Thursday, September 04, 2014

Aib Artis Gambar Bogel Jadi Tontonan Umum Gara-gara Penggodam.

Foto-Foto bugil Jennifer Lawrence tersebar di dunia maya
New York: Gambar bogel ramai selebriti terkenal termasuk pemenang Oscar, Jeniffer Lawrence dan penyanyi pop Rihanna kini bertebaran di Internet gara-gara penggodam. Ia dipercayai dilakukan penggodam yang melakukan pencerobohan terancang dan besar-besaran ke atas akaun peribadi selebriti terkenal.

Ketika beberapa artis mendakwa gambar berkenaan adalah palsu, Jennifer sebaliknya mengakui ketulenan imej yang tersebar itu. Aktres yang merangkul anugerah Oscar melalui filem Silver Linings Playbook itu berkata, dia berasa pelik apabila privasinya dirampas orang tidak dikenali.

Ejen Jennifer pula berkata, mereka akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang bertanggungjawab membocorkan data berkenaan.

“Ini jelas melanggar privasi.
“Pihak berkuasa dimaklumkan dan mereka pasti mengambil tindakan ke atas sesiapa yang menyebarkan gambar Jennifer,” katanya.

Hasil penggodaman itu sejumlah gambar bogel Jennifer disebar di Internet, termasuk beberapa keping selfie. Selebihnya gambar Jennifer, 24, yang dirakam pihak kedua atau ketiga. Media melaporkan, sejurus gambar sulit itu tersebar pengguna laman sosial mula menggunakan ‘trending’ Jennifer Lawrence.

Menurut media, gambar berkenaan diperoleh apabila penggodam menceroboh akaun iCloud, Mashable dan beberapa media sosial lain. Turut menjadi sasaran, Avril Lavigne, Amber Heard, Gabrielle Union, Hayden Panettiere dan penjaga gol skuad bola sepak Amerika Syarikat (AS), Hope Solo. Tidak cukup dengan itu, akaun artis lain seperti Hilary Duff, Jenny McCarthy, Kaley Cuoco, Kate Upton, Kate Bosworth, Keke Palmer dan Kim Kardashian juga diceroboh.

Bekas bintang Nickelodeon dan penyanyi Victoria Justice bagaimanapun menafikan imej menyerupai dirinya adalah asli.

“Gambar kononnya saya berbogel itu palsu,” katanya melalui Twitter.

Jurucakap Ariana Grande juga turut menafikan gambar terbabit dan memberitahu ia tidak benar sama sekali. Namun pelakon filem seram Mary Elizabeth Winstead yang turut digodam gambarnya mengakui dia begitu kecewa dengan apa yang berlaku.

“Kepada sesiapa yang melihat gambar saya bersama suami beberapa tahun lalu di rumah kami, harap kamu mampu berasa hebat dengan diri sendiri,” katanya.
-AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Artis atau selebriti Malaysia pun kena hati-hati.. apa lagi yang beragama Islam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails