Wednesday, September 07, 2016

RM15 Juta, Dakwaan Pecah Amanah Bank Rakyat.


Kes dakwaan pecah amanah hampir RM15 juta Bank Rakyat yang menarik perhatian umum telah sampai ke puncaknya Rabu bila Pengarah Urusan Datuk Mustafha Abd. Razak dan Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Zainal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Mustapha mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan pecah amanah terhadap perbelajaan pemasaran kumpulan berjumlah hampir RM15 juta, Mac lalu. 

Abdul Aziz turut mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas tuduhan bersubahat melakukan perbuatan sama. Kedua-duanya antara individu yang ditahan berhubung kes penyelewengan dana penerbitan buku seorang tokoh pemimpin negara bernilai hampir RM15 juta.


Kedua mereka tiba di mahkamah jam 9.45 pagi diiringi oleh peguam masing-masing.Pecah amanah itu melibatkan dana penerbitan buku.
Pada 30 Ogos lepas, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan SPRM untuk menahan Abdul Aziz yag berusia 65 tahun selama tujuh hari sehingga 5 Sept bagi membantu kes penyelewengan dana penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.
Mustafha berusia 48 tahun itu pula ditahan reman tiga hari bermula 26 Ogos oleh mahkamah sama bagi membantu siasatan kes sama.- 7/9/2016 (AD)

10 comments:

Anonymous said...

Sapa sapa yg pow duit patut disiasat. Dibawah ini ada isu yg patut disiasat.

Tapi kalau disuruh siasat melompat pula PANdusta. Ini belum dapat lagi ke Putarjaya

http://www.penangkini.com/2016/05/kontroversi-terowong-dasar-laut-guan.html

Kontroversi terowong dasar laut, Guan Eng main ‘silap mata’


Lim Guan Eng yang semakin tertekan ekoran penentangan berterusan termasuk daripada wakil rakyat DAP berhubung pembinaan Terowong Dasar Laut menghubungi Bagan Ajam dan Persiaran Gurney kini cuba menunding jari kepada Kerajaan Persekutuan.

Ketua Menteri Pulau Pinang dalam ucapan penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, berkata kerajaan negeri tiada pilihan selain membina terowong itu kerana pembinaan jambatan di antara bahagian Pulau dan Seberang memerlukan kebenaran Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya disebabkan kerajaan negeri tidak dapat membina Jambatan ke-3 antara Bagan Ajam dan Persiaran Gurney, maka terpaksa membina terowong dasar laut atas alasan bagi mengatasi kesesakan.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, kerajaan Pulau Pinang sanggup membatalkan cadangan projek terowong dasar laut jika Kerajaan Persekutuan benarkan jambatan ke-3 dibina.

“Sekiranya mendapat kelulusan daripada kerajaan Pusat, kerajaan negeri akan membina jambatan ketiga dan bersedia menimbang untuk tidak mengenakan sebarang tol kepada pengguna,” katanya.
Tentu selepas ini, rakyat menuntut jawapan sebenar Guan Eng berhubung isu pembinaan terowong dasar laut dan kenapa setelah kerajaan negeri bersedia membayar sebuah syrikat melalui tanah milik kerajaan negeri bernilai RM305 juta, beliau membangkitkan kesediaan membatalkan projek itu dan membina jambatan pula.

Silap mata apa pula dimainkan Guan Eng kali ini?.

Anonymous said...

https://utaranews.wordpress.com/2016/06/23/dap-penang-kuat-putarbelit-isu-terowong-dasar-laut/

DAP Penang kuat putarbelit isu terowong dasar laut.

Sebelum ini, pemimpin DAP Pulau Pinang iaitu Exco Lim Hock Seng pernah dijemput oleh Pemuda Gerakan untuk berdebat mengenai isu terowong dasar laut, namun Hock Seng tidak hadir dan memberi alasan semua soalan yang dikemukakan telahpun dijawab olehnya dalam satu sidang media.

Selain itu, Hock Seng turut memberi alasan pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Jason Loo yang mewakili parti Gerakan untuk berdebat tidak setaraf dengannya kerana Jason Loo bukan seorang wakil rakyat.

Ekoran alasan itu, Setiausaha Agung Gerakan Datuk Liang Teck Meng tampil memaklumkan bahawa dirinya akan mengganti tempat Jason Loo untuk berdebat mengenai isu terowong dasar laut memandangkan beliau merupakan seorang wakil rakyat.

Bila Teck Meng menawarkan diri untuk menggantikan tempat Jason Loo dalam perdebatan ini, Hock Seng kini tidak lagi mempunyai sebarang alasan untuk mengelak dari membatalkan perdebatan ini.

Dikhabarkan Hock Seng menerima cabaran untuk berdebat dengan Teck Meng dan perdebatan tersebut akan diadakan pada 27 atau 28 Jun ini di Komplek Masyarakat Penyayang, George Town.

walaupun Hock Seng dikhabarkan menerima cabaran ini dan telah pun mendapat pujian daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tapi sahutan yang dibuat oleh Hock Seng ini tidak boleh dipercayai 100 peratus.

Ini kerana, pemimpin-pemimpin DAP Pulau Pinang cukup terkenal dengan sikap ‘putar belit’…. Dimana pada akhir-akhir nanti, pemimpin-pemimpin DAP akan memberi sebarang alasan untuk mengelak dari terus mengadakan debat ini.

Oleh demikian, diharap Hock Seng tidak membuat banyak ‘akal’ pada saat-saat akhir sepertimana yang sering dilakukan pemimpin DAP… Kalau Hock Seng tidak bersedia dan berani untuk berdebat, terus terang saja dari awal… Tak payah berlagak seperti superhero yang ingin menyelamatkan dunia, tapi hakikatnya ‘kecut perut’. -AndyBolat/Utaranews.com-

Anonymous said...

Mengecat Jalan pun RM30juta. Mana Mujahid and Mat Sabu??????? Kerajaan Pusat buat boleh la 2 Mandur Pertubuhan Khadam ni bising. Mai Abuya Penang Mari, orang tanya menyorok kat belakang pokok Nyoq. Aparaaaaaaa

Woittt PAN apasal senyap.

https://aidcnews.wordpress.com/2016/01/12/cat-hijau-lorong-basikal-bernilai-rm30-juta-sudah-tertanggal/

Cat Hijau Lorong Basikal Bernilai RM30 Juta Sudah Mula Tertanggal

AIDCNews – 12/1/16 –Dalam tempoh enam bulan, cat hijau untuk lorong pejalan kaki dan berbasikal yang menelan belanja RM 30 juta di Pulau Pinang sudah mulai tertanggal.

“Guna cat berkualiti rendah untuk mengecat lorong basikal tapi bonus RM30 juta.

“RM30 juta untuk mengecat laluan basikal di atas laluan pejalan kaki, menggunakan cat yang berkualiti rendah yang hilang dalam masa 6 bulan.

“Kemudian dapat lagi RM 30 juta untuk proses mengecat … setiap 6 bulan mendapat RM30 juta ?,” soal Tan Khai Beng.

Menurut Anti Fitnah TMI cat yang mulai tertanggal itu telah mendatangkan kemarahan warga Pulau Pinang, yang jelas memperlihatkan penipuan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam pembinaan laluan basikal yang menelan belanja tidak masuk akal.

“dilihat hasil yang dijalankan projek kerajaan negeri itu, ia jelas hanya menelan belanja ratusan ribu kerana laluan berbasikal itu ‘menumpang’ laluan pejalan kaki sedia ada dan hanya dicat dengan warna hijau dan putih.

“Walau bagaimanapun, macai-macai pembangkang cuba mempertahan ‘tokong besar’, Lim Guan Eng dengan mengatakan cat yang digunakan itu merupakan fasa pertama dan pembinaan laluan berbasikal itu masih dalam pembinaan lagi.

“Alasan yang tak munasabah diberikan oleh mereka untuk mempertahankan ‘tokong besar’ mereka. Jika laluan berbasikal itu masih dalam pembinaan, mengapa laluan terbabit dibuka kepada orang ramai??

“Perkara ini jelas menunjukkan DAP Pulau Pinang telah menyonglap RM30 juta duit rakyat umat di negeri itu, apabila perbelanjaan projek berbasikal itu yang hanya memakan ratusan ribu tetapi di ‘makap’ menjadi RM30 juta untuk poket kroni-kroni mereka,” ulasnya.

Anonymous said...

Benda yg SiTanggang 2 ekor kelahiran Penang yakni Mujahid dan Mat Sabu adalah mengenai nasib kampung2 melayu.

Mat Sabu dan Mujahid tak pedulikan langsung nasib rakyat marhaen ini di Penang. Ialah mungkin Mat Sabu dan Mujahid mencari keredhaan DAP.

Mungkin di hati PAN, "Mamposlah Orang Kampung Asalkan DAP Bahagia"

http://www.ismaweb.net/2016/07/29-kampung-tradisi-di-pulau-pinang-bakal-lenyap/

29 kampung tradisi di Pulau Pinang bakal lenyap?

GEORGE TOWN, Ahad – Sebanyak 29 kampung di Pulau Pinang kemungkinan berdepan risiko ‘hilang dari peta’ berikutan diancam aktiviti pembangunan yang akan menenggelamkan kampung tradisi masyarakat Melayu di negeri berkenaan, kata ahli akademik.

Antara kampung dilihat terancam ialah Kampung Bagan Dalam, Kampung Batu Maung, Kampung Batu Uban, Kampung Binjal, Kampung Buah Pala, Kampung Dalca, Kampung Dodol, Kampung Gajah, Kampung Genting, Kampung Lima Kongsi, Kampung Makam, Kampung Melayu, Kampung Nelayan, Kampung Padang Benggali dan Kampung Pisang.

Turut mengalami risiko ialah Kampung Permatang Tepi laut, Kampung Permatang Tok Subuh, Kampung Pondok Upeh, Kampung Pokok Asam, Kampung Pulau Jelutong, Kampung Selut, Kampung Siam, Kampung Sungai Nibong Kecil, Kampung Tanjong Tokong, Kampung Teluk Air Tawar, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Tengah Jelutong, Kampung Tengah Air Itam dan Kampung Terang.

Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, kebanyakan kampung terbabit adalah dari daerah Timur Laut.

Katanya, selain aktiviti pembangunan yang pesat, pemilikan tanah juga menyumbang kepada faktor kampung Melayu di negeri ini kian terhakis iaitu tanah yang mereka duduki bukan hak milik mereka.

“Inilah faktor-faktor menyebabkan kampung di Pulau Pinang kian lama kian terhakis antaranya pemilikan tanah. Tuan tanah ingin membangunkan kampung itu maka kampung tersebut akan lenyap dan terus hilang dari peta, akan diberi nama lain dan sebagainya.

“Ini telahpun berlaku dan sedang berlaku. Kalau kita tengok kampung-kampung di Sungai Nibong, di sini contohnya sudah lenyap sama sekali dari peta negeri Pulau Pinang kerana sekarang ini ia dibangunkan dengan projek-projek perumahan, kondominium dan sebagainya.

“Walaupun satu ketika, mungkin ada orang yang beralamat di situ tapi kampung itu sudah tidak ada lagi. Inilah cabaran yang dihadapi di negeri ini,” katanya kepada Bernama.

Azeem Fazwan berkata, pelaksanaan projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPP) juga menyumbang kepada ‘kehilangan’ kampung tradisi di negeri itu memandangkan projek berkenaan turut melibatkan pengambilan tanah.

Beliau berkata, jika PIPP itu berjaya direalisasikan, landskap Pulau Pinang akan berubah dan kampung-kampung sedia ada akan turut lenyap.

“Sekiranya ia berlaku, maka landskap negeri Pulau Pinang akan berubah sama sekali terutama di daerah Barat Daya. Jadi apabila pembangunan mula menyusuri ke daerah Barat Daya, maka kampung-kampung yang ada di Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Batu Maung dan Teluk Bahang akan lenyap,” katanya.

Justeru, katanya tidak mustahil kampung-kampung tradisi di negeri itu akan lenyap dalam tempoh lima tahun akan datang jika tiada usaha daripada pihak berkepentingan untuk memelihara dan memulihara kampung tradisi itu.

Anonymous said...

Satu lagi PAN menyanjung Syiah. Tengak Mat Sabu memuji-muji SYiah Hassan Nasrallah. Pandangan Presiden PAN terhadap Syiah

VIDEO Youtube Mat Sabu Mengangkat Syiah Hassan Nasrullah Hezbollah

https://www.youtube.com/watch?v=qwkcIETov_AA

Anonymous said...

Kah kah kah macai2 PAN la ni tengah hingaq.

Husemmmmm Husemmmmmm Husemmmmmmmmmmm

Siap PAS, lepas kami suruh Mat Sabu Blah ganti dengan Husam. Timbalan Husam pula adalah Mujahid lepas kami terajang Din Pudu. Waktu tu bukan PAN khadam DAP, tapi DAP adalah khadam PAN

Tulang Bullshit
MelakaWaves
(Blogger atas foto tank, bawah foto selfie kat Taman Macam Bangladesh

Anonymous said...

YB Husam Musa,

Sudah masa Husam Musa jadi President Amanah. Mat Sabu loqlaq sangat. Amanah Penang pun nak mampuih dah. Kalau tanya orang tempatan, depa nak suruh Mat Sabu blah bertapa kat Gunung Jerai.

Harap YB Husam suruh Mat Sabu Blah dan get lost

Anonymous said...

Biar Mujahid jadi Timbalan President setahun, lepas tu suruh dia blah jugak. Ganti dengan Phahrulradzi.

Setakat Mat Sabu jadi Presiden,lawan PSM pun tak boleh menang.

Tuan Husam kalau nak Amanah menang, Tuan Husam kena halau gang2 Syaih dan JIM dalam PAN

Admin Greenbig
Woren Dulu Kini Dan Selamanya

Anonymous said...

Perkara yg tak mungkin terjadi sbb pan dah jd geng taik dikepalai oleh kepala taik pro dap yg bergabung dgn mahataik yg pernah diseranahnya dulu.kepala taik tak akan mudah mengalah spt najib
jdlah husam si kusam yg hanya mampu menurut perintah.kesimpulan pan selamanya khadam dap.

Anonymous said...

Mana geng pan ni dah takut nak bermain dibloq pak hasyim nampaknya.hanya layak berkubang dikg sediri@greenprodapshit.mana kutuk kutuk utk pak lebai serban dah letih ke

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails