Sunday, September 04, 2016

GRO Bangladesh Pula Dicekup. M'sia Jadi Tong Sampah Pembuangan Pelacur Asing?

GRO Bangladesh Dicekup Polis Dalam Ops Noda

TIGA buah pusat hiburan yang ‘dikuasai’ warga Bangladesh di sekitar Kuala Lumpur, telah diserbu oleh pihak polis dalam Ops Noda, awal pagi tadi.

Dalam tiga serbuan berbeza yang dilakukan bermula jam 1 pagi hingga 3 pagi itu, pihak polis telah menahan 25 individu.
Serbuan terhadap pusat hiburan yang menawarkan khidmat wanita rakyat Bangladesh sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) ini dilakukan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, dalam serbuan pertama di Jalan Doraisamy, polis menahan 11 warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan yang merupakan pekerja pusat hiburan berkenaan.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki bekerja sebagai pelayan, tiga wanita pelayan pelanggan (GRO) dan tiga lelaki dipercayai pelanggan, selain seorang lelaki tempatan bekerja sebagai penjaga premis.
“Dalam serbuan di pusat hiburan kedua di Jalan Doraisamy, polis menahan 10 individu terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita warga Bangladesh terdiri daripada GRO, pekerja dan pelanggan serta seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga premis,” katanya.
Tambahnya lagi, dalam serbuan ketiga di Jalan Yap Ah Shak, pihaknya telah menahan wanita warga Nepal dan lelaki warga India yang juga penari pusat hiburan itu, selain seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga premis.
Susulan itu, kesemua mereka ditahan kerana melanggar kesalahan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 55B dan Peraturan 11 (7) akta yang sama. 
Apakah Malaysia sudah jadi tong sampah tempat pembuangan pelacur-pelacur asing?

5 comments:

Anonymous said...

Pak Ibnu Hashim tolong tunjukkan bendera negara Bangladesh sama/serupa dgan bendera Parti Auta SeMalaysia (PAS). Bendera cap bulan purnama hu huu, jomm sokong banglaa & parti ...

Anonymous said...

Hidup banglaa & hidop paspispus ..

Anonymous said...

Tau pun malaysia jadi tong sampah.. mana tuan penasihat

Anonymous said...

Kalu PAN tong sampah, tuang penasihat bangkai bernyawa

Anonymous said...

ini bukan nasi jadi bubur...kalau bubur masih boleh makan..ini dah Hancus, Hangus dan Hangit..sapa lah agaknya yang bawak pendatang asing ke Malaysia ni.sdklruhdfkljigthserk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails