Monday, September 05, 2016

Tragedi Penari Bogel, Haramjadahnya Kelab Malam!

Pergi Kelab Malam Bersuka Ria Malah Kantoi Jumpa Pasangan

ANTARA banyak cara lelaki mencari hiburan ialah dengan mengunjungi kelab malam. Namun apa yang terjadi apabila seorang lelaki yang telah berkahwin jika bertemu dengan pasangannya sendiri?

Sebuah video yang tersebar luas menerusi Facebook berjaya merakamkan insiden memalukan itu. Ia dikatakan dirakam di Filipina, dan dalam video tersebut seorang lelaki dipanggil untuk naik ke atas pentas oleh penari.

Sebelum penari itu menyuruh lelaki itu duduk di kerusi, si wanita penari muncul menggodanya dengan aksi manja melenggok-lenggok badannya di hadapan lelaki tersebut.

Namun, pada saat penari sedang mengangkat bajunya, tiba-tiba datang pula seorang perempuan lain naik ke atas pentas dan menolak penari bogel tadi hingga penari itu terjatuh.

Wanita yang bergaun itu didakwa sebagai isteri si lelaki tersebut. Bukan setakat itu, selepas menolak jatuh penari bogel, dia juga bertindak menarik suaminya dari atas pentas.

Video tersebut berakhir dengan sorakan daripada orang sekeliling yang berada di situ. Rakaman video tersebut telah ditonton lebih daripada dua juta kali.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah durjananya kelab malam. Kerajaan Malaysia masih mempertahankan pusat maksiat tersebut bertopengkan pusat hiburan, walaupun jelas menunjukkan ianya suatu kegiatan tidak sihat yang merosakkan negara. 

Apa lagi, kalau dipandang dari sudut Islam agama bagi Persekutuan ini. Namun puak-puak tu masih pura-pura bengong!

6 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2014/07/dr-mujahid-penghalang-atau-pembela-lgbt/

Dr Mujahid: Penghalang atau pembela LGBT?


Datuk Dr Mujahid,

Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara? LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?

Kita tidak mengiktiraf negara haram Israel, tetapi kita melindungi hak orang Israel untuk duduk dan bekerja di wilayah Palestin yang dijajah Israel?

Sebelum berbicara soal diskriminasi pekerjaan, terlebih dahulu perlu dibicarakan status pengamal LGBT di Malaysia. Pengamal LGBT tidak perlu malah tidak boleh dibenarkan hidup bebas di Malaysia. Mengamalkan LGBT ialah kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. Pengamalnya mesti dikenakan tindakan undang-undang.

Sebagai majikan, adakah anda mahu memberikan pekerjaan kepada pengamal LGBT yang pastinya dikenakan tindakan undang-undang? Adakah anda mengamalkan diskriminasi jika anda tidak mahu memberikan pekerjaan kepada pesalah undang-undang?

Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi untuk melindungi hak golongan LGBT untuk tidak didiskriminasikan dalam bidang pekerjaan adalah tidak perlu kerana kewujudan golongan LGBT itu sendiri adalah tidak perlu, malah mengamalkan LGBT adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang negara.

“Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina. Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya,” kata Dr Mujahid lagi.

Anonymous said...

Ini baru progressive inclusve dan peduli. Apa yg DAP gemar kita kena gemar sama. Kita PAN kan khadam DAP


Apasal PAN gemar apa2 yg anti Islam. Kerana mereka sekular dan orientalist. Itu sebab PAN berwalikan DAP


Zulkifly Ahmad dan Mujahid Yusof Rawa ini adalah orang sealiran dengan Dr Farouk Musa pengasas serta pengarah Islamic Ranaissance Font (IRF).

Mungkin ada yang ingin tahu, apa benda itu IRF??

IRF ini adalah mereka yang mewujudkan satu pemikiran Islam liberal di Malaysia. Boleh juga dikatakan kumpulan Islam domokrat. Aliran pemikiran ini yang menjadi 'kiblat' kepada geng PAN

1 Ogos 2013 IRF telah menentang usaha kerajaan untuk membendung fahaman Syiah di Malaysia dengan mendakwa kononnya Islam menerima kepelbagaian pendapat.

8 Oktober 2014 IRF dan Global Movement of Moderates Foundation (RSIS-GMMF) membawa tokoh Jaringan Islam Liberal Indonesia, JIL, Ulil Abshar Abdalla ke Malaysia. Kedataangan tokoh Islam liberal Indonasia ini di tentang oleh NGO Islam di Malaysia.





7 Disember 2015 kumpulan G25 mencadangkan supaya hukuman terhadapa perbuatan khalwat dimansuhkan kerana ia dianggap mereka sebagai melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.

Menurut jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, berdasarkan prinsip Perlembagaan Malaysia, mereka menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.

"Perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu."

Anonymous said...

BUSINESS TAK ADA MORAL ITU berani berniaga benda2 yg haram dari segi syariah kerana ada yg menyokong Oktoberfest. Mengapa Oktoberfest disokong, kerana mahu DAP bahagia. PAN kan khadam DAP


http://www.ismaweb.net/2014/10/ismail-mina-khalid-samad-rosak-akhlak/

Ismail Mina: Khalid Samad rosak akhlak

BANGI, 2 Okt – Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT), Ustaz Haji Ismail Mina Ahmad menempelak Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dengan menyifatkannya sebagai rosak akhlak apabila mengatakan penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

“Hanya orang yang rosak akhlaknya sahaja boleh memberikan pandangan bahawa pesta arak boleh dilaksanakan dan tidak boleh dihalang.

“Ini kerana pesta arak yang dianjurkan secara besar-besaran tidak boleh dilaksanakan dalam apa jua keadaan, meskipun Malaysia adalah negara majmuk,” tegasnya kepada wartawan ISMAweb.

Khalid Samad hari ini menyatakan bahawa walaupun arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi umat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam dan Malaysia adalah negara majmuk.

Pesta arak anjuran Carlsberg Malaysia telah pun bermula sejak 24 September lalu di RP, Saujana Hotel Subang dan diikuti di Berjaya Time Square Hotel, Brussels Setia Walk, Puchong, I Beam, Batu Pahat, Johor, Deutsches Gasthaus, Kepong, KL, Hakka Restaurant Kuala Lumpur, Movida, Sunway Giza, PJ dan Euro Deli, Penang.

Kemuncak pesta ini akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta, One Utama Petaling Jaya.

Menurut Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Uitm Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana, Qamarul Nazrin Harun pula, walaupun program tersebut dilakukan untuk orang bukan Islam, Khalid Samad perlu memahami bahawa paksi negara Malaysia adalah Islam.

Majoriti penduduk negara ini beragama Islam dan pihak penganjur perlu menghormati perasaan orang Islam.

“Ini kerana penganjuran pesta arak itu secara tidak langsung telah mempromosikan arak kepada masyarakat Islam dalam negara ini,” ujarnya.

Anonymous said...

Tak payah baca.. MEREPEK..

Anonymous said...

Kesian tgk walaun pigs yg suka copy paste artikel merapu kat sini. Mcm bercakap sorang2. Petanda manusia kurang kasihsayang. Lebih waras kalo buat blog sendiri.

Anonymous said...

Kerajaan Kelantan dengan sokongan penuh Pas telah menganjurkan pertandingan bina badan yang dikenali sebagai Awang Selamat tempohari. Katanya pertandingan mengikut syarak. Betul ke?
Salah seorang juri adalah wanita, dan dikalangan penonton ramai juga wanita. Islamik ke tu? Halalan Toyyiban?
Syabas kepada Parti yang kononnya Memperjuangkan Islam. Mungkin telah diadakan solat hajat sebelum itu untuk meminta keredhaan Allah supaya pertandingan itu boleh dilangsungkan dengan jayanya.
Tak payah lah menyebok hal negara lain bila negeri sendiri pun tunggang langgang. Mufti pun diam je dalam hal ni. Biasalah tu di bumi Malaysia ni, fatwa tak sama ikut negeri. Lain2. Di Wilayah Haram, tapi langkah sahaja di Selangor tak Haram pulak? Di Perak Haram, tapi di Penang tidak? Entah apalah ajaran Islam mereka ini. Sini boleh tapi di sana tidak boleh. Bodoh punya manusia. Semoga dilaknat Allah keatas mereka yang mempermainkan dan menjual agama untuk kepentingan sendiri. Ikut Sunnah konon.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails