Sunday, September 04, 2016

Serang Pasar Malam 14 Terkorban, Abu Sayyafkah?

Hasil carian imej untuk Abu Sayyaf serang pasar malam KELIHATAN sebilangan mayat bergelimpangan akibat serangan bom di sebuah pasar malam di Davao, Filipina malam kelmarin. - REUTERS

DAVAO, Filipina – Pihak berkuasa mengesyaki kumpulan militan Abu Sayyaf menjadi dalang dalam serangan bom ke atas sebuah pasar malam di sini yang mengorbankan sekurang-kurang­nya 14 orang.
Sejenis bahan letupan yang telah diubah suai dipercayai dilemparkan kepada pengunjung pasar malam berkenaan yang terletak di tengah-tengah bandar Davao serta berdekatan dengan beberapa hotel terkemuka.
Serangan itu berlaku kira-kira pukul 11 malam (waktu tempatan) kelmarin.
Pihak berkuasa berkata, militan Abu Sayyaf yang telah mengisytiharkan menyokong kumpulan Daesh dipercayai melancarkan serangan itu sebagai membalas dendam terhadap pasukan tentera yang me­lakukan serangan ke kubu mereka minggu lalu.
“Pejabat Presiden mengesahkan bahawa itu adalah satu tindak balas oleh Abu Sayyaf. Oleh itu, kita sedang menyiasat lanjut kaitan dengan tindakan kumpulan itu kepada tentera,” kata Datuk Bandar Davao, Sara Duterte.
Beliau merupakan anak perempuan kepada Presi­den Manila, Rodrigo Duterte.
Duterte yang turut berada di bandar Davao ketika serangan berlaku pula berkata, tindakan tersebut dilakukan selepas beliau mengumumkan untuk mengerahkan anggota tentera tambahan ke kubu Abu Sayyaf.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh, manakala 67 yang lain cedera dalam letupan itu. Seramai 16 orang yang cedera kini berada dalam keadaan kritikal, kata seorang pengarah hospital tempatan.
Davao merupakan bandar terbesar di selatan Filipina dan terletak kira-kira 1,500 kilometer dari ibu kota Manila dengan kira-kira dua juta penduduk.
Ia yang merupakan sebahagian daripada Pulau Mindanao dengan sejarah pemberontakan kumpulan pemisah yang menyebabkan lebih 120,000 nyawa terkorban.
Hasil carian imej untuk Abu Sayyaf serang pasar malam Buru Abu Sayyaf Siang dan Malam Filipina Kerahkan Pasukan Elite Tambahan
Kumpulan Abu Sayyaf yang merupakan kumpulan lebih kecil sebelum ini lebih cenderung menculik warga asing untuk mendapatkan wang tebusan, manakala Duterte baru-baru ini mengerahkan beribu-ribu anggota tentera ke beberapa pulau kecil dan pulau terpencil di Jolo untuk ‘memusnahkan’ kumpulan berkenaan. – AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails