Wednesday, September 10, 2014

MB: Siapa Pengkhianat Sebenar Memulai Kerosakan? -Nik Abduh


Dua Adun PAS dari Morib dan Hulu Kelang menyertai sidang akhbar beramai-ramai menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Gambar fail The Malaysian Insider. Dua Adun PAS dari Morib dan Hulu Kelang menyertai sidang akhbar beramai-ramai menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Gambar fail The Malaysian Insider.
Anak kepada mursyidul am PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mempertahankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kemelut isu menteri besar Selangor dan menyalahkan 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu mendakwa Adun Morib Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Kelang Saari Sungib merupakan pengkhianat kerana memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman PAS.

Beliau menulis di dalam laman sosial Facebooknya malam tadi menjawab kritikan yang menuduh presiden PAS itu khianat kerana menamakan calon menteri besar daripada PAS dalam suratnya kepada istana.

Beliau yang juga merupakan ahli jawatankuasa PAS Pusat turut menggelar PKR pengkhianat kerana menerima sokongan dua Adun PAS itu walaupun PAS belum membuat keputusan rasmi pada waktu itu.

"Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam Pakatan Rakyat ialah apabila menerima pengkhianatan dua Adun PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.
"Sebagaimana 2 Adun itu memutuskan wala' dan kesetiaannya kepada presiden, begitu juga PKR memutuskan kesetiakawanannya dengan PAS," katanya. – 10 September, 2014. (TMI)

10 comments:

Anonymous said...

Nik abduh buat trick bodoh dalam analisa dia. Analisa pengkhianatan mengikut nik abduh bermula dari 2 adun pas sokong wan azizah.. dengan sebab tu dia tuduh pkr khianat sebab terima 2 adun tu..

kenapa nik abduh tak nak mulakan analisa dgn melihat pada peristiwa yg sebelum tu.. masa hj hadi beri sokongan padu pd khalid bertentangan dgn keputusan mesyuarat.. dan kenapa dia tak buat analisa sebelum tu bila hj hadi dgn mustapa ali sengaja melambat lambat dan meminda tarikh mesyuarat dari 10 ogos ke 17 ogos sehingga mengeruhkan suasana

Anonymous said...

Tindakan 2 adun itu disebabkan sikap tidak responsif hj hadi... sikap sambil lewa hj hadi..

kita komen hj hadi bukan sebab keputusan dia..dia berhak buat apa saja keputusan.. tetapi yg tidak betulnya dgn beliau adalah cara beliau buat kepitusan.. ada kalanya gopoh dan ada kalanya begitu lembab

Anonymous said...

Kalau dinilai dari kronologi peristiwa dan komen komen yg dibuat oleh hj hadi.. terbayang seolah olah ada banyak perasaan tak puas hj hadi pada pkr.. ada masalah peribadi antara beliau dgn pkr.. kenapa.. kerana beliau disaman RM 2 juta akibat mulutcelupar beliau menuduh wakil pkr jual pil kuda..

Anonymous said...

Lepas kalah saman terus hj hadi marah kat pkr.. masa pilihan raya kajang dia boikot.. walhal sebelum tu dia okay... semua benda pkr buat dia tak setuju..

Anonymous said...

Bila tiba isu MB hj hadi ambil peluang untuk pulang paku buah keras pada pkr.. dia saja timbulkan masalah... masalah peribadi jadi masalah parti.. masalah parti jadi masalah negara..

Anonymous said...

Nasihat utk hj hadi.. kalau dia teruskan kesilapan sekarang.. maka kesilapan ini akan kekal dalam sejarah sebagai seorang yg menghancurkan perjuangan pas..

Anonymous said...

Nasihat utk nik abduh.. kalau nak buat analisa biar lengkap.. kalau tidak org akan nilai kamu sebagai budak tak cukup pandai dan ragu ragu dgn keupayaan kamu sebagai wakil rakyat.. so shallow lah nik abduh ..

Anonymous said...

Sayang penulisan Nik Abduh nampak sangat sengaja buat tidak faham isu ini dgn mengambil jalan cerita sekerat jalan. Kalau macam inilah AJK PAS pusat yg ada boleh merosakkan PAS.
Nik Abduh memang tidak ada kredibiliti sekadar tumpang nama TGNA sahaja. Isu yg Presiden melengahkan keputusan dan tetap menyokong TSKI tidak diambil kira. Para sahabat ketika Rasullullah SAW wafat mereka menyegerakan perlantikan Khalifah terlebih dahulu sebelum menyempurnakan jenazah baginda. Betapa hal kepimpinan adalah cukup mustahak. Bagaimana dgn sifat Presiden yang mungkir janji dgn PR dan tidak bercakap benar. Mahukah kita hendak pertahankan lagi.

Anonymous said...

Sayang penulisan Nik Abduh nampak sangat sengaja buat tidak faham isu ini dgn mengambil jalan cerita sekerat jalan. Kalau macam inilah AJK PAS pusat yg ada boleh merosakkan PAS.
Nik Abduh memang tidak ada kredibiliti sekadar tumpang nama TGNA sahaja. Isu yg Presiden melengahkan keputusan dan tetap menyokong TSKI tidak diambil kira. Para sahabat ketika Rasullullah SAW wafat mereka menyegerakan perlantikan Khalifah terlebih dahulu sebelum menyempurnakan jenazah baginda. Betapa hal kepimpinan adalah cukup mustahak. Bagaimana dgn sifat Presiden yang mungkir janji dgn PR dan tidak bercakap benar. Mahukah kita hendak pertahankan lagi.

Anonymous said...

UG USTAZ GILA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails