sarawak adalah negeri kafir maka wajib ke atas umat Islam menyembelih rakyat mereka di sana."

Sementara sebuah lagi mengaitkan penduduk pribumi Borneo itu sebagai “golongan yang berpakaian tetapi bertelanjang dan mereka akan menghuni api neraka”, seperti disebut dalam hadis.

"Yang dimaksudkan itu adalah Dayak. Mereka bercawat tapi masih nampak kemaluan. Barang siapa bertemu dengan golongan ini. Penggallah kepalanya,” demikian tulisan itu.

Semakan Malaysiakini pada 5.20 petang mendapati Facebook itu telah tiada.

Bercakap di balai polis Sungai Maong, Kuching, Setiausaha DNC Alim Mideh (kanan) menuntut polis menjalankan siasatan segera kerana tulisan itu bukan sahaja menghasut tetapi juga boleh mencetuskan rusuhan kaum dan agama.

“Masyarakat Dayak sangat marah dengan kenyataan ini. Bagi mengelakkan insiden tidak diingini, bagi menjamin keharmonian kaum di tahap terbaik, polis harus menjalankan siasatan segera dan menghentikan kenyataan menghasut ini.

“Jika polis tidak bertindak, anggota masyarakat Dayak lain yang terlalu emosional mungkin meletakkan undang-undang di tangan mereka sendiri,” kata Alim. (MK)


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Weblog ini telah menerbitkan artikel catatan perjalanan  Ibnu Hasyim ke Kalimantan,  menceritakan kisah kaum Dayak di Kalimantan, sebanyak 21 siri. Siri ke 10 ..

 ..disiarkan pada 7 Mc 2012 mempunyai 105 ulasan setakat ini. Mempunyai pembaca tertinggi berjumlah 132,608 pelawat.  Terima kasih kepada pembaca sekalian. Kalau perlu, sila tuan lihat dan beri komen.
(IH)

Lihat  semua siri..
E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan
E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan

1 comment:

Anonymous said...

Jangan bermain api dengan bangsa kami Dayak, please jangan hina kami , jangan perlekeh kami , kami juga manusia macam kalian yang ada harga diri ..ada emosi dan ada maruah .

Fb yg mengajak orang penggal kepala Dayak itu siapa? kalau memang berani dan anak jantan ..persilakan tampil kehadapan, kalau memang anak seorang lelaki tunjuklah muka.

datanglah dan berkenal-kenalah dengan bangsa kami Dayak yg kamu hina, kami bangsa pemaaf ..kami bangsa rendah hati, tak apa ..kami mungkin akan maafkan jika kamu minta maaf.

sekali lagi, saya pinta jangan cabar kemarahan Bangsa Dayak, walau dimana anda, walau siapa anda, Dayak ada dimana2 !
kami boleh cari anda ..kami boleh dapatkan ID anda, kami boleh kenalpasti siapa anda ,

ingat, dunia ini kecil sahaja, jika anda pandai menyorok, teknologi juga pandai mencari , jangan ingat bangsa Dayak sebodoh yg anda fikir ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails