Tuesday, September 06, 2016

Harta Milik Seorang Lagi Pegawai Khas Azmin Didedah. Ini Bukti?

hilman
My Nation News – Tersebar di laman sosial serta aplikasi telefon pintar Whatsapp, satu tangkapan layar (print screen) perbualan mendedahkan kononnya mendakwa Pegawai Khas kepada Menteri Besar Selangor memiliki harta yang banyak.
Laman menggunakan nama masterdedah.com pertama kali mendedahkan tangkapan layar perbualan Whatsapp ini.
Berdasarkan perbualan yang disebarkan itu, ia dikatakan daripada individu menggunakan nama ‘YB S Manikavasagam’ di dalam satu grup Whatsapp dilabelkan AJK Cabang Kuala Sel.
Kuala Sel dipercayai merujuk kepada Kuala Selangor dan perkataan cabang hanya digunakan oleh parti PKR bagi sesuatu bahagian parti itu.
Berdasarkan kepada tangkapan layar itu, individu dilabelkan sebagai YB S Manikavasagam mendakwa Pegawai Khas MB Selangor memiliki harta bernilai hampir sejuta Ringgit dan mendakwa maklumat itu daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Info dari MACC, Pegawai Khas MB Selangor Hilman Idham, 30 tahun, didapati membeli sebuah rumah berharga lebih kurang RM800 ribu di I-City Shah Alam.
“Dan memiliki sebuah kereta Audi berharga RM340 ribu (harga atas jalan) selain beberapa utas jam tangan berjenama Paneral (RM60 ribu) dan Rolex (RM30 ribu),” dakwa individu itu.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Azmin Ali digesa tampil memberi penjelasan tentang isu ini.
hil2

4 comments:

Anonymous said...

Pak hasyim, inilah eloknya sistem 2 parti yg diamalkan. Mana2 pihak samada kerajaan atau pembangkang yg rasuah dan makan dedak sila ambik tindakan jika terbukti benar. Berfikir secara rasional. yg salah tetap salah walaupun dia seorg lebai berjubah dan berserban 5kilo.

Jgn jd walaun2 taksub yg tolol suka pertahankan lebai2 atau ulama2 yg munafik buat jenayah atau maksiat. Menjual agama demi kepentingan diri dan politik sempit mrk. Ini lg berat membabitkan maruah agama.

ikan said...

kes tmb kelatan dapat range rovers murah tak nak ulas ke bang.

Anonymous said...

Tu takpe...Allah yang beri. Kira sedekah for a job well done.

Anonymous said...

membalak bersamo Isley di kelantey, .. lagu manoo weh ???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails