Monday, September 05, 2016

Membazir! RM650 Juta Perindah Patung Negara..

Hasil carian imej untuk tugu negara


Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menuntut projek RM650 juta bagi memperindah kawasan sekitar Tugu Negara di Kuala Lumpur sebagai taman hutan hujan dalam bandar, ditangguhkan.
Ketuanya Khairil Nizam Khirudin berkata tiada keperluan untuk projek itu pada masa ini berbanding keperluan rakyat yang lebih utama.

Beliau malah bimbang ia akan mengulangi “kegagalan” projek dusun bandar di Jalan Bellamy yang berdepan masalah dan keraguan kewangan, seperti dilaporkan Laporan Ketua Audit Negara 2012.

“Kitaran krisis ekonomi juga dijangka bakal berlaku pada tahun 2017/2018.
“Maka, apa perlunya kerajaan dan agensinya membelanjakan peruntukan yang besar untuk projek yang tidak berimpak tinggi tersebut?” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan suntikan dana itu untuk projek di kawasan seluas 66 ekar itu semalam, yang sebahagian besarnya (RM500 juta) akan dibiayai Khazanah Nasional.

"Hutan tropika mini dalam bandar raya" itu akan menjadi sebahagian daripada ikon utama Kuala Lumpur dan fasa pertama akan siap pada pertengahan 2018.

Projek itu diumumkan ketika isu mengenai kewajaran tugu menggambarkan makhluk hidup dianggap haram dalam Islam diperkatakan, selepas timbalan mufti Perak Zamri Hashim mengeluarkan pandangannya.

Dalam kenyataan hari ini, Khairil Nizam mencadangkan peruntukan sama diagihkan kepada sektor rangsangan ekonomi yang lebih besar termasuk perbelanjaan kepada golongan miskin dan mudah terjejas.

“Kami tidak mahu projek tersebut diteruskan buat masa ini,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat perlu bantah pembaziran wang negara ke arah perkara yang haram, RM650 juta perindah patung negara..

4 comments:

Anonymous said...

Haaa tengok PAS menegur
Apasal PAN tak tegur? Jawapannya ialah PAN cukup takut akan DAP marahkan mereka sebab bercakap atas sandaran Islam.

Bagi PAM, Izzah hanyalah untuk Pari DAP

Anonymous said...

Peruntukan rm650juta utk tugu peringatan lebih tinggi harganya dari dedak yg diterima lebai2 penjual agama parti auta semalaysia (Pas) ditabur ketua perompak negara. Rendahnya harga agama utk dijual.

Anonymous said...

Saya sokong akan teguran PAS akan projek baikpulih.

Tetapi saya musykil dgn anon 12:49 mengaitkan PAN. Nak sokong itu adalah hak individu. Tetapi memperlekehkan org lain, adalah jalan nak cari gaduh. Adakah ini yg dianjurkan Islam jika benar PAS pendokong Islam..?

PasNoMore said...

Amende la si anon 12.49 ni merepek? Takde point langsung.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails