Thursday, September 04, 2014

Pakatan Tanpa PAS, Siapa Rugi? -Subky Latif.


Penulis politik terkenal Subky Latif mengingatkan, bukan PAS sahaja yang akan rugi jika parti Islam itu keluar daripada Pakatan Rakyat. Sebaliknya, kata kolumnis akhbar web PAS Harakahdaily itu, ia akan turut memberi kesan kepada DAP, PKR serta masa depan karier politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“DAP boleh masuk kampung sekarang kerana ia dibawa oleh penyokong PAS. Kalau PAS sudah tidak bersamanya, mungkin ia terpaksa mengambil 50 tahun lagi untuk jadi parti 'Malaysian Malaysia'.
“Masa itu bukan saja (ketua anggota parlimen DAP) Lim Kit Siang sudah mendiang, (Setiausaha Agung Lim) Guan Eng juga mendiang.
“Buat Brother (saudara) Anwar, apa pula ruginya? Almarhum tanpa jadi perdana menteri,” katanya.

Dalam kolumnya di Harakahdaily hari ini, Subky (kanan) juga berkata, ketiga-tiga parti dalam Pakatan akan kehilangan banyak kerusi jika Pakatan berpecah dan bertanding sesama sendiri dalam pilihan raya raya, selain berdepan BN.

Katanya, DAP mungkin dapat pertahankan banyak kerusi kerana tidak bergantung kepada undi Melayu, tetapi ia akan hilang penyokong Melayu di seluruh negara.

'Tak keluar kecuali dikeluarkan'

Memetik bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib (bawah) yang kini menganggotai PAS, Subky berkata, PAS akan rugi besar jika keluar daripada Pakatan.

“...dan saya yakin beliau pun tahu PAS tidak akan keluar daripada Pakatan kecuali dikeluarkan, atau DAP dan PKR keluar daripada Pakatan Rakyat,” kata Subky.

Veteran politik itu menegaskan, daripada mula PAS tidak berganjak daripada Pakatan, cuma rakan Pakatan tidak membantu PAS untuk “merungkai perbezaan yang sesungguhnya banyak”.

“PAS tidak dapat beri lebih daripada yang dimampunya,” tambahnya lagi.

Beliau juga menyuarakan kritikan terhadap Langkah Kajang untuk menukar menteri besar yang dilihatnya “seperti hendak meminggirkan PAS daripada Pakatan”.

“Yang ikut merasa sedih dengan gara-gara Langkah Kajang sekarang bukan penyokong Pakatan saja, (bekas timbalan perdana menteri) Tun Musa Hitam yang ingin melihat demokrasi itu subur juga terkilan dengan cara politik Selangor ditangani,” katanya. (MK)

2 comments:

Anonymous said...

Kalau PAS dalam PR bikin tikam belakang selalu, keputusan mesyuarat bersama pun tak mau ikut..ikut2 suka ..lebih baik PR tanpa PAS. Itu PAS sudah mabuk sama 3TA. HarTA,tahTA,waniTA..

Anonymous said...

Kalau PAS dalam PR bikin tikam belakang selalu, keputusan mesyuarat bersama pun tak mau patuh...ikut2 suka dia je.. Tak da akhlak ISLAM pun, nama je parti ISLAM..nama boleh letak ISLAM, praktikal amal ISLAM tak da.....lebih baik PR tanpa PAS. Itu pun PAS sudah tengah mabuk sama 3TA. HarTA,tahTA,waniTA..Malu pd bukan ISLAM.Nak dakwah bukan ISLAM macamnie..? Sendiri pun tak da akhlak ISLAM macamana nak dakwah bukan ISLAM.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails