Sunday, September 04, 2016

Lagi Usir Penduduk, Firma Singapura Beli 200 Hartanah Warisan.

Hasil carian imej untuk Firma Singapura Beli 200 Hartanah Warisan Pulau Pinang, Usir Penduduk

Aktivis warisan dan penduduk tempatan melahirkan kebimbangan mereka berhubung tindakan sebuah firma hartanah Singapura yang membeli sebahagian besar bangunan warisan di George Town.
Daerah berkenaan adalah di Lorong Bertam dan Lebuh Noordin yang terletak di tapak Warisan Dunia George Town.
Seramai 26 penduduk telah diberikan notis pengusiran sejak 24 Ogos lalu, dan diarahkan supaya mengosongkan premis mereka sebelum 30 September ini.
Hock Seong Choon, pemilik kedai kopi Wang Teng Kok merayu lebih banyak masa diberikan supaya beliau boleh mencari tapak alternatif untuk menjalankan perniagaannya.
"Sekurang-kurangnya berikan kita kira-kira enam bulan untuk merancang kehidupan kita, kita hanya diberikan sebulan atau lebih untuk kosongkan kedai," kata Wang, 65, ketika ditemui di Jalan Penang, di mana kedainya terletak.
"Saya berasa sangat sedih untuk meninggalkan kedai ini kerana lokasinya yang strategik bagi penduduk tempatan dan pelancong, kami juga terkenal kerana mempunyai antara gerai nasi ayam Hainan yang terbaik," katanya.
"Dengan pengusiran ini, saya jangkakan kerugian sebanyak RM5,000 sebulan untuk diri sendiri manakala sembilan pekerja di sini akan kehilangan pekerjaan mereka," katanya
Jurucakap Warisan George Town, Mark Lay berkata tanpa mengira penduduk asing atau tempatan, firma itu memaksa banyak keluarga untuk berpindah.
Bercakap pada sidang akhbar di kedai kopi Wang, Lay berkata, sebuah syarikat Singapura - World Class Land - telah membeli 20 buah rumah kedai di Jalan Bertam.
Menurutnya, syarikat yang sama juga membeli enam buah rumah kedai dengan perdagangan komersial di sepanjang Jalan Penang. 
Hasil carian imej untuk Firma Singapura Beli 200 Hartanah Warisan Pulau Pinang, Usir Penduduk
"26 unit ini telah dibeli oleh World Class Land di bawah dua syarikat.
"Model dan strategi firma itu adalah untuk membeli, mengusir penyewa, mengubahsuai, membina dan secara drastik meningkatkan kadar sewa di luar kemampuan kebanyakan rakyat tempatan Pulau Pinang," kata Lay. (Malaysiakini)

3 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/07/29-kampung-tradisi-di-pulau-pinang-bakal-lenyap/


Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/07/29-kampung-tradisi-di-pulau-pinang-bakal-lenyap/


29 kampung tradisi di Pulau Pinang bakal lenyap?
PENANG 16 MARCH 2016. Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk (tengah) bersama Prof Dr Omar Farouk Sheik Ahmad (kiri) dan Prof Datuk Dr Ahmad Murad Mohd Noor Merican ketika dalam sidang media mengenai keperluan pelihara kampung-kampung warisan di Pulau Pinang dari lenyap ditelan pembangunan di sini. NSTP/DANIAL SAAD
Sumber foto: NSTP

GEORGE TOWN, Ahad – Sebanyak 29 kampung di Pulau Pinang kemungkinan berdepan risiko ‘hilang dari peta’ berikutan diancam aktiviti pembangunan yang akan menenggelamkan kampung tradisi masyarakat Melayu di negeri berkenaan, kata ahli akademik.

Antara kampung dilihat terancam ialah Kampung Bagan Dalam, Kampung Batu Maung, Kampung Batu Uban, Kampung Binjal, Kampung Buah Pala, Kampung Dalca, Kampung Dodol, Kampung Gajah, Kampung Genting, Kampung Lima Kongsi, Kampung Makam, Kampung Melayu, Kampung Nelayan, Kampung Padang Benggali dan Kampung Pisang.

Turut mengalami risiko ialah Kampung Permatang Tepi laut, Kampung Permatang Tok Subuh, Kampung Pondok Upeh, Kampung Pokok Asam, Kampung Pulau Jelutong, Kampung Selut, Kampung Siam, Kampung Sungai Nibong Kecil, Kampung Tanjong Tokong, Kampung Teluk Air Tawar, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Tengah Jelutong, Kampung Tengah Air Itam dan Kampung Terang.

Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, kebanyakan kampung terbabit adalah dari daerah Timur Laut.

Katanya, selain aktiviti pembangunan yang pesat, pemilikan tanah juga menyumbang kepada faktor kampung Melayu di negeri ini kian terhakis iaitu tanah yang mereka duduki bukan hak milik mereka.

“Inilah faktor-faktor menyebabkan kampung di Pulau Pinang kian lama kian terhakis antaranya pemilikan tanah. Tuan tanah ingin membangunkan kampung itu maka kampung tersebut akan lenyap dan terus hilang dari peta, akan diberi nama lain dan sebagainya.

“Ini telahpun berlaku dan sedang berlaku. Kalau kita tengok kampung-kampung di Sungai Nibong, di sini contohnya sudah lenyap sama sekali dari peta negeri Pulau Pinang kerana sekarang ini ia dibangunkan dengan projek-projek perumahan, kondominium dan sebagainya.

Anonymous said...

Sabagai khadam tak da maruah. Pemimpin PAN Penang macam Mat Sabu dan Mujahid akan tak peduli dgn nasib rakyat marhaen di Penang. Biar rakyat marhaen dihalau, kampung melayu Islam dirampas asalkan DAP redha dgn mereka.

Kalau disuruh pilih Imam Ahmad dan imam bukhari atau DAP, saya percaya PAN dan Ikram akan pilih DAP

Balik la Mujahat dan Mad Sabu. Tak payah cakap pasal keadilan lah. Negeri kamu dipimpin oleh orang jahat. Balik la oiii

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails