Saturday, September 13, 2014

Pelakon Mustafa Kamal Berfikiran Terbuka. Syabas!


Mustafa Kamal ketika menghadiri majlis bersama pemimpin Pas beberapa tahun lalu.

HALAMAN HIBURAN
KL: "Semua orang tahu, saya cenderung ke sebelah sana," komen ringkas pelakon Mustafa Kamal apabila ditanya mengenai kehadirannya pada majlis anjuran parti pembangkang. Malahan, beliau tidak menganggap tindakannya itu suatu kesalahan kerana baginya masyarakat kini bersikap terbuka dan dapat menerima perbezaan pendapat dari segi politik.

Demikian lapor mStar Online hari ini.

Keterbukaan pemikirannya dapat digambarkan dalam ucapannya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

"Perbezaan pendapat (politik) itu bagus. Kita tidak boleh menghukum orang lain semata-mata kerana orang itu berbeza pendapat dengan kita. Dalam Islam sendiri tidak salah jika berbeza pendapat untuk kebaikan."

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kunjungannya ke Kampung Geting, Pengkalan Kubor, tempat di mana PAS mengumumkan calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, 25 September ini, malam Khamis.

Menjelaskan lebih lanjut, Mustafa, atau nama sebenarnya Mustapha Kamal Mohd Daud, 52, berkata, beliau berada di Kelantan kerana ada urusan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Bagaimanapun, anak kelahiran Kota Bharu ini berkata, urusan yang dimaksudkannya itu tidak mempunyai kaitan dengan PRK Pengkalan Kubor.

"Hari ini (Jumaat) sudah hari keempat saya di sini (Pengkalan Kubur) dan saya akan berada di sini beberapa hari lagi.
"Kebetulan malam tadi (Khamis) saya perlu ambil dokumen daripada seseorang yang berada di tempat PAS mengumumkan calonnya yang akan bertanding," katanya.

Walaupun ia berlaku secara kebetulan, pelakon drama dan filem yang dikenali ramai ini tidak menafikan kehadirannya itu secara tidak langsung telah menonjolkan penglibatan dirinya dalam parti politik pembangkang. Mengenai peluang PAS dan Barisan Nasional untuk menang di Pengkalan Kubor, katanya, beliau tidak begitu mengenali calon untuk kedua-dua parti.

"Saya bukan penganalisa dan bukan pengundi di kawasan ini.
"Tapi beradasarkan sembang kedai kopi dengan penduduk setempat, mereka kata setakat hari ini peluang 50-50.
"Tengoklah dua-tiga hari sebelum mengundi nanti, mungkin kita boleh nampak peluang dengan lebih jelas," katanya yang merupakan pengundi di DUN Chempaka.

Sejak kebelakangan ini, Mustafa sering memegang watak bapa, termasuklah dalam drama bersiri popular, Awan Dania. Dalam era 90-an, beliau pernah membintangi banyak filem termasuklah filem Adik, Mira Edora dan Kami The Movie.

Katanya, walaupun banyak melakukan kerja-kerja di luar bidang seni, beliau masih menerima tawaran berlakon. PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.
 Ibnu Hasyim
"Pemikiran bebas dan terbuka seperti inilah yang sepatutnya ada dalam pemikiran artis-artis di Malaysia. Jangan hanya terkongkong di bawah tempurung pemerintah." Demikian kenyataan tambahan dari editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim.

"Tahniah Mustafa!"
(IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails