Monday, September 08, 2014

3 Exco PAS Dipanggil Mengadap S/Selangor -M/Insider


Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad dilaporkan dipanggil mengadap Sultan Selangor hari ini. Gambar fail The Malaysian Insider. Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad dilaporkan dipanggil mengadap Sultan Selangor hari ini. Gambar fail The Malaysian Insider.
Tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor daripada PAS dipanggil mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mulai hari ini, esok dan lusa secara bergilir-gilir, bermula dengan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad hari ini, kata sumber.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, esok Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak Sallehen Mukhyi pula akan mengadap Sultan Selangor manakala Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dijangka mengadap baginda pada Rabu.

Difahamkan, Sultan Selangor mahu bertemu ketiga-tiga Adun PAS ini berhubung kekecohan berhubung pelantikan menteri besar baharu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ketiga-tiga exco dari PAS itu dinamakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon menteri besar Selangor dalam surat pertamanya kepada istana yang dihantar pada 2 September lalu.

Bagaimanapun, selepas berlaku sedikit kekecohan dalaman PAS,  Hadi menghantar surat kedua kepada Sultan Selangor pada 3 September dan menamakan 2 Adun PKR dan seorang daripada PAS.
Difahamkan, nama calon dihantar Hadi dalam surat keduanya adalah Adun Ijok Dr Idris Ahmad (PKR), Adun Kota Anggerik Yaakob Sapari (PKR) dan Adun Cempaka Iskandar. – 8 September, 2014.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails