Monday, September 05, 2016

Bantah Bangladesh Menggantung Pemimpin Parti Islam..




WEBLOG Ibnu Hasyim membantah kerajaan Bangladesh yang akhirnya menggantung Mir Quasem Ali, 63, seorang bekas ahli perniagaan terkemuka dan salah seorang pemimpin Jamaat-e-Islami atau parti Islam Bangladesh, pada Sabtu (3/9/2016).

Beliau digantung atas tuduhan melakukan jenayah perang 45 tahun yang lalu, semasa Perang Kemerdekaan Bangladesh 1971.

Proshanto Kumar Banik, pengawas senior Penjara Kashimpur, menegaskan kepada media bahawa Mir Quasem digantung pada pukul 10:30 malam waktu tempatan. Keselamatan telah diperketatkan di sekitar penjara daerah Gazipur Kashimpur, dekat ibu kota Dhaka, lapor Anadolu Agency.


Sebelum ini, pada 30 Ogos, Mahkamah Bangladesh menolak rayuan Mir Quasem untuk mengkaji semula hukuman mati terhadap dirinya. Setelah beberapa usahanya gagal, Mir Quasem diminta mencari pengampunan daripada presiden, namun beliau menolak untuk mengambil langkah itu.

Pihak berkuasa penjara mulai mempersiapkan pelaksanaan setelah beliau memilih untuk tidak mencari pengampunan. 

Al-fatihah...

"Kita mesti memperjuangkan kebenaran dan menentang kezaliman, walau di mana pun kita berada dan di mana saja berlaku.

Jahannam Bangladesh.
Hidup Islam!
Allahu Akbar!" Tegas editornya Hj Mohd Hasyim.

7 comments:

Anonymous said...

Itu yang kita takutkan bila DAP menawan Putrajaya. DAP kan anti Islam

Anonymous said...

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymous said...

Sokong PAN adalah sama dengan menyokong DAP. DAP pula anti Islam manakala PAN adalah khadam DAP

sam ecoliteled said...

MCA mic gerakan pun sama

Botak Chinn said...

toksah dok sibuk parti2 lain....org melayu kat malysia ni pun dok bergaduh sama sendiri,,,,,,lagi x segan silu nak laungkan MELAYU BANGSA BERDAULAT.....HUERM.....

Anonymous said...

Sokong umno samalah menyokong MCA,MIC, Gerakan,PPP dll.

Anonymous said...

Heheheheheh... Bodohkan depa tu? Buat kenyataan entah apa2. Orang melayu gini ke yang nak dibantu tu? Menghabiskan beras saja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails