Friday, September 09, 2016

Rosyam Nor: Boleh Baca Al-Quran Pada Usia 45 Tahun.

 Rosyam Nor (bertopi, depan) berjalan kaki sejauh 47.2 kilometer untuk mengajak orang ramai menghayati Al-Quran. FOTO: M AZHAR ARIF.
Gombak: Pelakon Datuk Rosyam Nor berkata, selama berpuluh-puluh tahun dia meninggalkan Al-Quran sehinggalah pada usia 45 tahun hatinya terbuka untuk mendekati kitab suci umat Islam itu.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 49, berkata, pada usia berkenaan dia mengambil langkah belajar dari mula iaitu 'iqra' sehinggalah akhirnya dia pandai mengaji.

"Berpuluh-puluh tahun saya tinggalkan Al-Quran dan berjinak-jinak kembali masa umur saya 45 tahun. Alhamdulillah, sekarang saya sudah boleh membacanya," kata Rosyam kepada mStar Online pada Khamis.

Rosyam berjaya menamatkan misi berjalan kaki sejauh 47.2 Kilometer bermula pukul 6.30 pagi dari Kompleks Kumpulan Karangkraf di Shah Alam dan tiba di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini kira-kira
pukul 4 petang bersama anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Kira-kira dua ribu pengunjung dan mahasiswa berkumpul di masjid berkenaan bagi menyambut ketibaan Rosyam dan para sukarelawan yang menyertai misi tersebut.

Kata Rosyam, dia bersyukur kerana inisiatifnya untuk mendampingi Al-Quran itu membawa kejayaan apabila dia mampu membacanya pada hari ini.
  Rosyam akhirnya berhaya tiba di UIAM Gombak pada waktu yang ditetapkan.
Ujarnya, hidup seseorang umat Islam itu perlu berdampingan dengan kitab itu dan peluang untuk mendekatinya adalah perlu sebagai pelengkap sesebuah kehidupan.

"Kepada semua masyarakat Islam, jadikan permulaan untuk berjinak-jinak dengan Al-Quran pada Ahad ini sempena hari wukuf di Arafah," ujarnya.

Dalam pada itu Rosyam berkata, penyertaannya dalam misi berjalan kaki bagi mempromosikan World #QuranHour itu bukan untuk meraih publisiti sebaliknya mahu mengajak masyarakat agar terus mendekati kitab suci berkenaan.

Katanya, berjalan kaki sambil membawa Al-Quran tidak lebih sekadar satu simbol  agar hasrat untuk melihat masyarakat Islam membaca Al-Quran menjadi kenyataan.

"Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan ingin saya tegaskan kempen ini bukan untuk menagih sebarang publisiti sebaliknya ingin menyeru orang ramai agar memartabatkan Al-Quran dalam kehidupan seharian walaupun hanya satu jam," katanya.

Berkongsi pengalaman berkenaan Rosyam akui teruja dan gembira dengan reaksi pengguna jalan raya yang menyokong usaha itu.

“Saya agak penat tapi kepuasan itu adalah lebih utama apatah lagi saat kami disapa dan ditegur baik oleh pengguna jalan raya dengan membunyikan hon sambil melambai tangan  tanda menyokong usaha murni ini.

“Saya bersyukur kerana terpilih untuk sama-sama terlibat dan berharap program seumpama ini akan terus menjadi acara tahunan walaupun selebriti yang terlibat nanti bukanlah diri saya,” katanya.

Katanya lagi, dalam misi ini beliau ingin mengajak umat Islam seluruh negara untuk meluangkan masa selama sejam membaca al-Quran pada Ahad ini pada pukul 9 pagi sempena hari wukuf di Arafah bagi  umat Islam yang menunaikan haji. (mStar)

2 comments:

Anonymous said...



Persoalannya

Bgmn kita menilai org yg mnganggap dirinya dah boleh 'baca' Quran?

Adakah lebai dan imam sedondon al-Marangi itu boleh dianggap sbg boleh 'baca' Quran?

Klu imam lebai al-Marangi itu tahu dan betul "baca" Quran, dia sesekali TAK akan merapu2 membuat helah TANPA saksi & bukti ddlm isu PILKUDA..krn itu terang2 FITNAH!

BUKAN dan bukan sekali lebai al-Marangi al-sedondoni itu berbuat FITNAH. Selain drp PILKUDA tuduhan broka dan barua juga dibuat sembrono TANPA bukti & saksi!


SEDANGKAN..

Ddlm hidup nabi SAW dan shbt2nya yg tahu & boleh "baca" Quran itu, TAK pernah & TAK boleh sama skali berbuat FITNAH, hatta kpd kafir harbi & Yahudi skalipun!

Aku jd musykil dgn ungkapan boleh "baca" Quran itu sndiri..sbb ramai sgt yg konon2 nya pandai "baca" tetapi hanya boleh "siul-bunyi" lenggok ARAB sdangkan maksud dan makna "baca" itu sndiri langsung tidak difahami...sprt cth lebai al-Marangi tadi

Klu dah dosa FITNAH dia dah tak faham dan sggup langgar, U-turn mnghina memaki serta songlap dan mencuri tentu dah tak jd hal lagi, hi hi hi



Anda Jalal Mustafa said...

Bodoh punya komen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails