Monday, September 05, 2016

Slogan PKR 'bertentangan dengan prinsip tauhid' ? -Abd Hadi

Hasil carian imej untuk bertentangan dengan prinsip tauhid
Tulisan terkini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini bakal memanaskan lagi hubungan antara PAS dengan parti pembangkang lain termasuk PKR.
Orang-orang PKR sudah tentu tidak boleh terima selepas secara terbuka mengatakan Islam menolak slogan “suara rakyat adalah suara keramat” yang merupakan slogan PKR sejak ditubuhkan lagi.
Menurut Haji Hadi, slogan tersebut yang bertentangan dengan prinsip tauhid (kesatuan Tuhan) dalam Islam menolak sistem pemerintahan sama ada “bertuhankan individu” seperti diktator mahupun “kelompok atau rakyat”.
“Maka Islam menolak diktator yang bertuhankan individu atau kelompok atau rakyat, termasuk yang bertopengkan demokrasi, kononnya suara rakyat adalah suara keramat seperti Tuhan atau Teokrasi yang bertuhankan agamawan yang bertopengkan agama,” katanya dalam satu penulisan terbaru yang diterbitkan organ PAS Harakah.
Tulisan bertajuk 'Inilah penyelesaiannya' itu antara lain menekankan soal Islam dan pemerintahan negara.
"Islam menolak diktator yang bertuhankan individu atau kelompok atau rakyat, termasuk yang bertopengkan demokrasi, kononnya suara rakyat adalah suara keramat seperti Tuhan atau teokrasi yang bertuhankan agamawan yang bertopengkan agama.
“Semuanya menjadikan dirinya seperti Tuhan, rakyatnya sebagai hamba. Termasuk menjadikan harta dan segala khazanah negara sebagai miliknya yang boleh diambil dengan apa-apa cara dan menggunakannya tanpa batas sempadan halal dan haram.”
“Suara rakyat, suara keramat” merupakan antara slogan yang kerap diucapkan pemimpin pembangkang terutama dari PKR pada ceramah dan perhimpunan aman.
Hadi berkata akidah Islam juga melarang undang-undang yang memberi kekebalan kepada mana-mana individu.
“Akidah Islam menjadikan tidak ada manusia yang mengatasi undang-undang termasuk raja atau ketua negara sehingga mengharamkannya berlagak Tuhan.”
Beliau menegaskan kepentingan mendalami maksud tauhid yang menjadi dasar akidah Islam, dengan berkata ia bukan setakat melarang umat Islam menyembah berhala.
“Akidah Tauhid dengan mengesakan Allah sahaja Tuhan yang diibadatkan kepadanya dengan jasad, roh dan akal. Ini menjadikan manusia itu tidak berlagak menjadi Tuhan apabila berkuasa memerintah negara, atau diberi nikmat kehidupan berpangkat atau berharta.
“Dengan tegas menolak syirik dengan maksud yang menyeluruh, bukan sahaja diharamkan menyembah berhala atau patung, termasuk juga makhluk yang lain, termasuk sesama manusia, dan juga tidak mengadakan undang-undang sendiri dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah,” katanya lagi.
Tulisan tersebut berakhir dengan kalimah 'Inilah penyelesaian kita' dan disiarkan oleh Harakah pada 2 September lalu.-5/9/2016
Diangkat dari Agenda Daily

9 comments:

ikan said...

kalau ponteng tu tak masuk prinsip tauhid ke bang

KUBU BESAR PALO said...

PAS DIDALAM JARINGAN UMNOBN

Anonymous said...

mengkafirkan orang lain tu.....prinsip apa yaa

Anonymous said...

Itu adalah pendapat pribadi atas perkiraan rasa benci dan nafsu.. Apa yang diperkatakan adalah berbalik kepada dia sendiri...kalau orang yang bertuhan kan Hadi Awang..

Anonymous said...

Lebai ni digelar pembohong bersiri..apa saja yg dituturkan berbalik pd diri dia sendiri. Munafik penjual agama menyesatkan akidah orang melayu.

Unknown said...

Berapa ringgit doh dia jual agama ke deme

Anonymous said...

Dulu pun Umno dikatakan kafir, thogut.. Rujuk "amanat haji hadi",.

Anonymous said...

Dulu kutip duit ahli2 yg miskin guna tin milo. Skrg mkn hasil rompakan duit rakyat 1mdb 90juta.

Nak tahu brp dia jual agama walaun2 tolol dia kena suruh lebai pembohong bersiri ni jawap tuduhan makan duit haram rompakan terbesar dunia. Bersumpah laknat atau saman Sarawak Report. Ini isu besar melibatkan maruah agama.

Hadi, Haron dan walaun tolol pigs mrk pelacur agama.

Menjauhkan non muslims mendekati Islam. Pas @ Pigs dibwh pimpinan Hadi mencemar dan memalukan Islam yg sebenar.

Anonymous said...

Sejak 1999, sejak Almarhum UFA & AlMarhum Al Allaamah TNA, baru sekarang PIS/PIGS keluar fuckwa pasal 'Kuasa rakyat Kuasa keramat' bertentangan prinsip tauhid ???.
Dari dedak ke Guni dedak, hidup PIGS !!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails