Thursday, December 02, 2021

Aifa Azman, Juara Skuasy Terbuka M'sia 2021, Bertudung.

 

Bertudung tidak halang berjaya dalam sukan

ALOR SETAR: Juara Skuasy Terbuka Malaysia 2021, Aifa Azman telah membuktikan kepada dunia bahawa tiada halangan bagi wanita bertudung berjaya dalam sukan.

Pengarah Ameerah Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah, Sharifah Aliaa Syazwani Syed Roslan berkata, kejayaan cemerlang yang ditunjukkan oleh Aifa membuktikan pakaian menutup aurat yang disarankan Islam tidak menyekat untuknya menempa kejayaan.

Sharifah Aliaa Syazwan“Aifa walaupun memakai tudung dan menutup aurat, mampu menunjukkan persembahan luar biasa sehingga dapat menundukkan pemain skuasy hebat dari Mesir, Salwa Hany dalam tempoh 30 minit sahaja,” kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ujarnya lagi, kejayaan yang dirangkul oleh atlet berusia 19 tahun yang berasal dari Kedah itu bukan sahaja membanggakan negara malah mengharumkan nama negeri Jelapang Padi.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Aifa. Anda bukan sahaja mengharumkan nama Kedah tetapi anda telah banggakan kami sebagai seorang muslimah,” tambahnya lagi.

Sementara itu ucapan tahniah juga dirakamkan oleh Pengarah Nusaibah Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah, Najibahtul Huda Abdul Rahman dan menganggapkan kejayaan itu secara tidak langsung memberi aspirasi kepada golongan muda di Kedah.

“Kami mendoakan semoga Aifa akan berterusan cemerlang mengharumkan nama Islam dan Malaysia di persada dunia. Anak Kedah, kita hebat,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 1/12/2021

Sila lihat siri Indonesiakini..

E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan
E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan
Bab I
Bab 2
Bab 3
Bab 4

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails