Thursday, September 04, 2014

Calon MB S'gor, PAS Hantar 2 Adun PKR, 1 PAS -Disahkan SU PAS.


 

KUALA LUMPUR: PAS menghantar dua nama Adun PKR dan satu daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak menyebut nama ketiga-tiga Adun berkenaan.

"Buat masa ini nama tu biarlah dulu," ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, senarai nama itu dihantar terus oleh Pejabat Presiden PAS kepada Istana Selangor. Jelasnya lagi, PAS menghantar tiga nama kerana pihak Istana Selangor telah menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama.

"Jadi lebih daripada dua nama, sekurang-kurangnya tiga," ujarnya beliau lagi sambil menyatakan senarai itu dihantar semalam.

Beliau menjelaskan lagi bahawa senarai calon Menteri Besar Selangor selepas Pilihan raya Umum 2008 dan 2013 lalu ditandatangani oleh Presiden PAS. Pada 27 Ogos lalu, Istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September.

Surat itu dialamatkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Sehari sebelum itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Baginda menitahkan supaya PAS, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan. - HARAKAHDAILY 4/9/2014

3 comments:

Anonymous said...

Sedih PAS telah melanggar janji dan tidak bercakap benar. Biarlah politik itu dibawah Islam bukannya politik itu atas pada ajaran Islam yg menyuruh kita patuh pada janji dan bercakap benar. Rasullullah pun patuh padah perjanjian Hudaibiyyah walaupun nampak berat sebelah dan Allah redha lalu Islam berjaya menakluk kota Mekah.

Anonymous said...

Pas tak peduli dengan janji.soalnya sekarang jawatan MB mesti menjadi milik pas.Apa nak kata pun Pas tak peduli asalkan jawatan,pangkat menjadi idaman.Soal Islam tolak tepi dulu,ini ulamak serban tebal berlilit2

Anonymous said...

Setuju hantar lebih nama untuk jawatan presiden pas.... q

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails