Monday, September 08, 2014

PasMa: Kenyataan Saya Disalah Petik - Tuan Ibrahim





KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan laporan media yang memetik kenyataan beliau kononnya PAS melarang ahlinya menyertai NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kecuali mereka keluar dari parti Islam itu.

Tuan Ibrahim berkata kenyataan yang dibuat beliau ketika diserbu wartawan selepas Ijtimak PAS Selangor di Seri Kembangan petang semalam itu telah dipetik secara tidak tepat.

"Kenyataan saya tentang penyertaan ahli parti dalam PasMa telah dilaporkan secara tidak tepat.
"Ahli PAS tidak dilarang menyertai mana-mana NGO, bahkan dalam PAS pun terdapat pelbagai NGO yang ditubuhkan.
"Namun, 'sekiranya NGO tersebut bertukar menjadi sebuah parti politik', maka ahli PAS dilarang menyertainya, melainkan ia bukan lagi ahli PAS," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu beliau mengingatkan ahli PAS agar terus istiqamah dengan parti dan mengawasi usaha musuh untuk memecah-belahkan jamaah. Beliau juga memohon jasa baik media yang tersalah tafsir kenyataannya untuk memperbetulkan laporan mereka.
- HARAKAHDAILY 8/9/2014

Kenyataan sebelum ini: PAS melarang ahlinya menyertai NGO?
Naib Presiden PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) hari ini berkata anggota PAS tidak dibenarkan menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sekiranya ia merupakan sebuah pertubuhan parti politik.

Beliau juga berkata, PAS tidak menggalakkan sekiranya ahli PAS ingin menyertai pertubuhan itu jika ianya sebuah pertubuhan kebajikan kerana dalam parti Islam itu sendiri sudah mempunyai lajnah kebajikan.

"Kita teliti NGO tersebut dan setakat ini kita tahu pendaftaran adalah bagi tujuan kebajikan bukan parti politik.
"Tapi tidak ada keperluan ahli PAS untuk sertai PasMa kerana kita sendiri pun ada lajnah kebajikan sendiri," katanya kepada pemberita selepas program Ijtimak PAS Selangor 2014 di Serdang Selangor hari ini. – 7 September, 2014. (TMI)

2 comments:

Anonymous said...

Tuan Ibrahim kenyataan kamu berbau UG.

Anonymous said...

kebebasan utk berpersatuan pun tak ada dlm pas? terserlahlah ciri2 kuku besi dlm pas hingga nak sertai persatuan pun pas kena minta kebenaran.

nampaknya dlm pas sudah ada dua kasta. kasta Brahmin dan kasta harijan. puak Brahmin boleh buat ikut suka dia tanpa perlu patuh undang2 tubuh pas. puak harijan jadi hamba pada puak Brahmin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails