Thursday, September 08, 2016

Tidak Sepatutnya Helang Langkawi Ini Mengepak Lagi..


Hasil carian imej untuk Helang langkawi

Diangkat dari Blog Anak Sungai Derhaka

DALAM hal ini,aku sokong kenyataan Mufti Perak sepenuhnya walaupun aku suka mempertikaikan kebanyakkan kenyataan dia yang berbaur politik.. walaupun dia enggan komen pasal tugu di Langkawi tu..

Play save lah tu... dalam berani ada juga takutnya.. tapi tak apa, apa yang dia nyatakan itu jelas.

Orang kata tugu helang kat Langkawi tu ialah ikon pelancongan.. betul ke ikon?.. kalau setakat nak pi tengok patung helang tu.. aku rasa pelancong dari luar negara tak akan buang duit, buang masa nak pi tengokpun..

Baik mereka ke Mesir atau lain-lain negara di Asia Barat tu.. lagi banyak patung-patung yang bernilai sejarah yang ada..

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, ketika dihubungi Astro AWANI menjelaskan, membina replika atau tugu menyerupai benda hidup sememangnya dilarang.  
"Apa sahaja benda hidup, kecuali pokok, tidak boleh dibina sebagai replika atau tugu jika ia dibuat dalam keadaan yang lengkap semua anggota," kata Harussani.  
Diminta pendapat jika tugu yang dikenali sebagai ikon pelancongan seperti yang terdapat di Pulau Langkawi perlu dirobohkan, beliau enggan memberikan komen.  
"Yang perlu difahami, yang dilarang tetap dilarang," tambahnya. lapor AstroAwani di SINI

Yang dilarang tetap dilarang!!.. tapi ada pulak Menteri dari sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Bangsa dan Agama yang sudah tentu berugama Islam mempertikaikannya..


KUALA LUMPUR, 6 Sept ― Datuk Seri Nazri Aziz enggan ambil berat pendapat agamawan bahawa tugu berbentuk helang di Langkawi merupakan haram di sisi Islam.  
Menurut menteri pelancongan dan kebudayaan, tiada masalah berkenaan tugu replika helang di Dataran Lang itu kerana ia bukanlah digunakan untuk tujuan keagamaan.  
“Itu adalah pandangan dia, tidak wajar untuk memberi sebarang komen. “Sebagaimana yang kita semua tahu, kita tidak menggunakan patung untuk bersolat,” kata beliau kepada mStar semalam.

Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim baru-baru ini berkata memasang replika helang sebagai mercu tanda adalah haram kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup. 
Dalam sebuah akhbar, Zamri mendakwa telah menerima surat rasmi daripada pihak berkuasa tempatan yang tidak dinamakannya yang bertanyakan hukum membuat replika burung helang untuk tempat berkaitan binatang itu.  
Ekoran itu, Persatuan Pelancongan Langkawi telah membantah sebarang cadangan merobohkan replika raksasa helang itu, mendakwa replika setinggi 12 meter yang terletak di Dataran Lang di sini telah menjadi tarikan pelancongan utama sejak lebih 20 tahun lalu.  
Pejabat Mufti Kedah juga menyatakan akan berbincang dengan majlis jawatankuasa fatwa terlebih dahulu jika terdapat gesaan supaya tugu helang di Langkawi dirobohkan atas faktor haram dari sudut agama lapor MMO

Bila hal berkaitan agama difikirkan secara lojik akal saja.. jadi macam tu, laa.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Banyak lagi tugu patung berhala yang masih dikekalkan, bahkan akan diberbesarkan pemujaannya. 

Begitulah kisahnya dalam negara sekular dan kalau bukan Islam mentadbir.. Tinggallah suara muftinya, bagai suara katak bobok yang berperanan hanya untuk memecah kesunyian malam.

12 comments:

Anonymous said...

Saya cadangkan PAN ambil patunh tu letak kat opis besar PAN. Kaler patung tu woren

Anonymous said...

Bagaimana hendak mendengar cakap Mufti di Malaysia ini? Tiap2 negeri ada Muftinya sendiri, tetapi dalam banyak hal para Mufti sendiri tidak bersependapat. Bila mengeluarkan Fatwa, berbeza2 ikut negeri. Di negeri ini boleh tapi di negeri lain tidak boleh, begitulah sebaliknya.
Dalam isu Berhala Helang ini, yang membuat kenyataan adalah Timbalan Mufti negeri Perak, tetapi Mufti di Kedah diam membisu. Kenapa tidak keluarkan kenyataan? Samada setuju ataupun tidak?
Kemudian Timbalan Mufti Perak berkenaan pula berkata kenyataan beliau disalah ertikan. Dia maksudkan SEMUA jenis berhala, bukan Berhala Helang per se. Ini selepas orang ramai mula mempertikaikan kenapa Berhala Helang sahaja disebut, kenapa Tugu Peringatan tidak?
Sepatutnya kenyataan2 Mufti2 mestilah sepakat tanpa mengikut negeri. Apakah ajaran Islam itu lain mengikut negeri? Tolonglah, sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun Fatwa, berunding terlebih dahulu. Dapatkan pandangan daripada yang lain, tak kiralah Mufti tersebut belajar dari mana sekalipun. Mufti Negara pun ada kan? Lagi lah diam sejuta bahasa dia tu.
Bila Mifti pun tiada sepakat, bagaimana rakyat nak ikut? Contoh lain yang terbaru adalah permainan Pokemon. Di Wilayah Persekutuan tak boleh main...HARAM. Tapi boleh main sebaik langkah ke dalam negeri Selangor. Di Penang boleh main, tapi masuk je Kedah dah tak boleh. Apa bendenya semua ini? Adalah Mufti pun confuse tentang isu2? Jika ya pun confuse, sebab itu bincang dulu. Ingat lah wahai Mufti, segala apa kenyataan yang keluar dari mulut kamu adalah sandaran dan harapan rakyat supaya mendekati Islam. Tetapi jika Mufti2 pun cakap lain2, janganlah berasa hairan apabila ada sesetengah rakyat memperlelehkan institusi agama.
Lagi satu contoh Fatwa adalah Merokok Itu Haram. Tetapi kita semua sedia maklum betapa merokok merupakan sebahagian budaya kita, samada kita terima atau tidak. Lihat sahaja betapa ramai ulamak2, lebai2, ustat2, malahan Mufti sendiri ada yang kuat merokok. Kita boleh saksikan ini semua dimana2 sahaja, di surau, di masjid, di kedai kopi, malah di Parlimen sendiri ramai yang berugama Islam melayab perasaan sambil merokok. Apakah sekiranya Malaysia ini diisytiharkan sebagai Negara Islam, maka rokok akan tidak lagi dijual?

Anonymous said...

YB Husam Musa,

Sudah masa Husam Musa jadi President Amanah. Mat Sabu loqlaq sangat. Amanah Penang pun nak mampuih dah. Kalau tanya orang tempatan, depa nak suruh Mat Sabu blah bertapa kat Gunung Jerai.

Harap YB Husam suruh Mat Sabu Blah dan get lost

Anonymous said...

golongan pan ini merasakan mereka sangat hebat dan menganggap para ulama dan pedokong pas tdk bijak dlm percaturan politik. pan cuba menyuntik isme baru dlm perjuangan pas yg berteraskan perjuangan Islam yg berpandukan alquran dan hadis sebelum mereka ditewaskan dalam pemilihan yang lalu. isme yg di pengaruhi oleh agenda dap yg bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan umat islam melayu. mereka mencipta berbagai isu spt pbu, ug,dedak dan sebagainya untuk menarik sokongan dan membenci perjuangan pas. mereka sanggup melihat perpecahan melayu bertambah buruk asalkan dapat memenuhkan tembolok sendiri dan dap .mereka akan merasa puas hati sekiranya pas tewas dalam pru akan datang, sedangkan perpecahan ummah itu adalah fitnah yang sangat ditakuti dan sangat bertentangan dengan ajaran islam spt yg digambarkan Allah swt sebagai berada di tepi jurang api neraka. Ingatlah wahai golongan pan bhw perpecahan yang diukir oleh kalian hny semata-mata menguntungkan dap shj ttpi umat islam sebahagian besarnya akan ditindas dan sinar islam d negara ini akan menjadi suram dan senja kerana tangan-tangan kamu.

Anonymous said...

Di bawah YB Husam Musa sebagai pengganti Mat Sabu. Amanah tidak akan lagi jadi khadam DAP. Tapi DAP yg menjadi khadam Amanah.

Wahai Mat Sabu, sudah waktu Abang Mat dan Salahuddin bersara

PasNoMore said...

Ish ish ish....Melayu Melayu. Tak perlulah saudara anon 2.47 risaukan siapa yang patut menjadi Presiden Parti lain.
Lebih elok saudara membantu kukuhkan Kerajaan negeri Kelantan. Dah goyang sangat dah tu. Mana ada rakyat Kelantan percaya kepada MB yang ada sekarang? Bila rakyat bertarung dengan banjir, MB tak keluar rumah langsung. Alasan? Rumah dia pun naik banjir. Tukang kebun ke pengutip sampah ke bolehlah beri alasan begitu. Ini MB Kelantan yang cakap. Aparaaaa....
Risaukan itu saudara anon 2.47. Jangan2 Husam yang akan naik sebagai MB Kelantan selepas Pru14 nanti, inshaAllah.
TAKBIIIR!!!!!!!!! AllahuAkhbar!!!!!!

Anonymous said...

Insyaallah, selepas tiadanya Pas di Malaysia, Islam akan menjadi lebih inklusif dan tidak lagi ekslusif kepada golongan Assabiyah.
Islam yang sebenar adalah merangkumi segala aspek kehidupan, bukan sepeti Islam acuan Pas yang hanya mementingkan bangsa sendiri. Dasar Assabiyah yang jelas dilarang oleh Rasulullah saw, tetapi di julang oleh pemimpin2 dan pengikut2 parti Pas ini. Perasuah dilindungi, rasuah juga diterima dengan kenyitan mata. "Alhamdulillah, REZEKI," katanya.
Insyaallah hari2 terakhir Pas akan muncul tidak lama lagi.

seri iman said...

Sudah tahu begitu knpa nak berkira dgn mufti sgt.sudah begitu kerja mereka mengikut undang umdang manusia.ikut undang undang Allah lain pula.sebagaimana mereka memilih utk mengikut undang undang mana begitu jugalah kita mengikut.kitapun jika jahil carilah ilmu bkn tak bleh pikir sendiri.mufti beri pandangan ikut ilmu mereka.itupun jika mereka ingin beri.org yg kecoh dgn mufti n undang undang utk baikkan umat islam ni hanya dap n pronya yg lgpt plural singular sj

M.N.Hasnal Bakiyah said...

Patut tugu negara tu diruntuhkan dulu. Dah lama sangat berdosa sbb tugu tu.

M.N.Hasnal Bakiyah said...

Patut tugu negara tu diruntuhkan dulu. Dah lama sangat berdosa sbb tugu tu.

Anonymous said...

Kalau begitu jangan panggil Fatwa, panggilkan sahaja pandangan. Atau Dakwah.

Anonymous said...

Oooo baru aku tahu, kalau nak bina tugu jgn bina menyerupai benda hidup .. jadi kalau sesiapa nak bina tugu kontol binalah kontol yg mati pucok .. kah kah kah .. sesiapa nak bina tugu Najib atau Chedet kelak, binalah masa ia dah dikapankan. Tapi replika sotong di Ganu OK .. tak harang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails