Wednesday, September 07, 2016

Kaedah Percepatkan Remaja Berkahwin. Hanya RM2,000...

Kos kahwin hanya RM2,000
Seramai 15 pasangan dinikahkan serentak oleh 15 jurunikah di Masjid Baharu Temerloh sebelum mereka diraikan dalam majlis Walimatul Urus 2.0 di Taman Bukit Bendera kelmarin.

MENTAKAB – Kos perkahwinan hanya RM2,000 berjaya menarik minat seramai 15 pasangan untuk dinikahkan secara serentak menerusi program Walimatul Urus 2.0 anjuran Pas di sini kelmarin.

Malah majlis pernikahan perdana yang kali kedua diadakan itu berjaya menarik kehadiran 12,000 tetamu terdiri daripada saudara mara dan kenalan semua pasangan pengantin terbabit.

Dalam program itu, kesemua pasangan diraikan oleh Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hasan dan Yang Dipertua Pas Kawasan Temerloh, Md Jusoh Darus selaku tuan rumah program.

Nasruddin berkata, setiap pasangan hanya dikenakan bayaran RM2,000 untuk menyertai program itu sementara pihak penganjur menguruskan majlis akad nikah dan kenduri sebagai satu usaha murni membantu golongan muda berkahwin.

Menurutnya, program seumpama itu mempermudahkan urusan perkahwinan dengan kos yang minima tetapi meriah dengan kehadiran keluarga dan sahabat handai sama seperti perkahwinan biasa.

“Pogram ini adalah hasil idea pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abd Jabar yang pertama kali menganjurkan program Kahwin Perdana bagi kawasan yang di wakilinya di Dun Tanjung Lumpur dan kini tersebar luas ke seluruh Pahang.
“Ia adalah idea yang baik dan mula mendapat perhatian masyarakat,” katanya kepada pemberita dalam ucapan ringkas pada program tersebut.

Turut hadir, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Dr  Riduan Mohd Noor, manakala pemimpin Pas negeri diketuai Rosli Abd Jabar; Adun Berserah, Andansura Rabu dan Setiausaha Perhubungan Pas Roslan Zainal.

Turut sama memeriahkan majlis, Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang yang juga Ketua Umno Bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Sebelum itu, 15 pasangan pengantin baharu itu diarak sejauh 10 kilometer oleh 300 konvoi bermotosikal dari lokasi akad nikah iaitu di Masjid Baharu Temerloh ke tapak lokasi majlis di Bukit Bendera, Mentakab.

Sementara itu, pasangan pengantin Ahmad Khairul Nizam Ibrahim, 29, dan isterinya Siti Rohana Zakaria 31, memuji usaha penganjur menganjurkan program yang memberi manfaat kepada golongan belia. 

“Sekarang ni kos nak buat kenduri pun mahal...lepas tamat pelajaran kebanyakan golongan muda tak mampu simpan wang untuk berkahwin kerana terpaksa membayar pinjaman pelajaran, membayar kenderaan, rumah dan sebagainya.
 “Ada juga yang buat pinjaman untuk berkahwin dan ini sudah tentu menyukarkan kehidupan mereka kerana berhutang. Jadi usaha Pas dalam menganjurkan program seperti ini sangat memberi manfaat dan ia juga wajar diteruskan setiap tahun,” katanya.

Difahamkan selepas ini beberapa program serupa akan diadakan antaranya di Indera Mahkota yang melibatkan tiga kawasan iaitu Kuantan, Paya Besar dan Beserah pada 24 September ini. 

Hasil carian imej untuk perkahwinan
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam menghadapi masalah sosial remaja, ini antara kaedah terbaik dalam membantu mempermudah, mempermurah dan mempercepatkan perkahwinan golongan remaja.

Seperti yang disarankan oleh Islam..

Firman Allah yang bermaksud:

  • "Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui" (Surah An-Nur 24:32)
  • "...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..." (Surah An-Nisa' 4 : 3) 

Sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

  • "Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku" (riwayat Al-Bukhari)
Antara nas Hadis Baginda yang lain yang sangat memberikan galakan kepada golongan remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri, iaitu sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

  • "Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Permudahkan perkahwinan, nescaya najis perzinahan akan jadi susah. Jika dipersusahkan perkahwinan maka perzinahan  akan berleluasa.

7 comments:

Anonymous said...

Berkahwin adalah sunnah rasulullah tetapi golongan sekular liberal terutama di Penang lebih memartabatkan LBGT dari Perkahwinan. Itupun PAN masih istiqamag dengan DAP yang anti Islam.
Wahai Mujahid, Mat Sabu, ahli2 PAN dan macai2 PAN. Pergilah kamu bertaubat nasuha keatas kezaliman kamu lakukan kepada Islam

http://www.ismaweb.net/2016/05/jawatankuasa-transgender-pulau-pinang-menyalahi-hukum-allah-kata-timb-mufti-perak/

Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang menyalahi hukum Allah, kata Timb Mufti Perak

BANGI, Rabu – Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim menyelar tindakan pemimpin politik yang memberi sokongan terhadap golongan transgender sehingga membentuk jawatankuasa semata-mata mahu membela nasib mereka.

Beliau berkata, politik sepatutnya digunakan untuk mengurus manusia patuh dengan perintah Allah, bukannya mengurus, menyedia ruang dan membela apa jua tindakan yang menyalahi peraturan Allah.

“Justeru, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mahupun Ahli Parlimen Islam dan bukan Islam perlu faham kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Sebarang gubalan undang-undang mahupun peraturan dan jawatankuasa yang ditubuhkan hendaklah selari dengan menjunjung Islam sebagai agama Persekutuan

“Jadi kita gesa setiap ahli politik wajib meneliti skop tugas semua jawatankuasa yang ditubuhkan agar tidak menyalahi hukum Allah,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan parti rasis dan cauvinis, DAP meluluskan penubuhan Jawatankuasa Transgender bagi membela nasib golongan berkenaaan.

Adun Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu yang mengetuai jawatankuasa itu berkata, beberapa program akan diadakan bagi membantu golongan berkenaan, termasuk kempen mengasingkan tandas bagi transgender.

Difahamkan, jawatankuasa itu turut dianggotai oleh beberapa pimpinan dari Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Mengulas perkara itu, Ustaz Zamri yang juga Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Ipoh berkata, semua parti dan NGO perlu merujuk kembali perlembagaan masing-masing.

Ini adalah untuk membuktikan pernyataan yang mereka meletakkan Islam sebagai antara matlamat perjuangan.

Anonymous said...

Wahai Mujahid. Kamu pernah bercakap pasal LBGT dgn G25, tetapi kamu tak peduli bila Pro LBGT menghina mufti Perak.

Wahai Mujahid. Adakah kamu mahu jadi berhala bisu yang hnaya berkiblatkan kepada Menara Komtar tempat singgahsan Sifoo Bukit Penang

Wahai Mujahid, Ayah kamu hebat tapi kamu macam sampah. Tapi aku tak pelik jika kamu jadi sampah sebab Anak Nabih Nuh AS pun mati kuffur

Wahai Mujahid bertaubatlah kamu

http://www.ismaweb.net/2016/08/anugerah-hina-mufti-perak-tindakan-kumpulan-liberal-serlah-kejahilan/

Anugerah hina Mufti Perak: Tindakan kumpulan liberal serlah kejahilan

BANGI, Isnin – Tindakan pertubuhan liberal melibatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussaini Zakaria dalam anugerah ‘Aiyoh Wat Lah!’ menonjolkan kejahilan mereka dalam membezakan antara nas syarak, pandangan ulama dan pendekatan pengurusan hal ehwal Islam.

Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim membidas perkara itu dan menyifatkan kumpulan liberal tersebut sengaja mahu memburuk-burukkan tokoh dan institusi agama dengan hanya mengambil kenyataan ucapan terpilih tanpa melihat kepada skop yang sebenar.

“Menjarakkan masyarakat daripada agama dan menganggap agama itu satu kongkongan dengan memburuk-burukkan ulama dan institusi agama adalah prinsip asas golongan liberalis yang cuba dipaksa pakai kepada umat Islam di Malaysia.

“Mereka seperti mengajak orang lain bersifat terbuka walhal mereka sendiri yang jumud (sempit) dan membatukan akal daripada nas syarak,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) dan Inisiatif Kesaksamaan Gender (GEI) menganjurkan anugerah tahunan yang menghina kenyataan tokoh ulama dan institusi agama.

Tan Sri Harussani adalah salah seorang pemenang bagi kategori ‘penghinaan intelektual’ berikutan kenyataannya pada April tahun lalu berhubung mewajibkan isteri mengadakan hubungan seks dengan suami walaupun ‘mereka menunggang di belakang unta’.

Selain beliau, turut disenarai dalam anugerah itu adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Anonymous said...

Wahai Mujahaid. Kamu maki hamun dan nista Mufti Pahang demi mencari keberkatan DAP

Wahai Mujahid. Sila kamu jawab adakah benar Abdullah bin Ubay amat cintakan Kaum Musyriqin dan membenci rausl dan para sahabat.

Wahai Mujahid, DAP yg kepimpinannya penuh dengan kaum musyriqin kamu julang, Mufti yg bercakap pasal kebaikan kamu hina.

Wahai Mujahid, jangan kamu salahkan ayah kamu kerana ayah kamu adalah orang baik2

http://www.ismaweb.net/2016/08/anugerah-hina-mufti-perak-tindakan-kumpulan-liberal-serlah-kejahilan/

BANGI, Isnin – Tindakan pertubuhan liberal melibatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussaini Zakaria dalam anugerah ‘Aiyoh Wat Lah!’ menonjolkan kejahilan mereka dalam membezakan antara nas syarak, pandangan ulama dan pendekatan pengurusan hal ehwal Islam.

Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim membidas perkara itu dan menyifatkan kumpulan liberal tersebut sengaja mahu memburuk-burukkan tokoh dan institusi agama dengan hanya mengambil kenyataan ucapan terpilih tanpa melihat kepada skop yang sebenar.

“Menjarakkan masyarakat daripada agama dan menganggap agama itu satu kongkongan dengan memburuk-burukkan ulama dan institusi agama adalah prinsip asas golongan liberalis yang cuba dipaksa pakai kepada umat Islam di Malaysia.

“Mereka seperti mengajak orang lain bersifat terbuka walhal mereka sendiri yang jumud (sempit) dan membatukan akal daripada nas syarak,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) dan Inisiatif Kesaksamaan Gender (GEI) menganjurkan anugerah tahunan yang menghina kenyataan tokoh ulama dan institusi agama.

Tan Sri Harussani adalah salah seorang pemenang bagi kategori ‘penghinaan intelektual’ berikutan kenyataannya pada April tahun lalu berhubung mewajibkan isteri mengadakan hubungan seks dengan suami walaupun ‘mereka menunggang di belakang unta’.

Selain beliau, turut disenarai dalam anugerah itu adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/09/mujahid-jangan-guna-kedudukan-tutup-mulut-mufti/


Mujahid, jangan guna kedudukan tutup mulut mufti
ustaz-hazizi

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Isnin – “Mujahid jangan melampau!”

Demikian kata Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman menyelar Naib Presiden PAN, Datuk Mujahid Yusof Rawa yang mempertikai seruan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam isu cadangan Pindaan Akta 355.

Ustaz Hazizi dalam kenyataannya hari ini mengingatkan Mujahid agar tidak menggunakan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen untuk mengkritik dan mendiamkan mufti.

“Mufti memang sebut artikel itu sebagai satu pandangan, jadi mengapa perlu Mujahid rasa terancam dengan seruan mufti?

“Jikalau orang UK makan minum tidur semuanya pasal bola sehingga dikatakan agama mereka ialah bola, nampak gaya seolah-olah Mujahid nak menuruti jejak langkah mereka dengan mempolitikkan semua benda termasuk penerangan daripada seorang mufti,” katanya.

Minggu lalu, Dr Zulkifli melalui siri Bayan Linnas: Isu Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pendapat menyatakan Ahli Parlimen beragama Islam wajib menyokong, manakala yang bukan Islam perlu menyokong pindaan itu memandangkan ia membawa kebaikan.

Katanya, memberi sokongan kepada pindaan akta Mahkamah Syariah adalah salah satu cara yang unggul demi memartabatkan keadilan Islam.

Mujahid dalam satu kenyataan mengulas pandangan mufti itu berkata, Dr Zulkifli tidak boleh menggunakan kedudukan untuk menjatuhkan hukum wajib.

“Saya sudah membaca kenyataan beliau tapi saya masih menganggap itu hanya satu pandangan sahaja. Jangan gunakan kedudukan beliau untuk mengeluarkan perkataan ‘wajib’ itu. Ini perkara legislatif…dah semacam satu tekanan pula.

Anonymous said...

Wahai Mat Sabu dan Salahuddin Ayub. Kamu sekarang sudah susah hati sebab Husam Musa masuk PAN. Habislah kamu semua, carerr politik kamu sudah dipenghujung

https://aidcnews.wordpress.com/2016/07/12/mat-sabu-bimbang-husam-nak-rampas-jawatan-presiden-pan/

Mat Sabu Bimbang Husam Nak Rampas Jawatan Presiden PAN ?

AIDCNews – 12/7/16 – Mohamad Sabu dilaporkan bimbang apabila ada gosip yang mendakwa bekas Naib Presiden PAS yang dipecat keanggotan parti, Datuk Husam Musa sedang menyusun gerakan mahu merampas jawatan Presiden PAN yang disandangnya.

Ia didedahkan oleh Haji Hassan Omar yang merujuk kepada program Majlis Raya PERANTAU dan Dialog AMANAH di Kota Bharu, 8 Julai.

Menurut Haji Hassan, pengerusi majlis pada program itu telah bertanya soalan khusus kepada Mohamad Sabu berkenaan kemasukan Husam ke dalam PAN.

“Apakah perancangan terperinci abang Mat untuk menerima Husam ke dalam parti AMANAH (PAN) dan sekiranya abang Mat terima adakah kemasukan Husam memberikan infak positif atau negetif kepada parti AMANAH (PAN)?,” soal pengerusi majlis.

Namun, Mohamad Sabu yang sering disapa sebagai Mat Sabu cuba mengelak daripada menjawab soalan tersebut.

“Mat Sabu ambil masa hampir 20 minit untuk jawab soalan ini (Pembaca boleh dapatkan video perjumpaan ini). Mula-mula cerita gerakan Islam seluruh dunia, kemudian cerita PAS zaman Tok Guru Nik Aziz. Bila Mat Sabu sedar dia tak menjawab dia seloroh kononnya ini baru pengenalan untuk menjawab soalan.

“Kemudian Mat Sabu merepek lagi pasal PAN boleh mengatasi PAS di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Katanya undi di bandar PAN mengatasi PAS (Tak pun dibandingkan dengan UMNO) kononnya orang bandar dapat maklumat dan undi luar bandar orang kampung tak ada maklumat.

“Mungkin Mat Sabu sangka orang luar bandar Perak masih pakai cawat dan (tak) kenal telefon pasal itu tak dapat maklumat. Itulah dangkalnya analisis PAN dan itu ‘hiburan’ untuk menyedapkan hati ahli PAN kononnya mereka hebat daripada PAS.

“Sampai akhir Mat Sabut tak sebut pasal penyertaan Husam Musa dalam PAN,” dedah Haji Hassan dalam artikelnya yang bertajuk “Wan Rahim & Husam Cuba Perangkap Mat Sabu Pada Perjumpaan Raya PAN di Kota Bahru”

Dalam artikel lain bertajuk “Husam Dalam Dilema Parti PAN Pun Tak Nak Dia!“, Haji Hassan mendedahkan Husam pernah menyerang Mat Sabu dengan isu Syiah ketika pertandingan Timbalan Presiden PAS pada 7 Jun 2009 dalam Muktamar PAS ke-55.

Dalam pertandingan itu, Husam dan Mat Sabu telah tewas kepada Nasharuddin Mat Isa untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.

“Husam juga dikatakan menyerang Mat Sabu dengan isu Syiah, ” dedahnya.

Anonymous said...

Satu lagi PAN menyanjung Syiah. Tengak Mat Sabu memuji-muji SYiah Hassan Nasrallah. Pandangan Presiden PAN terhadap Syiah

VIDEO Youtube Mat Sabu Mengangkat Syiah Hassan Nasrullah Hezbollah

https://www.youtube.com/watch?v=qwkcIETov_AA

Bukankah Hezbollah meneyembelih kaum sunmah wal Jamaah di Syria.

Anonymous said...

Kah kah kah macai2 PAN la ni tengah hingaq.

Husemmmmm Husemmmmmm Husemmmmmmmmmmm

Siap PAS, lepas kami suruh Mat Sabu Blah ganti dengan Husam. Timbalan Husam pula adalah Mujahid lepas kami terajang Din Pudu. Waktu tu bukan PAN khadam DAP, tapi DAP adalah khadam PAN

Tulang Bullshit
MelakaWaves
(Blogger atas foto tank, bawah foto selfie kat Taman Macam Bangladesh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails