Sunday, September 07, 2014

Forum PasMa Ditanggihkan.. Mengapa Dg Datuk Husam & Dr Mujahid ?


Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menangguhkan program forum terbuka mereka yang dijadualkan malam esok ekoran dua daripada tiga panel mereka membatalkan penyertaan di saat-saat akhir.

Setiausaha PasMa, Taib Ahmad dalam satu kenyataan ringkasnya kepada The Malaysian Insider berkata, pihaknya terpaksa menangguhkan program forum yang dijadual di Dewan Himpunan Cina esok.

"Kami terpaksa menangguhkan program forum esok selepas dua panel forum kami menarik diri di saat akhir," kata Taib dalam satu kenyataannya.

The Malaysian Insider difahamkan, dua panel iaitu Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan AJK PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof menarik diri daripada menyertai forum anjuran PasMa esok. Mereka berdua dikatakan berbuat demikian selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat kira-kira lima jam hari ini di Pejabat Agung PAS.

PasMa menganjurkan forum terbuka bertajuk "PAS campur Umno – Ke mana halatuju?" malam esok selepas mesyuarat pertama mereka di Kota Bharu pada 31 Ogos lepas. Ia ditubuhkan ketika pimpinan PAS berbeza pendapat dan dilihat sedang membuat provokasi terhadap rakan mereka dalam Pakatan Rakyat ekoran krisis penukaran MB Selangor.

Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi menegaskan persatuannya itu kekal sebagai badan bukan kerajaan (NGO) dan akan berusaha mengukuhkan sistem dua parti di negara ini.

"Kami akan memperkukuhkan sistem dua parti yang sudah berjalan dengan baik kini," katanya yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah kepada The Malaysian Insider.  (OK)

Komen Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Mengapa Datuk Husam & Dr Mujahid tidak hadir? Tunggu berita selanjutnya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails