Wednesday, September 10, 2014

Pendakwah Bebas Ditahan Bawah Akta Hasutan





Bekas AJK Dewan Ulama PAS Selangor Wan Ji Wan Husin dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan menghasut. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 September, 2014. Bekas AJK Dewan Ulama PAS Selangor Wan Ji Wan Husin dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan menghasut. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 September, 2014

Pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin ditahan polis bawah Akta Hasutan 1948 awal pagi tadi kerana didakwa menghina sultan.

Beliau dijangka dituduh di mahkamah hari ini. Menurut sumber, beliau ditahan di Bandar Baru Sungai Buloh dan akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa.

Wan Ji seorang penulis blog terkenal menggunakan nama Al-Bakistani. Tahun lalu laporan polis dibuat terhadapnya kerana dikatakan mengkritik raja-raja Melayu. Anggota PAS itu juga terkenal dengan kritikan pedasnya terhadap kumpulan proulama dalam parti Islam itu. 


Demikian lapor Malaysiakini.

 

Menurut The Malaysian Insider, bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama PAS Selangor Wan Ji Wan Husin hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam Selangor atas tuduhan menghasut pada November 2012.


Hakim Slamat Yahya menetapkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan disebut semula pada 10 Oktober 2014. Berdasarkan kertas pertuduhan, Wan Ji, 32, dituduh mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di Facebook pada jam 10 pagi menghina Sultan Selangor.
Hakim menetapkan pasport antarabangsa Wan Ji diserahkan kepada mahkamah namun peguamnya Mohd Razlan Jalal berkata pasport anak guamnya sudah hilang dan tamat tempoh.

Sehubungan itu, hakim mengarahkan timbalan pendakwaraya Mohd Azhari Harun memberi arahan kepada Jabatan Imigresen bagi menyekat Wan Ji keluar negara. Razlan semasa proses pembelaan hari ini memohon pengurangan wang ikat jamin sebanyak RM2,000 ekoran tertuduh tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, namun ia ditolak mahkamah.

Wan Ji ditahan polis awal pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam sebelum dituduh di Mahkamah Sesyen hari ini. Beliau sebelum ini pernah bercakap menentang pihak berkuasa agama negara dan mengkritik tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah “Allah” dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Dia juga mengundang kontroversi apabila membuat komen berkenaan raja-raja Melayu dan pernah disoal polis beberapa kali. Antara lain, Wan Ji berkata Sultan tidak boleh menjadi ketua agama.

"Apa yang salah tentang Malaysia ialah ketua monarki juga digelar ketua agama. Jika kita gunakan istilah itu, bermakna apa saja yang dilakukan ketua agama menjadi agama itu sendiri.
"Tetapi, sesetengah tindakan Sultan bertentangan dengan agama Islam. Imej Islam semakin rapuh kerana perkara yang mereka lakukan, yang tidak betul di sisi Islam," katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temubual Februari lalu. – 10 September, 2014.
(IH)

4 comments:

Anti Syiah said...

gerak laku ketua agama bukan bermakna ia ajaran agama. ini tuduhan yg menyimpang.

ust wan ji pendakwah agama adakah sempurna tidak melakukan dosa. so jika ada buat dosa juga adakah dosa itu dianggap ajaran agama kerana dibuat oleh pendakwah agama?

dia ni pun ada fikrah2 syiah kerana meniyakan pendapat berbeza syiah konon ia adalah perbezaan pendapat saja sedangkan perbezaan sunni dan syiah adalah bab akidah yg sgt besar dan tunjang agama islam.

bahaya dia ni.. elok simpan kejap kat lokap

Anonymous said...

Anti syiah bingai, akai ada ka? Nak jadi ketua kena faham apa yang diketuainya bodoh.
Jadi ketua agama apa kalau sekali pun tak pernah nampak jadi imam, tak pernah sekali pun beri tazkirah, tah tah hukum asas agama pun tak tau.
Kalau declay setakat simbol ketua agama pun tak layak sebab tidak mencerminkan nilai beragama dalam ciri kehidupan peribadinya, nak duduk sbg ketua agama konon, pi lah mabuk, nak sokong atau tentang boleh tapi akal pakai jangan selit celah pantat.
Ko anti syiah ko ugama apa? Ko paham ke apa doktrin syiah?, ada berapa cabang dalam syiah? Apa syiah yang sesat? Ko anti syiah tu ko paham ke syiah tu apa bodoh?

Anonymous said...

Padan Muka.. Ajar agama tak nak, ajar politik, nak dapat duit senang..

Semoga Masok Jel, pas tuuh kenan LIWAT dengan banduan... Dapat Hiv or Aids..

Baguslah nanti baru sedorrrrrrrrr

Anonymous said...

6.09 gi mampuslah.ngaku islam,perangai mengalahkn setan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails