Wednesday, September 03, 2014

Lagi, K'jaan M'sia Gagal Tangani Arak. Berbogel Kerana Mabuk..

Foto WANITA yang mabuk ditahan anggota polis selepas merempuh tiang jambatan di Pattaya.

Petaling Jaya: Menggunakan konsep jualan arak ‘pandu lalu’. Itu kaedah digunakan premis menjual arak murah kepada golongan lelaki tempatan termasuk golongan belia di sekitar Taman Sri Manja, di sini.

Premis berkenaan terletak di lorong sunyi antara bangunan rumah kedai dikesan menjadi ‘syurga’ golongan kaki botol berikutan harga arak dijual jauh lebih murah berbanding pasaran. Tinjauan wartawan Harian Metro sejak seminggu lalu mendapati pemilik premis bebas menjual minuman keras kepada orang awam termasuk pelanggan Melayu serta remaja bawah umur.

Hasil uji beli dilakukan wartawan, pemilik premis menjual minum keras pada harga cukup murah iaitu RM10 bagi tiga tin minuman keras.  Ia berbeza dengan harga pasaran iaitu sekitar RM7 bagi setin minuman keras. Dipercayai pemilik premis mampu menjual arak itu pada harga murah berikutan minuman keras itu belum dibayar cukai Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

Foto SUASANA kedai menjual minuman keras di Taman Sri Manja.

Ia berbeza dengan harga pasaran iaitu sekitar RM7 bagi setin minuman keras. Dipercayai pemilik premis mampu menjual arak itu pada harga murah berikutan minuman keras itu belum dibayar cukai Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

Bahaya arak: Sudah khayal, bertelanjang, ganas pula

Chon Buri: Seorang wanita merempuh kereta dipandunya pada tiang sebuah jambatan di Pattaya sebelum menendang pegawai polis yang cuba menahannya. Dalam kejadian jam 2 pagi kelmarin, Left Kwanchai Namkanitsorn berkata, dia melihat wanita awal 20-an itu keluar dari keretanya selepas kemalangan berlaku.

“Berdasarkan kepada keadaannya yang tidak berpakaian sempurna dan tanpa kasut, saya percaya dia mabuk,” katanya.

Apabila cuba ditahan, wanita terbabit bertindak ganas dengan meronta serta menendang Kwanchai.
Polis itu juga dimaki, manakala wartawan yang mengambil gambarnya dicerca.
- Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerana arak manusia hilang akal. Hilang akal atau tidak siuman segala-gala boleh jadi, termasuk berbogel macam binatang. Kerana langgar pesan Nabi, "Arak punca kejahatan." Itu antara bahadi berjinak-jinak dengan kencing syaitan!

Setakat ini kerajaan Malaysia masih gagal menangani masalah arak, menjadikan Malaysia sebagai pusat 'punca kejahatan' yang bertentangan dengan perlembagaannya sendiri, 'Islam agama Persekutuan (Perkara 3). Apakah gagal kerana pemimpin-pemimpinnya yang mengaku Islam pernah minum arak?

Pepatah mengatakan, "Anjing, sekali makan  tahi, kalau tak makan pun tetap cium juga!"

4 comments:

Anonymous said...

ibenu hasyim kenapa kt selangor byk kedai arak?

Anonymous said...

Selanor itu dalam Malaysia, Malaysia negara umat Islam yang banyak kedai arak.

Kerana Malaysia mengamalkan undang penjajah, bukan undang-undang Islam. Nak Islam kena kempen undi parti Islam sampai menang.

Anonymous said...

tanah kat selangor tu kerajaan persekutuan punya ker..?

Anonymous said...

Pergi tanya pejabat tanah. Yang penting kena ikut undang persekutuan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails