Sunday, September 04, 2016

Sept 2016, Bulan RUU 355 -PAS Isyhtihar


USUL persendirian YB Marang, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi meminda Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (RUU 355) adalah satu detik penting di dalam usaha memperkasakan mahkamah syariah di Malaysia. 

PAS mengharapkan agar pindaan ini akhirnya dapat diwartakan. Maka tumpuannya kini adalah menggalakkan pemahaman terhadap usul pindaan ini, dapat didebatkan secara wajar di Parlimen serta mengumpul sokongan khususnya dari kalangan ahli-ahli Parlimen untuk membolehkan pindaan ini diluluskan.

Maka PAS memutuskan mengisytiharkan bulan September 2016 sebagai Bulan RUU 355. Tujuan utamanya adalah untuk menggembeling kesatuan umat bagi seterusnya meyakinkan ahli-ahli parlimen untuk menyokong usul pindaan ini.

Usaha memperkasa institusi mahkamah syariah adalah agenda yang melangkaui kepentingan politik partisan. Sekiranya 135 ahli parlimen Muslim di dalam Dewan Rakyat mengundi sebagai satu kaukus, maka usul pindaan ini dapat diluluskan dengan majoriti mudah. 

Ianya juga sebagai satu referendum bagi umat Islam di negara ini untuk menunjukkan kebersamaannya di dalam urusan yang khusus bersangkutan dengan ehwal Islam. Itulah pendirian PAS kira-kira.. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri (gambar atas) berikutan sokongan dan gesaan beliau terhadap Ahli Parlimen Islam supaya wajib menyokong Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata, beliau berharap langkah yang diambil oleh Dr Zulkifli itu menyemarakkan lagi usaha dalam memberi kefahaman kepada masyarakat umum berkenaan RUU 355.
Malah katanya, parti itu yakin bahawa semua mufti di negara ini menyokong kepada pelaksanaan RUU 355, sebagai usaha memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia.
“Alangkah baiknya kalau semua mufti mengeluarkan gesaan yang sama kepada semua Ahli Parlimen,” kata Tuan dalam satu kenyataan, hari ini.
tuan-ibrahim-man

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails