Sunday, September 07, 2014

Pemimpin PAS Kanan Pertama Kritik Terbuka, Tanda Retak?




Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari menyelar tindakan partinya yang membelakangkan keputusan anggota Jawatankuasa PAS Pusat dalam pencalonan menteri besar Selangor. Beliau menjadi pemimpin PAS kanan pertama yang membuat kritikan secara terbuka dalam hal itu.

"Saya merasa terkilan dan amat bersimpati kepada AJK PAS pusat yang dipinggirkan dalam membuat keputusan berhubung kedudukan MB Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada penglibatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam usaha golongan tertentu dalam PAS untuk menyerahkan dua nama ADUN PKR dan satu nama ADUN PAS untuk jawatan itu.

Malaysiakini sebelum ini dimaklumkan bahawa nama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali tiada dalam senarai itu. Tindakan itu bertentangan dengan keputusan AJK PAS Pusat pada 17 Ogos lalu yang memutuskan untuk mencalonkan nama Wan Azizah dan Azmin sahaja.

Majlis Syura PAS mengaku bertanggungjawab dalam memutuskan nama calon PAS sahaja untuk pertimbangan istana. Adly memberi amaran bahawa langkah itu akan menjejaskan sokongan rakyat kepada PAS.

"PAS Melaka merasakan tindakan itu menghilangkan kepercayaan umum rakyat kepada PAS.
"Imej PAS sebagai gerakan siasah yang memperjuangkan Islam juga akan tercalar," katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi mengelak daripada mengulas kenyataan Adly.

"Keputusan terakhir (siapa menjadi MB) PAS serahkan kepada budi bicara Tuanku.
"Saya fikir siapa pun nama yang akan naik itu adalah pilihan," katanya sewaktu ditemui pemberita di Shah Alam pagi ini.

Tegas Sallehen, sesiapa sahaja yang dipilih nanti perlu mendapat persetujuan dari ketiga-tiga parti dalam Pakatan. Beliau juga menolak spekulasi bahawa krisis ini akan memecah-belahkan Pakatan Rakyat. (MK)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kata-kata ini, 'Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari menyelar tindakan partinya yang membelakangkan keputusan anggota Jawatankuasa PAS Pusat dalam pencalonan menteri besar Selangor. Beliau menjadi pemimpin PAS kanan pertama yang membuat kritikan secara terbuka dalam hal itu.' boleh dipandang berat...

Apakah ini tanda-tanda awal keretakan bangunan PAS yang dari luar nampak tersergam indah itu, bahayakah kalau salah tangani?

Lain-lain mengenai parti baru...

8 comments:

Anonymous said...

No la...just another 2nd tier yg wala pd lajnah pkr yg wala pd pkr. Mcm tghh kata..campak batu besar...buaya dh timbul...skrg biawak2 la plak timbul.

Anonymous said...

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada juga orang boleh menegur Presiden PAS yang mula membelakangkan keputusan mesyuarat sebaliknya menggunakan keputusan peribadi dalam sesuatu perkara.

InsyaAllah selepas ini, kritikan secara terbuka akan berlaku di negeri-negeri lain.

PAS bukan UMNO yang menyapu kesalahan pemimpin di bawah carpet.

Anonymous said...

Kita semua lebih sayang pada islam dan pada perjuangan melebihi dari sayang pada tokoh

kalau tokoh sudah mundur biarlah dia berundur.. jawapan jawapan beliau terhadap permasalahan yg berlaku amatlah dangkal

Anonymous said...

Saya sokong supaya abdul hadi berundur sebelum keadaan jadi lebih parah

ini pandangan grass root

Kuda Perang said...

Bagi saya perkembangan terkini dlm PAS berkaitan isu MB Selangor menunjukkan fungsi sebenar Majlis Syura Ulama dlm memainkan peranan besar dlm membuat keputusan penting untuk parti sesuai dgn kuasanya pada hierarki tertinggi dlm organisasi parti.

Kuda Perang said...

TGHH berada pada landasan yg betul. Membuat keputusan dan ijtihad bukan bergantung kpd pemikiran lojik akal tetapi Quran dan Hadis menjadi sandaran.

Kita yg tergolong dlm kumpulan golongan 'juhala' ini yg hanya bersandar kpd logik akal kita shj tak usahlah mcm2.

Marilah kita sama2 berlapang dada dan redha dgn keputusan Majlis Syura Ulama. Ulama adalah pewaris para nabi. Bila mereka berijtihad, jika betul ijtihadnya mereka mendapat dua pahala.. sebaliknya jika salah mereka masih mendapat satu pahala.

Kita pulak nak berijtihad menyelar keputusan ulama? Layakkah kita dgn hanya memakai logik akal kita yg hina lagi lemah ini.

Ulama pewaris para nabi, dalam zaman mutakhir yg penuh dgn pelbagai fitnah ini kpd siapa lagi kita nak bergantung kalau bukan kpd para ulama.. fikir fikir senyum senyum.. bertawakkal kpd Allah.

Anonymous said...

bicara berbelit-belit serta penyataan yang bercelaru termasuk dalam kategori apa? ulama bukannya maksum, dan bukan dibimbing secara terus oleh malaikat. Oleh itu kesilapan dalam kata-kata dan salah membuat keputusan pasti ada. Itu fitrah manusia biasa dan tak terbatas untuk sesiapa sahaja . Benar ulama adalah pewaris nabi, cerminan imej islam, seharusnya mewarisi bukan sekadar ilmu keislaman bahkan ilmu kepimpinan di dalam islam. Ulama bukan sekadar menghukum tetapi berupaya untuk menyelesaikan masalah. Kata-kata tanpa bukti adalah dakwaan semata-mata dan dakwaan tanpa bukti adalah fitnah semata-mata. Apapun kita perlukan ulama untuk persoalan hukum hakam islam, tetapi dalam soal pentadbiran banyak lagi yang perlu diperkemaskan. Wallahu a'lam

Anonymous said...

Kalau mungkir janji & bercakap tidak benar tu bukan ijtihad tapi penipu. Yg bukan Islam pun tahu ni sikap munafik dlm Islam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails