Saturday, September 06, 2014

Nak Tubuh Parti (Mirip PAS) Baru? -Apa Kata Presiden PAS..





MARANG: Penubuhan parti baru dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen adalah perkara biasa, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa yang nak tubuh parti, sila tubuh," ujarnya ketika menjawab pertanyaan pada Majlis Dailog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini semalam. (Video)

Selanjutnya Ahli Parlimen Marang itu mempersilakan mereka yang berlainan pendapat di dalam PAS yang mahu menubuhkan parti sendiri.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," ujarnya disambut dengan laungan takbir.

Dalam nada berseloroh, katanya jika ada seekor nyamuk menyebabkan tidak lena tidur.

"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila.
"Saya tak tahu, surat khabar tanya, ni saya tak baca berita ni," jelasnya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin.  (Foto bawah oleh Buletin Online) - HARAKAHDAILY 6/9/2014

4 comments:

bat8 said...

Tuan

Pada pendapat saya, terlalu awal untuk bercakap tentang penubuhan parti baru. PAS bukan milek mana-mana kelompok. PAS adalah sebuah institusi dengan sejarah dan perlembagaan yang tersendiri. Ahli-ahli PAS boleh menyelesaikan masaalah yang timbul sekarang menggunakan mekanisme dan perlembagaan yang ada.

Apa yang kita lihat sekarang, TGHH dan geng telah melanggar setiap peruntukan didalam Perlembagaan PAS. Yang paling besar ialah rujukan perlembagaan PAS ia itu KITABULLAH, SUNNAH, IJMAK & QIAS.

Kedua, beliau dan gengnya telah mengingkari keputusan tertinggi PAS yang dibuat di Muktamar PAS Ipoh 2008 yang mengariskan 2 perkara penting. Pertama, menolak sebarang kerjasama dengan UMNO dalam apa jua bentuk. Kedua, PAS komited untuk bersama Pakatan.

Keputusan ini adalah keputusan yang tertinggi dan tidak boleh diubah oleh mana-mana organ PAS seperti MSU,Dewan Ulamak, AJK PAS Pusat, Pemuda atau muslimat. Sebarang keputusan muktamar hanya boleh diubah melalui muktamar sahaja. Jika engkar kepada dasar ini bermakna tidak wala kepada jamaah. Orang yang tidak wala boleh dihukum pancung - maknanya satu kesalahan yang amat besar.

Jika asas ini kita fahami, kita tahu dimana duduknya tindakan TGHH dan gengnya didalam isu MB Selangor. Termasuklah membuat keputusan bersendirian menamakan calon jawatan MB Selangor dengan membelakangkan AJK PAS Pusat dan menggunakan nama MSU yang nyata keputuaan itu juga bertentangan dengan keputusan Muktamar Ipoh 2008.

Langkah pertama.yang boleh dibuat oleh ahli-ahli PAS ialah menggunakan peluang di Muktamar ke 60 di Johor ini untuk menyelesaikan isu dalaman ini.

Sama-sama kita lihat bagaimana pula tindakan TGHH dan geng untuk mengelak dikritik didalam muktamar ini nanti.

Anonymous said...

Wah TGHH dan gengnya.... Maksud anwaris ulamak di dalam pas semua geng TGHH, ustaz di dalam pas semua geng TGHH, sapa tidak sokong anwar adalah geng TGHH...

Nah kami tak takut digelar geng TGHH sebab kami memilih untuk berdiri di hadapan 360 darjah di bawah pimpinan ulamak.

Setakat anwaris yang mendewatakan anwar ibrahim apa la nak ditakutkan.
Sama ada mereka tubuh parti baharu mahu pun rampas kuasa.
Yang mereka dapat cuma nama.....
Ahli akar umbi tetap bersama pimpinan ulamak dan bukannya pimpinan peliwat yang di sahkan oleh mahkamah.

bat8 said...

Anon 3:12

Sdra pasti bukan orang PAS. Hanya cai UMNO yang menghulur penumbuk untuk menjahanamkan PAS. Anda tak tahu apa2 pasal perlembagaan PAS sama seperti sdra buta tentang perlembagaan UMNO parti sdra.

Isu sekarang bukan isu TGHH dan geng atau anwarista. Ia berkaitan dengan pelanggaran perlembagaan PAS. Ia berkait rapat dengan keingkaran mematuhi keputusan muktamar Ipoh 2008.

Kalau majoriti ahli PAS yang membuat keputusan muktamar ipoh 2008 itu anwaristas,takpe lah. Mereka majoriti didalam PAS. Manakala, puak UG yang hendak bersama sdra hanya ciput je.

Anonymous said...

punah ranah teruk ...

berlainan pendapat terus suruh keluar PAS

kamu yg lain dari yag lain

kamu lah yang keluar...

errrkkkkkk.....

apa2pun.... statement low class dari high rank party

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails