Tuesday, September 02, 2014

'UntukMu Sarawak' Hari Malaysia PAS 2014





Miri telah diberi penghormatan oleh PAS pusat sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 2014.

Antara program yang akan diadakan sepanjang sambutan Hari Malaysia adalah pertandingan mewarna 'UntukMu Sarawak' terbuka kepada semua, terutama kanak-kanak pra-sekolah dan juga dari tahap 1 hingga ke tahap 2.

Disamping itu, ada juga acara Larian ‘UntukMu Sarawak’ terbuka untuk semua golongan yang akan bermula dari MYY Mall Miri pada pagi ahad 14 Sept 2014.

Antara lain acara yang akan diadakan sepanjang Hari Malaysia adalah konvoi kembara bersama dengan pimpinan PAS, memberi sumbangan kebajikan kepada penduduk yang kurang bernasib baik di sekitar bandaraya Miri serta pameran dan derma darah juga akan diadakan di MYY Mall Miri.

Kemuncak program sambutan Hari Malaysia adalah majlis makan malam Pakatan Rakyat Hari Malaysia pada 15 September 2014 di Eastwood Valley Miri.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah antara tetamu jemputan khas untuk memberi ucapan pada malam tersebut. Semua rakyat Sarawak dan penduduk Miri khasnya dijemput hadir bersama untuk meraikan majlis dan program sempena sambutan Hari Malaysia itu nanti.

PAS akan terus bersama rakyat dan inilah masa untuk orang ramai mengenali PAS dengan lebih dekat lagi sepanjang sambutan Hari Malaysia.  Kehadiran anda semua untuk meraikan program ini amat dihargai tanpa mengira bangsa, agama dan juga fahaman politik. Kerjasama dengan pihak keselamatan untuk memudahkan perjalanan program ini juga amat dialu-alukan.

Sebarang pertanyaan untuk penyertaan dalam aktiviti program sepanjang sambutan Hari Malaysia bersama PAS boleh hubungi nombor telefon dibawah:-

Hakimah: HP 0139705078 untuk Pertandingan Mewarna
Mohd Asrul: HP 0192669326 untuk acara Larian UntukMu Sarawak
Mohammad Arifiazul: HP 0138377505 untuk tempahan tiket makan malam sambutan Hari Malaysia. (HD)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails