Monday, September 08, 2014

Krisis MB: 'Cukup la...' - Teguran SU PAS Selangor Kepada PKR, DAP


PETALING JAYA: PAS Selangor menegur kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang berterusan menentang titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung konflik berpanjangan membabitkan kedudukan menteri besar.

Justeru Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman menyeru kedua-dua sekutu Pakatan Rakyat itu supaya akur dengan titah Sultan Selangor yang mahu supaya dikemukakan lebih daripada dua calon untuk dilantik ke jawatan berkenaan.

"PAS Selangor mohon rakan-rakan kita agar akur kepada titah tuanku sultan kerana kita tidak akan kemana-mana apabila menentang institusi raja.
"Cukup la... (berikan sahaja tiga nama) mari kita fikir pula masalah kebajikan rakyat yang dah lama tergendala," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kemurkaan Sultan Sharafuddin terhadap PKR dan DAP yang mengingkari titah baginda apabila hanya mengemukakan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal jawatan menteri besar Selangor.

Menurusi kenyataan media oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pada Isnin, PAS merupakan satu-satunya parti yang mematuhi titah Sultan Sharafuddin apabila mempersembahkan tiga nama seperti yang dititahkan baginda menerusi surat bertarikh 27 Ogos lalu.
Mengulas lanjut Mohd Khairuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras berharap krisis membabitkan penukaran menteri besar dapat diselesaikan segera demi kepentingan rakyat.

"PAS Selangor ingin menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kemurkaan Baginda Tuanku Sultan Selangor atas kejadian yang berlaku.
"Kita yakin kemelut ini boleh diselesaikan dan kita harap ia diselesaikan segera. Lagi lama kemelut ini berlaku.. maka lagi susah rakyat kita," katanya. (MK)

5 comments:

maae said...

Kepada yang menderhaka usah di layan! Apa guna memerintah kelak jika Sultan tidak di hormati. Cukup-cukup lah dengan mereka yang terlalu biadab, tidak mengikut adat. Terjemahan sama di PP.

Semoga Sultan memilih calon PAS. Dengan cara ini Sunnah Nabi dan AlQuran tidak terhapus demi nafsu serakah. Melayu itu dapat berkembang dalam negeri yang boleh memberikan kehidupan yang sempurna.

Jangan PAS di kabui tahaluf siasi konon nya ia berbaloi. Keuntungan memang hanya untuk kawan- kawan nya sahaja yang melepaskan pucuk masing-masing. Bila perlu, PAS di keldaikan.

MSU itu terpenting. Akidah dan Keimanan tidak lain patuh kepada syariat Allah. Masa untuk PAS tidak menjadi ekstremis Islam yang di didik oleh agenda Amerika dan Yahudi Zion.

Kaji lah perbezaan nya. Tidak di anugerah akal dan hati yang sihat tidak lain tunduk sebagai hamba yang soleh / solehan kepada yang SATU.

Berhijrah lah semula wahai ahlul PAS! Anda semua kini sedang di beri peluang menyemarakkan Islam di negeri utama yang di limpah rahmat Nya !

Anonymous said...

Hasut jangan tak hasut maae. Dah masuk PAS ke plak?Bila keluaq UMNO?...hehe. Jangan jadi musang berbulu ayam kerana nak baham ayam.

Nak tanya pasal cerita nak melantik MB Ganu lepas PRU 2004 dulu. Bila Ahmad Said dilantik menjadi MB setelah Idris Jusuh ditolak oleh Sultan. Mengapa penyokong UMNO yang menyokong Derih Jusuh buat bantahan keputusan Sultan Terengganu? Bukan itu sahaja, siap dengan bawa sepanduk bertulis "NATANG KAMI MAHU IDRIS JUSUH ( BINATANG KAMI MAHU IDRIS JUSUH)". Cuba stori skit macamana kita nak kira yang ni?

Sepatutnya saranan sdra kat atas tu UMNO dah buat kat Ganu dahulu baru ade sandaran kuat nak suruh orang. Dak gitu maae?

Okla...last tanya ni? Betul ke dah join PAS?Bila tinggalkan UMNO?hehehe

Rakyat biasa said...

Tahaluf Siyasi dan berpakatan kearah perkara yang mendatang kebaikan. Kalau kearah kejahatan dan kerosakan seperti penderhakaan,menzalimi orang, membuat fitnah dan mengaibkan orang tak yah ikut. Tak gitu Ustaz? PKR faham tapi buat-buat tak faham? DAP memang sure tak faham ?

Anonymous said...

PAS 2 x 5 dengan UNO tu .... cakap jer lebih ... tapi ambik kesempatan atas kesusasahan parti rakan .... he he he !

Anonymous said...

PAS akan menghapuskan semua pusat judi & maksiat .... kami setuju !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails