Monday, September 05, 2016

Ke Arah Usahaternak Belut, Sumatera-M'sia..

Hasil carian imej untuk belut

CATATAN PERJALANAN IBNU HASYIM, Batubara 4

Sebelum ini..
Hasil carian imej untuk tanjung tiram batubara

HARI ini, aku berada di sebuah tanjung.. Tanjung Tiram adalah sebuah kecamatan di Kabupaten Batu Bara, Sumatera Urara Indonesia. Sebahagian besar wilayahnya ini berada dipinggiran laut, dan kerana itu nelayan menjadi mata pencarian utama, disamping pertanian dan perkebunan. 
Tanjung Tiram, Geliat Ekonomi di Pesisir Batubara

Kantor ibukota kecamatan ini terletak hanya beberapa ratus meter dari pinggiran laut yang langsung menghadap selat Malaka. Wilayah ini mempunyai Dermaga dan TPI (Tempat Penjualan Ikan) yang dikenal sebagai "BOM". Nama BOM ini mengacu pada sejarah ketika Jepun masuk ke Sumatera Timur melalui dermaga ini yang memuluskan jalan masuknya.  

Reruntuhan dan puing-puing bekas "pengeboman", berupa pancang-pancang bangunan terbuat dari beton yang dicor besi menjorok ke laut masih dapat dilihat sampai sekarang. Secara tradisional laut menjadi penghubung antara wilayah ini dengan negara jiran, Malaysia.

Masa lalu dua penduduk dari dua wilayah perbatasan negara ini bebas saling berkunjung bermesra, namun sekarang ketika manajemen moden, ianya sudah tiada lagi. Hanya tinggal laguna yang indah, namun seiring dengan terjadingan penambangan pasir laguna dan pasir kuarsa putih. Itupun sekarang sudah rosak dan tinggal sisa-sisa saja.

Teringat aku ketika sebulan berlalu, (Lihat 3 tajuk di atas sebelum ini) perbincangan aku dengan Mad Yani Pak Lurah atau pengulu bergaji tetap bagi Pangkalan Dodek Baru Medang Deras, juga dari Kebupaten Batu Bara. Beliau, seorang pemimpin masyarakat yang ganjil dan sentiasa bersama rakyat, menjawat jawatan itu atas pilihan penduduk. 

Dikhabarkan, dia idak pakai mobil. Berjanji segala khidmat dari Kantor Lurahnya untuk rakyat, yang dulunya kena bayaran sekarang 'gratis' atau percuma tiada bayaran. 

Beliau tanya aku.. "Sebelum bapak pulang ke Malaysia, boleh bapak tinggalkan sedikit ole-ole untuk panduan saya berbakti kepada masyarakat setempat di sini?"

"Oh terlalu banyak peluang untuk berbakti kepada rakyat. Maaf Pak, ole-ole saya berbentuk ide. Bukan untuk mengajar bebek (itik) berenang, tetapi secara ringkasnya saya akan cambahkan ide bagaimana cara untuk melatih dan menjadikan rakyat setempat ini sebagai usahawan atau wira swasta.
Budidaya Belut

"Saya ingin cadangkan di sini, 3 perkara. 

"Pertama, bagaimana menjadi usahawan belut? 

"Perkara ini pernah saya cadangkan kepada wakil rakyat Bireuen di Aceh semasa mula Partai Aceh (GAM) mengambil alih pemerintahan dulu. Sempat saya melawat lokasi penternakan dan beliau bersetuju, tetapi akhirnya tak jadi kerana beliau meninggal dunia.

"Mengapa saya cadangkan projek belut ini?


1. Kerana projek ini mudah disertai oleh penduduk desa tanpa memerlukan modal kewangan yang besar. Jika ada kesempatan saya akan bentangkan kertaskerja mengenainya yang hanya penternak perlu menyediakan tapak dan kolam sahaja, dengan konsep '1 keluarga 10 kolam ternak.'


2. Projek ini mempunyai masa depan pasaran yang tinggi hingga dari peringkat tempatan ke antarabangsa. Jadi, melihat lokasi dan kesesuaian tempat, tidak hairan kalau Indonesia berpotensi menjadi pengeluar terbesar permakanan belut di dunia. Setakat ini keperluan belut dunia terhadap Indonesia (26 Mei 2014 -Liputan 6) seperti berikut:
 Negara Tujuan 
 Keperluan (Ton/minggu)
 Jepun
 1000
 Hongkong
 350
 China
 300
 Malaysia
 80
 Taiwan
 20
 Korea
 10
 Singapura
 5

3. Saya sendiri sebelum datang ke sini mendapat pesanan belut Indonesia dari seorang peniaga di Kuala Lumpur mahukan kira-kira 1 ton seminggu, sekurang-kurangnya, diimport masuk untuknya di Malaysia.
"Oleh itu sangat perlu digembelingkan tenaga ke arah melahirkan usahawan belut di kalangan penduduk desa. Inilah sedikit ole-ole panduan bagaimana berbakti kepada masyarakat setempat atau khidmat masyarakat di sini secara lebih berkesan.Jelas saya kepada Mad Yani Pak Lurah Pangkalan Dodek Baru Medang Deras itu.

Begitulah juga, mengenai cadangan menjadi usahawan pada perkara kedua dan ketiga dalam cadangan di atas. Saya akan huraikan mengenainya kemudian jika ada kesempatan. 

Tetapi, apabila saya ceritakan hal mengenai projek belut ini kepada seorang usahawan muda yang saya temui di Tanjung Tiram Batu Bara, beliau menyambut baik. Katanya..

"Itu kesempatan baik Pak! Saya ingin sambut cabaran bapak!" Sambutnya serius. "Saya akan cuba bekalkan belut melalui bapak di sana."

Dia antara pengusaha dan pengeksport 'daging kepiting' atau isi ketam beku ke Amerika Syarikat, juga pernah mengeksport obor-obor laut ke Jepun dan kepelbagaian jenis ikan ke luar negara. 

Tepat rasanya saya bertemu dengan usahawan muda ini. Al-hamdulillah!
Hasil carian imej untuk daging kepiting beku
Hasil carian imej untuk daging kepiting beku
Isi ketam beku.
Hasil carian imej untuk obor-obor
Obor-obor laut yang beracun dieksport ke Jepun.

Kami pun merancang pengumpulan dan pengeksportan ikan belut itu ke Malaysia. Banyak tempat-tempat penternakan di Sumatera bahkan ke Jakarta yang kami lawati dan teliti, kami bincang harga, cara pengiriman serta bayaran. Beberapa masalah yang mungkin timbul akan diselesaikan bersama. Saya menghubungi pihak pembeli di Malaysia, semuanya akan berjalan lancar.. insya Allah!


 Ibnu Hasyim (kanan) bersama rakannya (kiri) sedang makan hidangan siput 'banderang' yang lazat manis di atas jambatan sekitar pelabuhan Tanjung Tiram, Batubara malam itu.

Akhirnya dia berkesimpulan.. 

"Dua minggu dari tarikh sekarang, aku akan kirim segera ikan belut itu ke Malaysia tiap minggu. Mungkin awalnya tidak cukup 1 ton, tetapi akan tercapai pada pengiriman seterusnya. 

"Kalau perkara ini berjalan lancar, aku akan langsung realisasikan penternakan atau budidaya belut seperti yang tertera dalam kertaskerja berkonsep '1 keluarga 10 kolam ternak' tersebut, di tempatku Batubara ini sendiri. Aku akan pastikan kiriman barang tidak putus, bahkan terus bertambah. Insya Allah!"



Berternak belut.

Demikian catatan perjalanan kali ini, semoga pembaca-pembaca beroleh manfaat darinya.. 

Insya Allah, bersambung.


Ibnu Hasyim cuba merasa sup belut di sebuah gerai di kota Medan, Indonesia.


Ibnu Hasyim, Catatan Perjalanan Batu Bara 4.
ibnuhasyim@gmail.com 
Tanjung Tiram Kabupaten Batu Bara, 
Sumatera Utara, Indonesia.

Kepada sesiapa yang ingin maklumat mengenai penternakan, pemasaran, penjualan dan pembelian belut boleh hubungi..

Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

Tel 014 222 5865 (KL)      

11 comments:

Anonymous said...

Ikan Belut memang berkhasiat dan boleh membawa keuntungan. Bagus juga tu teroka buat bisnes ikan belut

Tetapi

Belut Ternakan DAP, yakni PAN memang tak berkhasiat. Pemimpin lebih dari penyokong. Lepas tu PAN pulak jadi pusat pelepasan sampah. Sampah terbaru masuk PAN adalah Husam. Semua projek dia bikin gagal. Tanam gaharu lah, highwaylah semua fail. Itupun PAN nak ambil lagi

Kah kah kah

Anonymous said...

Ikan belut memang berkhasiat dan sedap. Di Perlis ( Tempat Anwar Tahir-PAN) laksa belut memang terangkat kesedapannya.... TETAPI biarlah belut dengan fitrahnya. Walaupun licn dan hitam tapi belut amat enak dan berkhasiat. Kalau manusia belut pula macam spesis2 PAN memang hidup menyusahkan orang

Kat sini ada copy paste Jiwa seorang PANbelut

http://semuthitam80.blogspot.my/2016/09/taktik-husam-jaja-nama-nik-aziz.html

TAKTIK HUSAM "JAJA NAMA" NIK AZIZ MEMALUKAN!!!

Memang takde apa yang perlu nak dinafikan mengenai perkara ini. Tapi agak menghairankan juga bila ada orang boleh terima taktik Politik Keji yang digunakan oleh Si Husam ni.

Bagaimana mungkin mereka yang suatu ketika dahulu menghormati seorang pemimpin sanggup mempergunakan namanya demi untuk meraih sokongan Politik Murahan semata - mata.

Apatah lagi jika nama yang dijaja itu sudah pun meninggal dunia. Nampak sangat yang Si Husam ni jelas tidak menghormati Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) secara terbuka.

Jika dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Si Husam tu mendakwa dia seorang pemimpin yang 'Cool' dan mengajak agar pengikut - pengikutnya juga mengamalkan Politik 'Cool'.

Tapi hakikatnya, Si Husam tu sedang berada dalam 'Kepanasan Yang Teramat Sangat' sehingga memaksa dia mengambil tindakan mengamalkan Politik Jijik dengan menjual nama TGNA.

Seperti mana yang dikatakan oleh Nik Abduh semalam, Si Husam ni seorang anak murid yang 'RARE' kerana mendakwa Allahyarham TGNA akan menurut segala arahan dan perintahnya.

(Baca: NIK ABDUH KATA, HUSAM NI ANAK MURID PALING "RARE"!!!)

Kalau difikirkan dari sudut logiknya, mana pernah Tok Guru ikut cakap anak murid? Sepatutnya anak murid ikut cakap Tok Guru. Tapi dengan Si Husam ni semuanya habis terbalik.

Kalau betul Si Husam tu kata Allahyarham TGNA akan mengikut segala kehendak dan kemahuannya (termasuk keluar PAS dan menyertai PAN), kenapa dia tak dapat jadi MB Kelantan?

Tidakkah itu membuktikan ada sesuatu yang tak kena dimata TGNA dengan diri Si Husam tu sendiri sehingga dia tidak dicalonkan bagi menggantikan tempatnya selaku Menteri Besar?

Walaupun Si Husam tu kata dia cukup menghormati TGNA, namun tindakan yang dilakukan itu juga boleh dianggap sebagai satu penghinaan terhadap Allahyarham Tok Gurunya sendiri.

Persoalannya, mulia sangat ke Politik menjual nama Allahyarham Nik Aziz yang digunakan oleh Si Husam tu sehingga takde seorang pun dikalangan pemimpin PAN tu yang berani menegurnya?

Apa yang jelas, tindakan JIJIK yang dilakukan oleh Si Husam tu membuktikan yang dia sedang berada dalam keadaan terdesak. Maka sebab itu dia sanggup menjaja nama orang yang dah meninggal dunia demi menjaga kepentingan Politik Peribadi dirinya sendiri!!!

Anonymous said...

Yang Nik Bodoh jaja nama arwah takpe ke? Langsung takde bukti.
Nik Abduh ni mengidap sindrom "middle-child syndrome". Sejak kecil lagi dia menyimpan rasa dengki dan cemburu kerana arwah lebih mengharapkan anaknya yang sulung. Apa2 sahaja akan dibincangkan atau diceritakan kepada Nik Omar. Tak pernah dia kesah tentang Nik Abduh ni. Sekian lama Nik Abduh cuba menagih kasihsayang dan penerimaan daripada arwah, tetapi arwah lebih mengenali anaknya sendiri. Kerusi adun yang dipegangnya kini pun hasil melobi yang hebat Nik Abduh kepada arwah. Sebenarnya Nik Omar yang menjadi pilihan arwah, dan tidak pernah Nik Abduh. Nik abduh mintak tolong kepada Hadi Awang untuk melobi kerusi adun mana2 pun di Kelantan. Dan kerana arwah berasa kasihan terhadap anak tengah yang low self esteem ini, maka arwah bersetuju.
Serupa dengan Husam. Nik Abduh berasa sangat dengki dan cemburu bila arwah lebih rapat dengan Husam dan lebih mempercayai Husam daripada Nik Abduh. Sudahlah dalam kehidupan seharian Nik Abduh terasa tersisih, inikan pula dalam politik pun dia merasa disisih. Arwah tahu sangat siapa yang lebih berwibawa.
Oleh kerana terhutang budi kepada Hadi Awang, maka Nik Abduh turut serta dalam menghina Husam. Dikatanya Husam ini rare. Kalau nak tahu memang Husam seorang yang rare. Banyak bukti yang menunjukkan bagaimana arwah menghargai susuk bernama Husam Musa. Malaj arwah pernah mengatakan Husam adalah pemberian Allah kepada rakyat Kelantan. Jeles betul Nik Abduh tentang fakta ini.
Setelah tiada arwah, Nik Abduh cuba meletakkan dirinya sebagai seorang yang kononnya rapat dengan arwah. Tetapi ramai orang tahu siapa sebenarnya Nik Abduh ini dipandangan arwah. "Masih banyak yang perlu dia belajar," katanya. Dan antara pesanan terakhir arwah kepada Nik Abduh adalah supaya selalu merendah diri dan belajar dari Husam tentang humility dan maruah.
Kini, Husam sudah masuk Amanah, kerana pemimpin Pas terus menerus mengkhianati perjuangan asal Parti, hingga sanggup memecat beliau hanya kerana Husam lantang mempersoalkan rasuah dikalangan pemimpin Parti.
Dah dipecat, lepas tu dikutuk pula. Apalah punya manusia Presiden Pas ni? Begini ke perangai dan akhlak seorang yang self-declare dirinya Ulamak?
Kita tunggu sahaja pru yang akan datang. Pas di Kelantan akan menjadi sejarah. Samada Amanah ambil alih atau biarkan Umno sahaja yang kembali berkuasa. Adalah lebih baik melawan musuh yang kita sudah ketahui sebagai perosak agama dan negara, daripada golongan munafiq yang cakap lain buatnya lain.
Kepada Nik Abduh, bertaubatlah. Jangan jadi seperti Najib, memalukan nama baik keluarga. Sampai bila2 pun orang akan ingat.

Anonymous said...

Kah kah kah anon 10:11 mereka2 cerita fitnah demi khadam baru yakni Ahlul PAN al Khadami


Sebaik Sahaja Tengok Muka Husam, TGNA Pun Berpaling Ke Arah Lain –

– Anak saudara Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) menafikan kenyataan Datuk Husam Musa (DHM) yang mendakwa jika Allahyarham masih hidup pasti beliau akan mengikut jejaknya menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Membuktikan dakwaan Husam itu tidak benar, Nik Ahmad Mumtaz mendedahkan satu kejadian yang diceritakan oleh ayahandanya (adik TGNA) berkenaan kedatangan Husam ke Masjid Pulau Melaka Kota Bharu, Kelantan untuk berjumpa dengan TGNA.

“DHM datang untuk berjumpa TGNA di Masjid Pulau Melaka, masa itu ayah sedang mengurut TGNA sambil berehat selepas solat (duduk bersila dan pejam mata).

“DHM beri salam (sahaja) hampir 30 minit, lepas itu (apabila) TGNA buka mata, tengok DHM duduk depannya, TGNA pun (segera) berpaling muka menghadap ke arah lain.

“(TGNA) tidak bercakap sampai kesudah (dengan) DHM. Lebih kurang 40 minit dia (DHM) berada di situ, akhirnya DHM angkat kaki (meninggalkan TGNA).

“Jadi boleh bayangkan lah hubungan TGNA dengan DHM di akhir hayatnya, ” dedah Nik Ahmad Mumtaz dalam Facebook.

Menurut Nik Ahmad Mumtaz sikap bapa saudaranya yang tidak mahu melayan Husam membuktikan hubungan mereka pada saat-saat akhir tidak lagi rapat sepertimana yang cuba digambarkan.

“Seperti semua maklum, TGNA kalau dengan orang yang dia rapat, dia memang akan layan sebaik mungkin, sekalipun dia amat penat.

“Jadi jika sebaliknya, boleh faham sendiri lah ya (apa maksudnya),”tambahnya lagi.

Anonymous said...

ANON 10:11. Kalau bercerita pasal ayah hang. Aku percaya cakap hang lagi. Kalau cerita pasal ayah hang, kawan sekerja ayah hang cerita lain, Hang cakap lain. Takkan aku nak percaya cakap kawan ayah hang.

Dalam kes husam cerita dia tak sama dgn waris2 allayarham TGNA. Jadi aku percaya cakap waris.

Husam pulak spin cakap orang dah tak da. Orang kata jenis macam ni hati berulat

Anonymous said...

Nik Ahmad Mumtaz???? Kah Kah Kah Kah. Ini lagi seorang tak boleh pakai. Harapkan serban sahaja cantik, tapi perangai dan perwatakan ala2 munafiq. Lagi sekor makhluk mencalit arang ke muka ayahnya. Mana bukti? Setakat cakap, Hadi Mereng lagi terer. Belajar dari dia kot? Kah Kah Kah Kah.
Itulah sebabnya bila keje kopipes sahaja, yang dikatakan fakta hanyalah dongeng dan fitnah. Bukti sebijik haram takde. Biol betul anon 10.32 ni. Inilah akibat tercekik lepas makan dedak Kah Kah Kah. Jadi bodoh dan bangang Kah Kah Kah Kah!!!!!!!!!! Hanya Allah yang boleh menyelamatkan kamu. Hadi Mereng tak boleh sebab dia sendiri kena risau tentang dirinya sendiri. Belum tentu ke mana. Cakap nak bagi sedap hati je tu, sebenarnya risau tak terhingga. Dedak dah ambil, kenalah halalan toyibankan, mintak2 Allah redha. Sesat betul orang Pas Kah Kah Kah Kah....meroyan tak sudah.

Anonymous said...

Bertaubatlah wahai golongan sekuler libral. Mufti kata wajib sokong ruu355 mereka marah jangan guna kedudukan. Ramasami kata dr zakir setan mereka pertahankan berfikirlah wahai penyokong pan samaada nak pertahankan islam atau sebaliknya. Menyokong syariat islam wajib dimalaysia sebab non muslim terlalu berani mencabar dan menghina islam. Allayarham tgna tetap istikomah berjuang untuk islam bersama pas hingga ke akhir hayat. Pencacai pan suka pusing cerita sampaikan sanggup menabur fitnah.

Anonymous said...

https://youtu.be/xCYe9tjnYeQ

Pandangan TGNA terhadap Husam Musa

Anonymous said...

Alhamdulillah Saudara anon 3.01 di atas. Sumbangan saudara sangat dihargai. Kita sama2 harapkan pemakan dedak seperti anon2 dedaks di atas mengambil masa melihat dengan sendiri bukti bagaimana arwah begitu menyanjung susuk bernama Husam Musa.
Kepada anon2 dedaks, sila kemukakan bukti jika benar apa yang Nik Abduh cakapkan tentang Husam. Bukalah mata kembangkan minda, sedarlah sebelum terlambat. Cukuplah diri itu terus menerus menipu atau ditipu.
Syabas dan berbanyak terima kasih kepada saudara anon 3.01. Hanya Allah sahaja yang dapat memberikan ganjaran kepada saudara.
Wassalam....

Anonymous said...

FITNAH KEPALA OTAK HANG!!! Bodoh mengalah LEMBU. Kalau engko rajin buat research sedikit je dah tau apa itu kebenaran.
Sebab engko ni pemalas taknak usaha sendiri, sanggup jual maruah makan dedak sampai tercekik, sebab itu merepek, memaki hamun golongan intelek kat dalam ni.
Cuba sedar diri tu sikit. Tak sama level engko dengan kami. Setakat sekolah pondok tak perlulah nak tunjuk pandai. Simpan saja dalam peti mayat. Mampos la engko cepat, supaya anakbini tidak lagi menanggung malu, makan hasil dedak.

Anonymous said...

Kepada anon 10.37, kita faham bahawa saudara bebas mempercayai mana2 versi. Walaupun begitu, sebelum mempercayai bulat2 cerita daripada waris, kita terima nasihat Tuang Presideng kita. Dia suruh kita tengok dalam youtube, katanya banyak bukti dia lebih rapat dengan Arwah tgna. Cuba saudara search ada ke tidak?
Selepas itu buatlah kesimpulan sendiri, siapa yang bercakap benar dan siapa yang temberang.
Semoga saudara mendapat hidayah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails