Wednesday, December 01, 2021

AP pembangkang S'pura letak jawatan. Mabuk punya hal?

 

Ahli Parlimen Sengkang, Raeesah Khan. - Foto Google

Mengaku menipu di Parlimen, Raeesah Khan letak jawatan   

SINGAPURA: Parti Pekerja (WP) semalam mengumumkan peletakan jawatan Ahli Parlimen Sengkang, Raeesah Khan dan juga jawatan dalam parti itu.

Dalam hantaran di Facebook parti itu malam tadi berkata, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mengadakan mesyuarat untuk 'mempertimbangkan dan membuat keputusan' susulan syor Jawatankuasa Tatatertib.

Jawatankuasa Tatatertib ditubuhkan pada 2 November lalu untuk menyiasat pengakuan Raeesah di Parlimen bahawa dia berbohong mengenai kes serangan seksual.

WP dalam hantaran sama turut memberitahu, Raessah memaklumkan pemimpin parti itu, Pritam Singh mengenai hasratnya untuk meletakkan jawatan daripada parti dan sebagai Ahli Parlimen.

Beliau turut hadir pada mesyuarat CEC malam tadi dan memberitahu niatnya untuk meletakkan jawatan.

Dalam pada itu, WP berkata, parti itu akan mengadakan satu sidang media esok bagi memberi penjelasan lanjut, lapor agensi berita CNA.

Dalam surat peletakan jawatan kepada Speaker Parlimen, Tan Chuan-Jin yang dikongsi menerusi Facebooknya, Raeesah berkata, keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen dibuat dengan berat hati.

Selain itu, beliau juga akan turut membantu Jawatankuasa Hak Istimewa yang memaklumkan pada Jumaat lalu, sudah memulakan siasatan berhubung aduan terhadap Raeesah.

Raeesah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa kerana melanggar keistimewaan Parlimen selepas pada 1 November lalu, mengaku berbohong di Parlimen mengenai butiran kes serangan seksual yang didakwanya tidak diurus dengan baik oleh pihak polis.

Wakil rakyat itu mendakwa menemani seorang wanita membuat laporan polis tiga tahun lalu dan mangsa keluar sambil menangis kerana seorang pegawai polis didakwa memberikan komen mengenai pakaiannya dan mengatakan dia meminum minuman keras.

Pada 4 Oktober lalu dalam sidang Parlimen, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam meminta Raeesah memberi penjelasan lanjut berhubung perkara itu, namun dia menolak dengan alasan perlu menjaga kerahsiaan kes.

Bagaimanapun, pada 1 November lalu, beliau mengaku 'tidak hadir bersama wanita itu di balai polis sebagaimana didedahkan sebelum ini'.

"Anekdot itu dikongsi oleh mangsa yang terselamat dalam kumpulan sokongan wanita untuk wanita yang saya sertai.

"Saya tidak berkongsi bahawa saya adalah sebahagian daripada kumpulan ini kerana tidak mempunyai keberanian bagi mengaku secara terbuka bahawa saya adalah sebahagian daripada mereka," katanya.

Beliau mendedahkan diserang secara seksual ketika berumur 18 tahun ketika belajar di luar negara dan insiden itu menyebabkan pemimpin itu mengalami trauma. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu HasyimRaeesah Khan letak jawatan dan mengaku berbohong di Parlimen mengenai butiran kes serangan seksual yang didakwanya tidak diurus dengan baik oleh pihak polis.

Wakil rakyat itu mendakwa menemani seorang wanita membuat laporan polis tiga tahun lalu dan mangsa keluar sambil menangis kerana seorang pegawai polis didakwa memberikan komen mengenai pakaiannya dan mengatakan dia 'meminum minuman keras.'

Pada 4 Oktober lalu dalam sidang Parlimen, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam meminta Raeesah memberi penjelasan lanjut berhubung perkara itu, namun dia menolak dengan alasan perlu menjaga kerahsiaan kes.

Ertinya, segala yang berlaku ini ada kaitan dengan 'meminum minuman keras' atau ada sikit-sikit mabuk punya hal.. 

Bukan saja Islam, yang mengharamkan arak!

1 comment:

Anonymous said...

Tommy Thomas Akui Zeti Perlu Didakwa, Jadi Tunggu Apa Lagi..!?

Pendedahan terbaru bekas Peguam Negara Tommy Thomas, meyakinkan bahawa terdapat usaha untuk menutup skandal bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dari Kartel Kerala.

Pelik bin Ajaib ada pulak masa untuk mencipta berpuluh-puluh kes fitnah jijik sambil menganiya musuh kartel Kerala terhadap Datuk Seri Najib Razak tetapi tiada masa untuk membaca kertas siasatan terhadap Zeti Aziz..!?

Ini agaknya Rules Of Law Kerala terpakai pada musuh tapi diam bisu bila terkena pada kroni dan kartel Kerala..!! Tak ke bab..nama nya tu..!!

Mengenai skandal wang 1MDB yang masuk ke dalam akaun Zeti, adalah terlalu jelas bahawa ia boleh dibuka serta-merta. SPRM semasa dibawah Latifa Koya tidak buat apa apa tehadap Zet. Percubaan ini berlaku semasa Pakatan Harapan memerintah di bawah Perdana Menteri Tun Mahathir.

Dalam temu bual, dengan media elektronik, Tommy Thomas mengakui mengetahui tentang kertas skandal Zeti Aziz berhubung wang curi daripada 1MDB yang masuk ke akaun peribadi keluarganya.

Banyak bukti lain yang memihak kepada pembelaan disembunyikan, termasuk penyata akaun bank keluarga Zeti yang dituntut oleh pihak pembelaan untuk didedahkan dan dipaparkan di mahkamah.

Ini sangat pelik, kerana akaun peribadi bekas Perdana Menteri Bossku boleh didedahkan kepada dunia, tetapi akaun bekas Gabenor tidak boleh..!!

Adalah dipercayai bahawa akaun keluarga Zeti dari 2008 hingga 2016 mempunyai transaksi melibatkan wang yang disebut kepada salah seorang yang terpekik terlolong dalam Dewan Rakyat memburuk burukkan imej musuhnya sambil mengenakan bossku..!!

#PRU15baruaDAP@LeeKwanYewlingkup

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails