Monday, September 01, 2014

Ada Pakej "Isteri Sewa". Bhg Agama Sila Bertindak Segera!



Tawaran khidmat pegawai perhubungan pelanggan (GRO) kini bukan sahaja terhad melayan pelanggan di pusat-pusat hiburan tetapi mereka yang terdiri dalam kalangan warga asing itu juga boleh dijadikan 'isteri sewaan' bagi mana-mana lelaki yang terdesak memerlukan suri rumah.
Makna 'isteri sewaan' yang dikesan berlaku di Lembah Klang ialah sindiket menawarkan wanita yang juga terdiri dalam kalangan GRO sebagai 'isteri' dengan caj antara RM300 hingga RM7,000 bergantung kepada tempoh berapa lama 'isteri sewaan' itu diperlukan.

'Isteri sewaan' yang kebiasaannya berusia 20 hingga 25 tahun ini bukan sahaja memenuhi kehendak seks si lelaki yang membuat bayaran kepada sindiket itu malah wanita-wanita itu turut melakukan tugas-tugas seperti memasak dan mengemas rumah.
Sindiket menyediakan khidmat sewaan itu menawarkan tempoh 'isteri sewaan' antara sehari sehingga tiga bulan. Tempoh berkenaan boleh dilanjutkan mengikut persetujuan antara pelanggan dan pihak sindiket.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bahagian agama kena siasat dan bertindak segera. Mencegah mungkar, itu amanah Allah SWT. Terima kasih Kosmo! kerana mendedahkan.
(Sumber Kosmo!)

4 comments:

Anonymous said...

Apalah heran sangat? Itukan namanya mutaah yang sudah biasa diamal masyarakat Islam. Isteri sewa, isteri kontrak, apa bezanya?

Anonymous said...

Bukan amalan masyarakat Islam... itu adalah amalan masyarkat syiah... Kalau mengikut aqidah ahli sunnah wal jamaah..mutaah itu haram.

Anonymous said...

Jadi berjuta2 ahli syiah di Timur Tengah, di Iran, di Pakistan Dan lain tempat dianggap kafir kalau bukan masyarakat Islam? Apakah Saidina Ali, anak Rasullullah Fatimah dan beratus2 lagi wira Islam di zaman awal sejarah Islam juga dianggap 'bukan masyarakat Islam'? Agaknya sikap begini yang menyebabkan fatwa dikeluarkan bahawa mereka harus dibunuh. Sampai bila ummat Islam akan terus berperang sesama sendiri?

Anonymous said...

Saidina Ali, Fatimah dll bukannya syiah..yg syiah ialah yang ada skrg...yg mengamalkan ajaran sonsang seperti kawin mutaah, sujud di atas batu karbala dll?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails