Saturday, September 13, 2014

Hudud & MCA Dalam PRK P/Kubur..

Menjelang pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor, MCA menggesa kerajaan Kelantan pimpinan PAS supaya melupakan hasratnya untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Ketika membuat gesaan tersebut, Ahli Jawatankuasa MCA pusat,  Lua Choon Hann berkata adalah baik jika PAS boleh membuat pengumuman penting itu di depan mana-mana wat Buddha di kawasan pilihan raya itu, untuk menunjukkan keikhlasan dan rasa hormatnya kepada agama bukan Islam dan orang bukan Islam, khususnya masyarakat Cina dan Thai.

Katanya, PAS telah sekian lama menggunakan kewujudan patung duduk Buddha yang terbesar di Asia Tenggara di Pengkalan Kubor dan patung Buddha yang lain di Kelantan sebagai testimoni sikap keterbukaannya terhadap agama-agama lain.

Oleh itu, mereka perlu menghentikan usaha untuk melaksanakan undang-undang yang kontroversi itu, kata Lua dalam satu kenyataan hari ini.


Muhyiddin bersalaman dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat sebaik tiba di pusat penamaan calon PRK DUN Pengkalan Kubor di Tumpat, Sabtu.

Begitu juga, kata Lua, dengan DAP dan PKR, sebagai rakan gabungan PAS, supaya mengambil peluang itu untuk memaksa PAS melupakan undang-undang hudud demi keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum. [Baca berita penuh]

Sementera itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Ahli Parlimen PAS Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, MCA perlu menggesa Umno berikrar, di hadapan Buddha, berhubung pengumumannya bahawa parti itu akan bekerjasama dengan PAS mengenai pelaksanaan hudud.

Kamaruddin (kiri) berkata ini berikutan penubuhan jawatankuasa teknikal bersama yang dibentuk antara PAS dan Umno untuk pelaksanaan hudud di Kelantan.

"MCA perlu menggesa Umno berbuat demikian, kerana Umno telah mengisytiharkan bahawa ia akan bekerjasama dengan PAS berhubung isu hudud," Kamaruddin kepada Malaysiakini. [Baca berita asal]. 

(IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?
E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?

1 comment:

Anonymous said...

Bila PAS sudah menyertai BN nanti, apa yang MCA boleh buat berkenaan dengan hudud?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails