Wednesday, September 10, 2014

MB: Tawaran Azmin, Kerana PKR Sanggup Mencuri ADUN PAS -Khalid Samad



Ahli jawatankuasa pusat PAS, Khalid Samad berkata, presiden parti itu membuat tawaran kepada Azmin Ali untuk menyertai PAS kerana bimbang PKR akan melakukan “pengkhianatan lebih besar” kepada parti Islam tersebut. Jelasnya, Hadi bimbang PKR akan membentuk kerajaan baru di Selangor tanpa penyertaan PAS.

Katanya, menurut kaca mata Hadi, keadaan itu mungkin berlaku apabila presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah membentuk kerajaan baru melalui sokongan majoriti 30 ADUN, termasuk dua wakil rakyat PAS. Bercakap dalam wawancara dengan Malaysiakini, Khalid berkata jika keadaan itu berlaku, ia bakal mengundang kemarahan orang Melayu apabila terbentuk "kerajaan Melayu minoriti" di Selangor.

"Kalau dia (ADUN PAS) sanggup mengkhianati atau PKR sanggup mencuri ahli PAS (ADUN) untuk nak cukup 30 ahli, maka beliau khuatir pengkhianatan yang lebih besar berlaku...
"...iaitu PAS diketepikan (atau) ditendang keluar dan kerajaan dibentuk dengan 30 ADUN itu. Dalam keadaan itu, ia akan merupakan kerajaan Melayu minoriti. Dalam keadaan itu, orang Melayu akan marah kepada PAS.

Bimbang PAS jadi sasaran

"Jadi dalam konteks itu, dalam keadaan PAS dikhianati oleh PKR, maka tindak balas beliau (dengan) fikir bagaimana nak selamatkan keadaan, supaya tak timbul suasana orang Melayu tak marah kepada PAS," katanya.

Khalid berkata Abdul Hadi bimbang PAS dipersalahkan apabila isu perkauman ditimbulkan jika terbentuk kerajaan yang majoritinya dikuasai DAP. Maka, Abdul Hadi memikirkan satu tindak balas iaitu "dia curi orang kita, kita pun curi balik orang dia", kata MP tersebut.

"Jadi saya faham dalam konteks itu. Bukan dalam konteks kita merancang (bahawa) kita nak bentuk kerajaan dengan Umno dengan membawa orang daripada PKR. Tetapi sebagai tindak balas sekiranya kita dikhianati," katanya.

MP Shah Alam itu dtanya mengenai kandungan mesyuarat jawatankuasa PAS pusat pada 25 Ogos lalu. Dalam mesyuarat itu, Hadi didakwa menimbulkan saranan agar Azmin dan beberapa ADUN PKR menyertai PAS untuk bekerjasama dengan Umno di negeri itu.

Bukan dirancang

Isu berkenaan mengejutkan banyak pihak dan mencetuskan persoalan dan membangkitkan kemarahan ramai pemimpin dalam Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut, Khalid berkata cadangan tindakan balas oleh Hadi bukan sesuatu perkara yang dirancang atau PAS, dan parti itu juga tidak berniat untuk membuat rancangan seperti itu. Sebaliknya ia hanya senario yang dibangkitkan sekiranya PAS dikhianati oleh PKR, katanya.

"Apa yang berlaku, menurut apa yang dijelaskan, Azmin datang jumpa dia dan ucapkan terima kasih.
"Dalam keadaan kegusaran memikirkan 30 SD (pengakuan berkanun) dah cukup bentuk kerajaan dan PAS akan dikhianati, maka ditanya kepada Azmin (tentang cadangan itu).
"Dalam keadaan itu, mungkin kita kena bertindak balas, memanggil orang PKR termasuk Azmin (bersama PAS)," katanya.

Perlu diperhalusi

Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan cadangan Hadi itu, Khalid yang juga anggota Biro Politik PAS berkata ia "satu kemungkinan yang perlu difikirkan."

"Sebab kita dikhianati. Kami sepatutnya membentuk kerajaan Pakatan Rakyat tapi kami ditendang keluar," katanya yang juga MP Shah Alam.

Ditanya sama ada PAS sedia bekerjasama dengan Umno selepas dikhianati PKR dan menjadi pembangkang bersama dalam DUN Selangor, Khalid berkata:

"Jika PAS dikhianati sehingga ke tahap PAS ditendang keluar (daripada Pakatan Rakyat), adakah ini salah untuk bertindak sedemikian rupa?" soal Khalid. (MK)

8 comments:

Anonymous said...

Jelas sekali dalam setiap penjelasan dari hj hadi beliau sentiasa memikirkan pkr akan khianat dgn PAS.. sedangkan semua yg berlaku adalah reaksi dari sikap flip flop beliau.. jelas sekali beliau sudah tidak boleh bekerjasama dgn rakan pr

Anonymous said...

Hj hadi ada masalah peribadi dgn pkr .. sejak beliau kena saman dgn ahli pkr kerana dituduh jual pil kuda...

sejak tu hj hadi sentiasa cari masalah dgn pkr..

Anonymous said...

Bila dah tak suka maka setiap tindakan pkr dilihat dgn penuh syak wasangka..

masalah ini sebenarnya bersifat peribadi.. hj hadi mengheret masalah peribadi beliau ke dalam parti.. ini seolah olah sgt jelas..

beliau kena saman sebab salah sendiri.. salah dengar nasihat dari org keliling yg tidak bijak..

Anonymous said...

Sebagai seorang yg bijak hj hadi sepatutnya belajar dari kesilapan.. jangan dengar tanpa periksa semua yg disogok oleh org keliling.. dapatkan pandangan luar keliling terlebih dahulu.. tetapi nampaknya beliau tidak belajar... masih terus terusan buat silap

Anonymous said...

Sekiranya keadaan ini berterusan dan hadi sudah menanam sikap berdendam dan sentiasa wujud syakwasangka terhadap rakan tahalluf maka terbentang dua pilihan

ikut hadi dan tinggalkan pr atau
ikut pr dan tinggalkan hadi

Anonymous said...

Semenjak dua menjak ni tn presiden kuat berperasangka buruk dgn tndakn pkr..

Anonymous said...

Ikut pr dn hadi berubah

Anonymous said...

Sudahlah ks....jgn nk cover line...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails