Sunday, March 07, 2010

Politik Mufti Harussani Ejen UMNO -Nik Aziz Jawab

Oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat


TERKILAN saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.

Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.

Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata,

“Kenapa PAS tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju.”

Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh Umno, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku.

Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah Umno?

Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!

Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen Umno. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.

Oleh:

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan.
Dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Kelantan.
7Mac 2010

R/Tangga Maya Karin, Penghibur Tapi Tak terhibur..

HALAMAN HIBURAN
Maya Karin dan husband..

KUALA LUMPUR, 7 Mac — Pelakon popular, Maya Karin dilaporkan mengakui kemelut rumah tangga yang dihadapi dengan suaminya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Steven terlalu rumit dan mungkin berakhir di Mahkamah Syariah dalam tempoh terdekat.

Walaupun belum bercerai, setakat ini kata Maya Karin, mereka membawa haluan sendiri dan perdamaian menemui jalan buntu.

“Hubungan kami rumit dan saya difahamkan Steven dalam proses memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah.

“Kita tunggu dan lihat sajalah di mana akhirnya. Saya serah kepada keadaan,” kata beliau dipetik Berita Minggu hari ini.

Sebelum ini, Maya yang juga Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49, mengakui rumah tangganya berdepan konflik.

Maya Karin dan Steven, seorang guru Matematik di sebuah sekolah antarabangsa di Seri Kembangan, Selangor bernikah pada 14 Ogos 2008 selepas tujuh tahun bercinta.

Perkahwinan mereka berlangsung dalam suasana romantis di tepi Tasik Como, Bellagio, Itali dan disusuli majlis resepsi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor pada 26 Ogos tahun sama. (sumber: The Malaysian Insider)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kerana artis dan aktres menjadi idola remaja, maka perlu difikirkan sesuatu untuk membimbing mereka supaya menjadi cermin masyarakat yang sebenarnya.. Kementerian urusan wanita atau lain-lain perlu bertanggung jawab.

P/Hiburan: Artis Terkenal Dalang Tak Bermoral. Siapa?

HALAMAN HIBURAN
Berpeluk dalam khayal


KL:Ahad, 07 Mac 2010 myMetro: Berpeluk Dalam Khayal.


Penahanan lebih 20 pasangan kekasih beragama Islam dalam keadaan khayal serta berpelukan dan melakukan mukadimah zina ketika serbuan pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan eksklusif dekat sini, membongkar pembabitan seorang artis terkenal yang dipercayai menjadi dalang kepada kegiatan tidak bermoral di situ.

Menurut sumber Jais, serbuan mengejut itu menyebabkan sebahagian pengunjung beragama Islam bertempiaran lari menggunakan pintu belakang bagi mengelak ditahan kira-kira 20 anggota penguat kuasa. “Bagi pengunjung wanita yang khayal dan mabuk, mereka bukan saja ‘merapu’ apabila ditanya, malah bertindak berani dan cuba menggoda penguat kuasa yang menjalankan siasatan,” katanya.

Menurutnya, artis wanita berusia lingkungan 30-an itu dipercayai ‘mengalibabakan’ nama rakannya bagi mengelak pihak berkuasa mengesan pembabitannya dengan pusat hiburan berkenaan yang menawarkan suasana romantik bagi pasangan kekasih selain menyediakan pelbagai jenis minuman keras berjenama terkenal.

Beliau berkata, kebanyakan pasangan kekasih beragama Islam menari dan berpelukan dalam keadaan khayal, dipercayai di bawah pengaruh minuman keras. Kebanyakan pengunjung wanita pula berpakaian seksi sehingga menampakkan bahagian dada dan bawah tubuh.

“Hasil serbuan, 55 pengunjung beragama Islam diberikan kaunseling oleh penguat kuasa walaupun mereka negatif ujian alkohol yang dijalankan.

“Lebih 30 pengunjung lelaki dan wanita pula diambil keterangan dan diarah hadir ke pejabat Jais selepas didapati minum minuman keras,” kata sumber itu.

Menurutnya, Jais menerima aduan mengenai pusat hiburan dipercayai milik artis terbabit menjadi tumpuan pasangan kekasih beragama Islam melakukan kegiatan tidak bermoral, termasuk menari sehingga mabuk.

“Cuba bayangkan, apabila sudah mabuk, pasangan kekasih beragama Islam ini tidak sedar mereka melakukan pelukan ghairah.

“Dalam keadaan suasana lampu yang samar pada pagi itu, pengunjung yang berpakaian seksi sehingga menampakkan bahagian dada, tidak segan silu bercumbu dan berpelukan dan boleh dianggap sebagai mukadimah zina,” katanya yang tidak menolak kemungkinan ada pengunjung menggunakan dadah bagi mendapatkan kesan khayal berlebihan.

Beliau berkata, Jais melakukan serbuan itu hasil siasatan dan risikan selepas menerima aduan mengenai kegiatan tidak berakhlak membabitkan pengunjung Islam di pusat hiburan berkenaan. Malah, pemantauan yang dijalankan juga mendapati, pusat hiburan itu dipercayai turut menjadi tumpuan artis berstatus elit untuk ‘bersantai’.

“Bagaimanapun, ketika serbuan dilakukan, tidak ada artis ditemui dan kami tidak menolak kemungkinan ada yang sempat melarikan diri.

“Yang pasti, apabila serbuan dilakukan, puluhan pengunjung bertempiaran lari bagi mengelak ditahan pihak berkuasa,” katanya.

Sumber itu berkata, ada antara pengunjung wanita yang merayu supaya dilepaskan, termasuk memberikan pelbagai alasan ‘bodoh’ kononnya mahu bertemu kekasih bagi mengelak imej dan nama keluarga tercalar. Ada juga yang cuba menggunakan pengaruh pihak tertentu yang ada kuasa, tetapi tindakan itu tidak berjaya kerana mereka tetap akan dikenakan tindakan jika disabitkan dengan kesalahan yang dilakukan.

Selain itu, katanya, Jais sudah mendapatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan bagi membekalkan maklumat mengenai pembabitan artis terbabit dengan pusat hiburan itu.

“Kami percaya artis terbabit bukan pengurus premis berkenaan, tetapi dia memiliki kepentingan dan menyalurkan wang bagi memastikan pusat hiburan itu beroperasi.

“Berdasarkan siasatan awal, artis terbabit memang ada kaitan dengan pusat hiburan berkenaan dan kita kini mendapatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan untuk melakukan semakan lesen pusat itu,” kata sumber berkenaan.

Menurutnya, Jais mempunyai enakmen yang boleh mengaitkan artis beragama Islam terbabit dengan kegiatan tidak bermoral, terutama jika dia menjadi tauke pusat hiburan itu. Beliau berkata, mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 18(1), Enakmen Jenayah Syariah Selangor 9/95 kerana minum minuman yang memabukkan.

“Sehingga kini beberapa pengunjung tampil di pejabat Jais bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum mereka dituduh di Mahkamah Rendah Syariah dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, ketika mengesahkan serbuan itu berkata, ia sebahagian siri serbuan dan operasi pencegahan maksiat, termasuk di pusat hiburan, yang dilakukan pihaknya tanpa mengambil kira status pemilik premis, termasuk artis.

“Serbuan dilakukan selepas Jais mendapat aduan orang ramai mengenai kegiatan maksiat dan penjualan minuman keras kepada orang Islam di pusat hiburan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Beliau berkata, Jais tidak membuat serbuan dengan sewenang-wenang, sebaliknya ia dilakukan selepas siasatan terperinci dan memperoleh maklumat mencukupi.

“Memang sukar untuk kaitkan individu beragama Islam sebagai pemilik pusat hiburan berkaitan jika ia menggunakan nama orang lain pada lesen premis. Namun yang pasti, Jais tetap bertindak tegas jika ada bukti,” katanya. (Sumber myMetro)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Pusat hiburan perlu diubahsuai supaya sesuai dengan kehendak pelbagai agama dan moral penduduk di bumi timur ini.. Lihat Kelantan sebagai contoh kecil...

Konsert Jom Heboh TV3 Dah Boleh Di K'tan. Tapi..


HALAMAN HIBURAN
Tak nampak, klik gambar.. besarkan.

KOTA BARU, 6 Mac — Kerajaan negeri membenarkan Konsert Jom Heboh anjuran TV3 diadakan di Kelantan pada 26 dan 27 Mac ini sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan, tetapi melarang penyanyi wanita membuat persembahan.

Kerajaan negeri juga menetapkan syarat supaya penonton diasingkan mengikut tiga kategori iaitu berkeluarga, lelaki dan wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata persetujuan kerajaan itu hasil perbincangan antara pihak Media Prima dan kerajaan negeri.

“Keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baru-baru ini, berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui kedua-dua pihak,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Terdahulu, Takiyuddin menyambut ketibaan penumpang penerbangan sulung syarikat penerbangan tambang murah Silver Fly, milik Berjaya Air dari Ipoh ke Kota Baru.

Beliau berkata keputusan kerajaan negeri menerima pertunjukan Konsert Jom Heboh TV3 itu mulai tahun ini menunjukkan kerajaan tidak mengharamkan hiburan sebaliknya mengawal pertunjukan hiburan mengikut enakmen hiburan yang diterima pakai di Kelantan.

Beliau berkata sebelum ini kerajaan negeri pernah menolak permohonan TV3 untuk menganjurkan Sure Heboh kerana ia bertentangan dengan konsert hiburan yang dikehendaki oleh Enakmen Hiburan di negeri ini.

“Tetapi setelah pihak berkenaan (TV3) memperakukan segala peraturan dan syarat-syarat pertunjukan itu, kerajaan negeri sedia menerima konsert itu tahun ini,” katanya.

Takiyuddin berkata pada konsert itu, pihak berkenaan akan mengadakan satu slot khas bercorak agama yang melibatkan penyertaan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. — Bernama

Komen Blog Ibnu Hasyim: Hendak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. PAS nak hiburan sesuai dengan Islam dengan pelbagai daya, BN tak nak hiburan menurut Islam dengan macam-macam dalih. Mana baik?

Saturday, March 06, 2010

Videa Politik Bagi-bagi Wang Dlm Dewan Rakyat Indo...

Video bagi-bagi amplop di DPR, yang diduga berisi uang.

SATU lagi rekaman saat Sidang Paripurna DPR beredar. Kali ini, tentang bagi-bagi amplop ke anggota DPR yang isinya diduga adalah uang.

Video ini sendiri pernah ditayangkan di salah satu televisi swasta. Dalam rekaman tersebut, terlihat beberapa anggota DPR saat Sidang Paripurna menerima amplop yang dibagi-bagikan oleh anggota DPR juga.

Dari rekaman gambar itu, terlihat ada dua orang yang membawa amplop tebal dan membagi-bagikan pada anggota. Dua wanita, pertama mengenakan busana putih-kebiruan sedang menenteng amplop tebal di tengah ruang sidang paripurna.

Wanita kedua terlihat memakai blus merah muda, terlihat memberi amplop tebal ke jajaran kursi yang ditempati Fraksi Demokrat. Hingga kini, belum diketahui secara pasti isi amplop tersebut apakah benar berisi uang atau barang lain.

Namun kuat dugaan, isi dalam amplop tersebut adalah uang dalam jumlah yang tidak sedikit. Dalam rekaman berita itu, anggota Fraksi Demokrat Soetan Bhatoegana membantah ada politik uang dalam rapat paripurna.

"Tidak ada itu. Itu fitnah, tidak ada sama sekali. Darimana datangnya itu," ujar Sutan, seperti dikutip dalam rekaman video yang pernah ditayangkan salah satu stasiun televisi swasta tersebut.



(sumber: http://klikp21.com/politiknews/7436-video-bagi-bagi-amplop-di-dpr-dan-diduga-berisi-uang-beredar/AK)

Aminah, Anak Patung Islam... Sesuaikah di Malaysia?

Ilustrasi
Ilustrasi.. Amina anak patung Muslim yang dapat melantunkan Melantunkan ayat-Ayat Quran..

SEBUAH perusahaan Turki memulai pemasaran anak patung atau boneka baru, untuk anak-anak Muslim di Jerman. Uniknya anak patung ini, selain memakai hijab atau tudung menutup aurat, boneka ini juga bolen baca beberapa ayat Al Qur'an, serta mampu menjelaskan beberapa erti tanda-tanda, bercakap, bernyanyi, tertawa dan menangis macam boneka-boneka yang banyak beredar di pasaran.

Boneka ini diberi nama "Amina", dan menurut laporan dari radio berita Jerman "Deutsche Welle" pada Khamis 4Mac 2010, boneka "Amina" dapat diterima dikalangan anak-anak Muslim dan orangtua mereka, bahkan beberapa non Muslim Jerman pun ikut memesan boneka ini.

Radio Jerman mengatakan, bahawa perusahaan Turki, tidak disebutkan namanya baru-baru ini memperkenalkan sebuah model dari boneka mainan anak-anak orang Islam, yang diberi nama "Amina". Mereka mulai menjual produknya tersebut di pasaran Jerman. Sebelumnya Turki juga pernah membuat boneka untuk anak-anak Muslim bernama "Rozana" pada tahun 2003, sebagai alternatif dari boneka populer Amerika "Barbie".

Boneka "Rozana" sebagai mainan alternatif untuk anak-anak Muslim, berhijab rapi juga. Tetapi kali ini ada kelebihan lain dimiliki oleh boneka "Amina", iaitu Amina akan melantunkan beberapa ayat Quran dengan cara menekannya. Dia juga akan memperkenalkan diri dengan mengatakan, "Nama saya Amina dan saya seorang Muslim."

Bukan itu sahaja, bahkan dapat membantu kanak-kanak untuk membaca ayat-ayat Al-Quran dengan betul, serta menjelaskan makna dan tujuan dari beberapa tanda, dalam bahasa Inggeris. Boneka Amina bertudung sulam berwarna ungu,dengan pola bunga yang menutupi rambut hitamnya, dan Amina tingginya sekitar 25 cm.

Menurut Hassan Muslam, salah seorang pemilik toko grosir Turki di kota Krefeld Jerman, boneka Amina sukses besar di pasaran Jerman. Ia menyatakan, permintaan terhadap boneka Amina sangat tinggi di Jerman. Stoknya cepat habis dan ia terpaksa meminta lebih banyak lagi.

Namun boneka Amina tidak mendapat sambutan yang sama untuk semua orang. Sebahagian orang tua bukan Muslim Jerman menyatakan keberatan mereka terhadap hadirnya boneka Amina itu. Mereka menganggap masalah keyakinan agama adalah masalah pribadi dan tidak seharusnya mendapat tempat di kalangan kanak-kanak.

Sementara sebahagian warga Jerman lain mengungkapkan kekhawatiran mereka tentang apa yang mereka sebut sebagai 'memanipulasi minat kanak-kanak, dan mempengaruhi mereka melalui saranan boneka.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bagaimana kalau modelnya dicuba di Malaysia? Sesuaikah? Ini satu peluang bisnes sambil berdakwah. (2MA)

Sedutan dari Hibur, Hibur Sikit...22 -Nasyeed Pakistan.

Disula Guna Batang Mop, Pun Ada Dalam Negara Merdeka..

Disula  guna batang mop

KL: myMetro hari ini melaporkan, dua anggota tentera bukan saja dibelasah beramai-ramai lebih sejam, malah diseksa ‘hidup-hidup’ sebelum disula menggunakan batang mop oleh sekumpulan lima askar senior ketika menjalani hukuman tatatertib di sebuah kem tentera di sini.

Malah, kumpulan senior terbabit yang juga tahanan di tempat sama layak digelar ‘geng samseng’ kerana membuli mangsa tanpa perikemanusiaan dengan memukul dan menendang mereka sesuka hati. Difahamkan, perbuatan itu dilakukan senior terbabit sejak 23 Februari lalu apabila mangsa dan rakannya dimasukkan ke bilik tahanan berkenaan kerana melakukan kesalahan disiplin.

Tindakan itu dilakukan kumpulan senior terbabit selepas mangsa, Hasrul Nizam Husin, 29, dan rakannya yang dikenali sebagai Firdaus, 20-an, enggan memenuhi permintaan mereka supaya membeli makanan dan rokok.

Namun, kekejaman itu terbongkar apabila mangsa terpaksa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira jam 6 petang, Rabu lalu untuk rawatan kecemasan selepas pengsan dipercayai akibat dibelasah.

Difahamkan, isteri dan keluarga Hasrul tidak mengetahui mangsa didera sehingga doktor di hospital berkenaan memberitahu mereka ketika cuba mendapat persetujuan untuk melakukan pembedahan terhadap anggota tentera itu. Hasrul yang berpangkat lans koperal dan tujuh tahun berkhidmat dalam angkatan tentera berkata, dia dibelasah sekiranya tidak patuh arahan kumpulan senior terbabit yang mengarahkan mereka mendapatkan makanan dan rokok.

“Jika sekali dua bolehlah, ini tidak, mereka suruh saya membekalkan makanan dan rokok kepada mereka setiap hari.

“Siapa sanggup dipergunakan sebegitu. Jika saya tidak patuh arahan, mereka akan membelasah saya dan rakan tanpa perikemanusiaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Hasrul berkata, kumpulan terbabit mengetahui dia mudah untuk mendapatkan bekalan makanan dan rokok kerana isterinya tinggal di kem sama.

“Sebab itu saya dan rakan teruk dibelasah kumpulan terbabit. Saya berharap pihak berwajib akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Difahamkan, mangsa bukan saja lebam di seluruh badan akibat perbuatan senior terbabit, malah ususnya dikatakan turut pecah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Polis menjalankan siasatan terperinci untuk mengetahui punca dan suspek kejadian terbabit.

“Kami (polis) menahan tujuh anggota tentera untuk membantu siasatan jam 1.30 petang tadi (semalam) dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Dalam negara yang merdeka dan berdaulat pun ada cerita begini. Dalam Kementerian Pertahanan sendiri pun tidak boleh bersikap adil dan saksama. Berentilah memimpin kerajaan wahai BN. Rakyat, cepat-cepat tolak BN dalam PRU akan datang.. (AK)

Berita Ini Hina Peraturan Tukang Gunting Di Gaza.


Seorang lelaki pendandan rambut wanita Nael Al-Rais
di Tebing Barat...

BANDAR GAZA - Pergerakan Hamas yang menguasai pentadbiran di Tebing Barat, Palestin kelmarin melarang lelaki bekerja di salun rambut wanita. Sejak memerintah Tebing Barat pada 2007, pergerakan itu mengambil beberapa langkah untuk melaksanakan pendekatan keras dalam kehidupan penduduk Islam.

Seorang lelaki yang menjadi pendandan rambut wanita, Barakat al-Ghoul berkata, larangan itu akan menjejaskan kehidupannya. Barakat berkata, dia tidak mengetahui cara lain untuk menyara kehidupan selain menjadi pendandan rambut wanita.

Dia tidak dapat menyembunyikan kebimbangan akan dipenjarakan jika terus bekerja sebagai pendandan rambut wanita. Polis Hamas mengumumkan larangan itu di laman web kelmarin.

Kenyataan yang disiarkan oleh Kementerian Dalam Negeri itu menyatakan sesiapa didapati melanggar larangan tersebut akan dikenakan tindakan undang-undang. - AP

Komen Blog Ibnu Hasyim: Berita AP ini memberi laporan negatif tentang larangan lelaki bekerja di salun rambut wanita. Mereka pura-pura tidak faham peraturan Islam tidak membenarkan campurgaul lelaki-perempuan bukan muhrim, yang akan menimbulkan pelbagai penyakit sosial dalam masyarakat.

Bukan seperti gambar di bawah ini, salun rambut lelaki, tetapi wanita mengurusnya, yang akhirnya menimbulkan perbagai masalah sosial.





Bantah Lawatan Penerbit filem "Fitna" Ke Britain.

HALAMAN HIBURAN

Pelajar Iran melaungkan bantahan terhadap penerbitan filem Fitna sewaktu menyertai tunjuk perasaan di luar Kedutaan Belanda di Teheran, sebelum ini– AP

LONDON 6 Mac - Beratus-ratus orang berkumpul di hadapan parlimen Britain semalam bagi membantah lawatan ahli parlimen Belanda, Geert Wilders ke sini untuk menayangkan filem kontroversi anti-Islam beliau.

Penunjuk perasaan membawa pelbagai sepanduk termasuk sebuah yang mempunyai slogan "Perkauman tidak alu-alukan" ketika Wilders membawa filemnya `Fitna’ ke House of Lords.

``Saya amat bimbang lawatan Wilders akan dilihat sebagai mempunyai agenda perkauman,’’ kata seorang pembantah berusia 25 tahun yang enggan namanya disiarkan ketika sekumpulan pembantah menyekat sebatang jalan di luar parlimen Britain.

Wilders tidak dibenarkan masuk ke Britain untuk menayangkan filemnya pada Februari lalu bagaimanapun larangan tersebut ditarik balik dan beliau membuat lawatan pertamanya ke sini Oktober lalu sebelum menjadualkan penayangan filem tersebut.

Wilders yang menyamakan Islam dengan Nazi dan fasisme serta al-Quran dengan buku `Mein Kampf’ milik Adolf Hitler telah mencemarkan imej Belanda yang sebelum ini berbangga sebagai sebuah negara `jaguh toleransi.’ - AFP

Komen Blog Ibnu Hasyim:Sebenarnya manusia itulah pengganggu ketenteraman dan pembuat kekacauan di muka bumi yang patut dihukum. Kedatangannya patut dibantah. Usir saja.. UMNO bagaimana?

Klik ini sebagai tambahan...

Friday, March 05, 2010

K/Perpaduan: Harussani Berhujah Dengan Ahmad Awang

Tan Sri Harussani (kiri) & Ustaz Ahmad Awang)

AHLI Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

"Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

"Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui - dalam perbualan telefon dengan Harussani - mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah "zalim" termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani- lebih kurang 10 minit itu - beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.

Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

"(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," katanya.

Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

"Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun.

"Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat," katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani "mati akal" untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka. (Malaysiakini.com 2MA)

6 Syarikat Keluar Sijil Halal Diarah Hentikan Oleh JAIS

SHAH ALAM, 5 Mac — Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini mengarahkan enam syarikat yang terbabit mengeluarkan sijil dan logo halal supaya tidak lagi mengeluarkan sijil berkenaan kepada peniaga dan pemilik premis makanan di Selangor.

Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata enam syarikat berkenaan ialah Bahtera Lagenda Sdn Bhd, Islamic Food and Research Council, SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council SEA dan IFANCA International.

Beliau berkata Jais sebelum ini tidak pernah memberikan kebenaran dan mengiktiraf syarikat berkenaan yang mengeluarkan sijil logo halal kepada beberapa premis makanan di negeri itu terutamanya di kedai kopi dan medan selera.

Mohammed Khusrin berkata syarikat terbabit juga didapati tidak melakukan pemantauan selepas mengeluarkan sijil logo halal kepada pemohon seperti yang dilakukan oleh Jais dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Berkuat kuasa hari ini hanya sijil logo halal yang dikeluarkan Jais dan Jakim sahaja yang diiktiraf untuk diguna pakai di semua premis makanan di Selangor,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya syarikat terbabit diarahkan untuk tidak menerima sebarang permohonan sijil halal dari mana-mana pihak berkuat kuasa serta merta kerana sijil logo halal yang dikeluarkan adalah diragui terutama membabitkan syarat pengeluaran dan tindakan penguatkuasaan yang dilakukan.

Beliau berkata tempoh tiga bulan diberikan kepada syarikat berkenaan supaya menyelesaikan segala urusan membabitkan pemprosesan sijil logo halal yang telah diterima sebelum ini.

“Kepada mereka yang belum memiliki sijil logo halal atau mahu memperbaharui diingatkan supaya hanya melakukannya melalui Jais dan Jakim,” katanya.

Mohammed Khusrin berkata mereka yang masih engkar dengan arahan Jais boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 12 (b) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

Antara syarat bagi mendapatkan sijil dan logo halal dari Jais dan Jakim ialah memastikan bekalan bahan mentah kering atau basah menggunakan sijil logo halal yang sah dan menggunakan khidmat sekurang-kurangnya dua tukang masak Muslim. — Bernama

Gerakan Anti 'Bersunat' Di AS, Hina Semua Agama..

Bawah:Amalan bersunat di Malaysia..

Jumaat Mac5 2010. PENENTANGAN terhadap nilai-nilai Islam semakin banyak merebak. Kali ini datang dari negara bahagian AS, Massachusetts. Satu kelompok nasional menyatakan bahawa 'sunat' atau 'masuk jawi' menurut sebutan kampung di Malaysia, pada bayi yang baru lahir adalah multilasi genital, dan kini sedang menekan badan legislatif setempat agar melarangnya.

Matius Hess, presiden dari 'Bill to End Male Genital Mutilation' mengatakan "Kami selangkah lebih dekat untuk membuat undang-undang ini dan ada perhatian lebih banyak untuk itu sekarang."

Sebelum di Massachusetts, Matius Hess telah berusaha mengajukan tuntutan ini di 14 negara-negara lain, tetapi tidak berhasil. Charles A. Antonelli dari Quincy di bawah hak petisyen yang dijamin dalam perundangan negara, mengatakan sunat adalah menyakitkan.. Juga tidak perlu melanggar hak asasi manusia dan menurunkan sensasi seksual pada lelaki dewasa.

"Juga beberapa alasan masyarakat yang merasa wajar untuk melakukan amputasi bedah ke tubuh seseorang tanpa persetujuan mereka," kata Antonelli, 43. "Ini benar-benar pilihan peribadi. Kebanyakan orang berfikir hal ini tidak berbahaya."

Antonelli mengatakan ia terlibat dalam gerakan anti-sunat, kerana fisikal telah dirosakkan oleh sunat. Jika berjaya, maka rang undang-undang Massachusetts itu akan menyenaraikan 'larangan sunat untuk lelaki di bawah umur 18', kecuali jika ada keperluan perubatan.

Bukan hanya kalangan Muslim, tetapi juga Yahudi pun menolak pula petisyen ini. "Ini gagasan buruk," kata Rabi Ronne Friedman dari Candi Israel di Boston, yang merasa melarang sunat akan menginjak-injak tradisi agama.

Dia ragu undang-undang itu akan disetujui. "Satu-satunya cara hal seperti ini boleh dilakukan di mana-mana negara pun, tetapi sangat berbeda dari negara kita sendiri."

Komen blog Ibnu Hasyim: Suatu tuntutan hina semua agama dan merampas hak-hak asasi manusia beragama. Negara demokrasi apa itu? (Era Muslim/2MA)

Lompat Parti: Buaya Di Sebalik Batu -Nik Aziz. Bukan Udang?



KOTA BARU, 5 Mac – Di sebalik fenomena keluar parti membabitkan wakil rakyat PKR kebelakangan ini, Mentri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan adanya agenda politik tersendiri dengan disifatkan sebagai “mungkin ada buaya di sebalik batu.”

“Bukan setakat udang, bahkan mungkin ada buaya di sebalik batu. Kerana apa, kita lihat apa yang berlaku, tidak ada ribut, tidak ada hujan, tapi tiba-tiba bah melanda.

“Ini membuatkan syak saya teramat kuat akan adanya kepentingan politik tersendiri,” kata beliau melalui satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu sebagai reaksinya terhadap senario tindakan keluar parti yang berlaku di kalangan wakil rakyat dan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak kebelakangan ini dan alasan yang dikemukakan berikutan tindakan tersebut.

Beliau yang pelik dengan tindakan tersebut turut merasa janggal dengan alasan dikemukakan mereka terbabit mengibaratkan seolah-olah ’gendang yang dipalu langsung tidak sama dengan tarian’.

“Tak Tau lah, mungkin tanah yang tinggi rendah atau pertimbangan yang telah dikuasai kepentingan, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

“Kadang-kadang saya sendiri rasa pelik, alasan diberinya agak janggal. Jika punca sebenarnya kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan, adakah sepatutnya langkah keluar parti menjadi pilihan?

“Tidak adakah jalan lain yang dilihat sebagai lebih jujur dan harmoni? Kenapa tidak usulkan saja sidang tergempar supaya keadaan dapat dibaiki,” katanya.

Justeru Nik Aziz mengingatkan kepada mereka yang keluar parti agar berfikir jujur dalam membuat penilaian memandangkan mandat rakyat ketika memilih wakilnya adalah berasaskan kejujuran dan keikhlasan.

“Tidak bimbangkah mereka yang melompat, pengundi mereka yang merasa tertipu akan menyumpah seranah? Bukan sahaja pengundi mereka, kalau saya sendiripun ditipu oleh wakil yang dipilih seperti ini saya akan marah.

“Di dunia ini kamu berdepan dengan kemarahan pengundi, di akhirat nanti terpaksa pula menjawab di hadapan tuhan.

“Pesan saya, lakukankah tindakan yang kita yakin mempunyai jawapan di hadapan tuhan. Biar setitik kesedaran menitis di atas kegersangan hati kita untuk kita menyedari bahawa perbuatan yang dilakukan di dunia ini akan disoal satu hari nanti,” katanya.

Bagi Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, logiknya pemimpin sebegini (bertindak keluar parti) perlu meletakkan jawatan sekurang-kurangnya tidak akan dilabel sebagai penipu dengan berkata “umpama meminang anak dara orang dengan perwatakan lebai, alih-alih bertukar rupa menjadi pencuri.”

Sehubungan itu beliau percaya rakan-rakannya dari PKR yang bersifat jujur tidak akan mudah patah semangat dalam usahanya memperjuangkan yang haq menerusi gelanggang politik walau apa jua dugaan terpaksa dihadapi.

“PAS sewaktu zaman mudanya dulu juga diancam oleh amalan lompat parti. Di Terengganu, pernah PAS tersungkur kerana ada yang melompat parti.

“Di zaman Allahyarham Daud Samad dan Allahyarham Datuk Asri Muda, berlaku juga kes lompat parti.

“Hari ini, PAS sudah dewasa dan matang, tidak lagi kedengaran pimpinan yang melompat sebagaimana dahulu.

“Insya-Allah, kematangan itu juga akan menjadi milik PKR setelah usianya bertambah dewasa.

“Apa yang penting perlu diingatkan ialah setiap perbuatan dan percakapan kita akan diaudit oleh Allah SWT termasuk perbuatan melompat parti, mengkhianati amanah rakyat,” ujarnya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mengapa buaya bukan udang atau katak? (Sumber The Malaysia Insider/2MA)

Indonesia, Ke3 Facebook Terbesar Di Dunia, Cuba Manfaatkan?

PENGANALISIS mengatakan pengguna Facebook didominasi dari luar AS, adalah benar. Namun AS masih tercatat sebagai pengguna Facebook dengan presentase terbesar. Malalui Inside Facebook, didapati kira-kira 70 persen dari pengguna Facebook berasal dari luar AS.

Indonesia merupakan negara Facebook terbesar ke-3 di seluruh dunia. Posisi Indonesia berada di bawah AS dan Turki dengan total pengguna, pada Januari 2010 ini, mencapai 15.3 juta. Sedangkan Turki mencapai 16.9 juta pengguna.
Angka di kedua negara ini masih sangat jauh dengan pengguna Facebook di AS mencapai lebih dari 100 jutaan, tepatnya 102.6 juta.

Jumlah ini meningkat sekira 5 persen dibanding bulan Desember lalu, yang hanya mencapai 98.1 juta. Jika di AS pertumbuhan penggunanya hanya 5 persen, berbeda dengan pengguna Facebook di Turki yang hanya meningkat sekira 4 persen sahaja dibanding pengguna pada bulan Desember, mencapai 16.3 juta.


Pengguna Facebook di Indonesia tumbuh kira-kira 10 persen dibanding jumlah pada bulan Desember yang mencapai 13.8 juta pengguna, atau mendapatkan tambahan pengguna kira-kira 1.43 juta. Secara keseluruhan, pertumbuhan pengguna Facebook terus berlanjutan. Pada akhir bulan lalu, pengguna Facebook kini telah mencapai 350 juta, dibanding bulan sebelumnya yang hanya 337 juta. Ertinya terdapat penambahan 13 juta pengguna dalam kurun satu bulan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Soalnya, dari perkembangan Facebook di dunia kini, siapa yang dapat manfaat? Israel baru-baru ini dikatakan membatalkan serangan terhadap musuh-musuhnya hasil maklumat dari Facebook. Mari kita fikir apa manfaat yang boleh didapati untuk kepentingan agama kita, perjuangan atau dakwah kita, keluarga dan diri kita sendiri..

Bahkan untuk bisnes... (Pelbagai sumber/AK)

Maklumat tambahan...


Kes Wartawan Al-Islam, Ada Kaitan Dengan Murtad Di Gereja..

Atas: Gambar pesakit-pesakit Islam di gereja..



PEGUAMNegara, Tan Sri Abdul Gani Patail mempertahankan tindakan pihaknya yang tidak mendakwa dua wartawan majalah Al-Islam berhubung kes menyamar sebagai penganut Katolik. Laporan dari Malaysiakini.Com hari ini.

“Tindakan kedua-dua wartawan itu mungkin melukai perasaan orang ramai tetapi saya berpuas hati mereka tidak berniat jahat,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dihantar lewat semalam kepada Malaysiakini.

“Justeru, berdasarkan keadaan ketika itu dan atas kepentingan keadilan, keamanan dan keharmonian, saya memutuskan untuk tidak mendakwa mereka.”

Menurut Gani, kedua-dua wartawan berkenaan juga tidak mengakibatkan sebarang gangguan ketika menyamar sebagai penganut agama Kristian di gereja St Anthony di Puduraya.

“Hakikatnya, tiada sesiapa di gereja berkenaan yang menyedari kedua-dua mereka berbangsa Melayu. Di gereja, mereka diberi makan roti putih oleh paderi dan mereka membawa roti itu ke pejabat. Mereka juga tidak tahu mengenai implikasi roti berkenaan.” Keadaan hanya disedari selepas sebuah rencana mengenai perkara itu disiarkan dalam Al-Islam keluaran Mei tahun lalu dengan tajuk “Tinjauan Al-Islam dalam gereja: Mencari kesahihan Melayu murtad.”

Selain membuat penyiasatan berhubung orang Melayu yang murtad, rencana itu juga bagi meninjau sejauh mana kalimah Allah digunakan oleh agama lain.

Dalam pada itu, Paderi Besar Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam menuntut penjelasan lanjut daripada pihak berkuasa atas kegagalan mereka bertindak. "Saya merayu kepada peguam negara untuk menjelaskan secara terperinci keputusannya untuk tindak bertindak ke atas kes itu,” kata Pakiam pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur.

"Keputusan tidak mendakwa itu seolah-olah menghalalkan tindakan wartawan Al-Islam itu.” Bagaiamapun Pakiam berkata, beliau yakin masyarkat Katolik akan berpuas hati jika wartawan berkenaan dan penerbitnya mengambil keputusan untuk memohon maaf.

Sila lihat ini ada kaitan..

Kamus Lengkap Bahasa Maknyah atau Bencong.



MEREKA ini bukan perempuan tetapi lelaki beraksi perempuan serba-serbinya. Manusia dualam? pondan, bapok atau maknyah. Ada juga orang panggil 'mat lembut'.. Di Indonesia disebut banci atau bencong. Mereka pun ada kamus sendiri. Contohnya...

Akika = Aku

Begindang = Begitu
Belalang = Beli
Belenjong = Belanja
Beranak Dalam Kubur = Berak
Cacamarica = Cari
Cucok = Cocok
Cumi = Cium
Capcus = Pergi
Diana = Dia
Endaaaaaaaaaang = Enak
Eike = Aku
Ember = Emang
Gilingan = G1la
Hamidah = Hamil
Hima Layang = Hilang
Jali-Jali = Jalan-Jalan
Jayus = joke-garing
Jijay Markijay = Jijik
Kanua = Kamu
Kawilarang = kimpoi
Kesindaaaang = Kesini
Kemindang = Kemana
Kencana = Kencing
Kepelong = Kepala
Kesandro = Kesana
Krejong = Kerja
Lambreta = Lambat
Lapangan Bola = Lapar
Lekong = Laki-laki
Maharani = Mahal
Makarena = Makan
Maluku = Malu
Mandole = Mandi
Mataram = Mati
Mawar = Mau
Merekah = Marah
Metong = Mati
Minangan = Minum
Motorola = Motor
Mukadima = Muka
Mursida = Murah
Nanda = Nanti
Naspro = Nasi
Organ = Orang
Organ Tunggal = Orang Tua
Pere = Perempuan
Pertiwi = Perut
Piur = Pergi
Rambutan = Rambut
Sastra = Satu
Sekong = Sakit
Sepong = Siapa
Sirkuit = Sedikit
Soraya Perucha = Sakit Perut
Tinta = Tidak
Titi DJ = Hati-hati di jalan
EGPCC= emang gw pikirin cuih cuih...
SDMB=sori dori mori bow
Akikah lapangan bola = aku lapar bo'
LUPUS = Lupain Pacar Utamakan Selingkuh
panasonic = panas
pecongan = pacaran

Ngomomg2 tentang bahasa bencong. Kata BENCONG itu dibentuk dari kata BANCI yang disisipi bunyi dan ditambah akhiran ONG. Huruf vokal pada suku kata pertama diganti dengan huruf E. Huruf vokal pada suku kata kedua diganti dengan ONG.

Misalnya:
Makan - mekong
Sakit - sekong
Laki - lekong
Lesbi - lesbong
Mana - menong

Pokoknya serba NONG

Ada juga waria/bences yang kemudian ngeganti tambahan ONG dengan ES sehingga bentuk katanya menjadi:

Banci - bences
Laki - lekes.

(Berbagai sumber/AK)

Ini Majalah 'Playboy' Terbitan Perdana Di Afghanistan.


INI, rupabentuk majalah 'Playboy' terbitan perdana di Afghanistan. Dulu, Majalah Playboy pertama kali terbit di Indonesia sempat mendapatkan protes hebat dari berbagai pihak, begitu juga di Malaysia.

Ini jugalah proses menyerang dan menjajah pemikiran negara jajahan. Penjajahan pimikiran inilah yang akan memati dan meniadakan serangbalas negara jajahan terhadap penjajahnya. Di Afghanistan penjajah masih belum mampu menjajah pemikiran rakyatnya secara total, begitu juga di Iran.. Tetapi di Malaysia, Indonesia, Mesir... fikir sendiri le! Kita merdekapun tanpa tumpah darah.. (2MA)

Pengganas Di Aceh Berwajah Baru -Ibu Pejabat Polis RI

Polis dikerahkan untuk merazia kamp di Aceh Besar, NAD

IBUPEJABAT Polis RI menyatakan belasan orang yang ditangkap di Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam dengan sangkaan terlibat terorisme merupakan anggota baru dalam jaringan teror Indonesia.

Dari 14 tersangka yang ditahan saat ini, tidak ditemukan jejak mereka dalam lingkaran jaringan teror yang pernah ada sebelumnya. Tetapi, pakar masalah terorisme Asia Tenggara yang juga pernah melakukan penelitian tentang Jemaah Islamiyah (JI), Sydney Jones, berpendapat rombongan yang ditangkap di Aceh itu bukan kelompok baru melainkan gabungan dari berbagai jaringan yang ada di Indonesia.

"Kelompok gabungan dari unsur-unsur yang sudah dikenal seperti Darul Islam (Negara Islam Indonesia), Ring Banten yang ikut dalam pemboman kedutaan Australia di Jakarta pada tahun 2004," kata Jones.

"Ada juga orang dari JI dan ada pula dari kelompok yang berafiliasi dengan Wahda Islamiyah di Makassar."

Menurut Jones, Wahda Islamiyah bukan kelompok teroris namun dianggap sebagai "orang tua" dari Laskar Jundullah semasa konflik di Poso, Sulawesi Tengah.

Kantor berita Associated Press di Jakarta melaporkan Jumaat (5/3) dini hari bahawa pegawai polis Aceh terlibat tembak menembak dengan kelompok tertuduh militan di Aceh, beberapa jam setelah polis RI mengumumkan penangkapan itu di Jakarta.

Polis mengaku punya cukup bukti yang menunjukkan mereka sedang merancang aksi teror. Polis mengatakan warga sekitar mendengar bunyi tembakan dan letusan dari bukit-bukit di Janto di Aceh Besar pada pertengahan Februari lalu. Polis mengejar para pelaku dan dalam beberapa kali upaya penangkapan berhasil menahan 15 orang, termasuk seorang yang kemudian terkorban akibat tembakan polis.

Menurut Juru bicara Mabes Polri (Polis Indonesia), Inspektur Jendral Erward Aritonang, mereka yang ditangkap kini dikenai status tertuduh kerna polis menemui bukti mereka berlatih untuk mempersiapkan aksi teror.

Edward menolak membeberkan bukti yang disebutnya, namun mengatakan tertuduh belum diketahui masuk jaringan teror mana pun yang sudah diketahui selama ini. Dari pengakuan mereka menurut polis ada yang berasal dari Pandeglang, Banten, serta Aceh sendiri.

Dari tertuduh disita, empat pucuk senjata api beserta peluru, granat serta atribut militer, seperti seragam dan khemah. Polis sampai kini masih mengejar sejumlah tertuduh lain yang diduga merupakan anggota jaringan penyedia logistik dan penyusun rencana latihan semi militer tersebut.

Dalam salah satu upaya penangkapan dua warga awam Aceh tewas tertembak. Polis mengatakan masih melakukan penyelidikan untuk memastikan apakah mereka tewas akibat tembakan polis atau yang tertuduh.

Barisan Sakit Hati

Sydney Jones mengistilahkan tertuduh ditangkap polis itu sebagai "barisan sakit hati", yang marah kerana organisasi-organisasi mereka seperti JI tidak menolong Nurdin M Top ketika dia memerlukan bantuan sewaktu dikepung polis tempo hari.

"Yang kami dengar, setelah Nurdin tertembak ada beberapa orang yang merasa sangat marah dan sangat resah," kata Jones.

Jones mengaku pernah mendapat khabar tentang pertemuan kelompok ini di Jakarta meliputi wakil dari kelompok-kelompok tersebut, yang ingin melanjutkan perjuangan Nurdin M Top.

Dalam percakapan dengan BBC Indonesia, Sydney Jones mengatakan kelompok ini melakukan latihan di Aceh kemungkinan bermaksud untuk menghindari deteksi pihak keamanan.

"Mungkin mereka cari tempat di luar Jawa kerana di Jawa sudah terlalu ketat pengawasan polis," kata Jones.

Tetapi ada juga kemungkinan bahawa mereka menyangka bisa berteman dengan para mantan anggota Grakan Aceh Merdeka (GAM) supaya mereka dilindungi.

"Tapi," kata Jones, "Saya yakin kalau kelompok ini diketahui keberadaannya oleh polis kerana ada laporan masyarakat atau orang-orang eks-GAM yang ada di situ."

Sydney Jones juga menyatakan keyakinannya bahawa para mantan anggota GAM tidak akan mahu memberikan bantuan atau ikut dalam tindak teroris kerana GAM sejak awal menentang kelompok-kelompok jihad.

"GAM itu berhaluan sangat nasionalis Aceh, dan lebih kuat melawan kelompok-kelompok ekstrem dibandingkan dengan daerah-daerah lain," kata Jones menambahkan. (BBC/AK)

6 Didakwa Terlibat Pertunjukan Bogel

BANDUNG - Pihak pendakwa raya Indonesia semalam mendakwa enam orang di bawah undang-undang antipornografi kerana terlibat dengan pertunjukan tarian bogel di sebuah bar pada awal pagi tahun baru.

Menurut pendakwa raya, Dodi Junaidi, empat penari wanita, seorang promoter pertunjukan dan seorang pengurus bar mungkin berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun jika didapati bersalah.

"Mereka didakwa di bawah undang-undang antipornografi kerana disyaki terlibat dengan tarian bogel," kata Junaidi.

Keenam-enam suspek hadir pada perbicaraan tertutup yang diadakan di sebuah mahkamah daerah di Bandung.

Undang-undang antipornografi yang kontroversi itu mula dikuatkuasakan sejak Oktober 2008. - AFP

21 Anggota CC MCA Letak Jawatan

DATUK Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai timbalan presiden MCA. Pengumuman itu dibuat di Wisma MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

Selain dirinya, Chua (kiri) juga mengumumkan peletakan jawatan tujuh ahli jawatan kuasa pusat. Mereka termasuk Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Seri Tan Chai Ho, Loh Seng Kok, Datuk Chong Itt Chew, Datuk Gan Tian Loo, Tee Siew Keong dan Por Choo Chor.

Dengan peletakan jawatan itu, presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat kini tidak mempunyai banyak pilihan selain mengadakan pemilihan baru kepemimpinan parti. Chua juga menuntut pemilihan baru diadakan dalam tempoh sebulan untuk menyelesaikan krisis parti itu.

Sebelum ini, 13 anggota jawatankuasa pusat yang diketuai oleh Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berbuat demikian.

Ini bermakna 21 orang iaitu dua pertiga daripada anggota CC yang dipilih, telah meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan.

'Presiden tak tahu'

Sementara itu ketika ditanya sama ada beliau telah memberitahu presiden parti mengenai tindakannya itu, Chua berkata beliau tidak berbuat demikian.

Beliau juga meminta supaya mesyuarat agung tahunan MCA hujung minggu ini ditangguhkan.

"Peletakan jawatan ini adalah untuk memenuhi janji saya pada EGM (mesyuarat agung luar biasa) tahun lepas di mana saya telah mengutarakan pandangan bahawa kita mungkin perlu pemilihan baru agar kemelut parti dapat ditangani.

Chua berkata beliau dan kumpulan yang telah meletak jawatan itu tidak akan menghadiri mesyuarat CC esok atau mesyuarat sayap Pemuda dan Wanita dan juga sambutan ulang tahun parti itu esok.

"Kami tidak akan hadir kerana kami telah meletak jawatan. Saya minta semua ahli CC yang terpilih seharusnya mereka sedar dan insaf tentang tanggungjawab dan hak mereka.

"Saya kata tidak ada satu pemimpin yang lebih penting daripada parti, sebab itu saya tolak tawaran sebagai pengerusi akhbar The Star," katanya.

Ketika ditanya sama beliau akan bertanding semula jawatan timbalan presiden atau jawatan lain pada pemilihan akan datang, Chua berkata beliau akan membuat keputusan selepas parti menetapkan tarikh penamaan calon dan pemilihan parti.

Kumpulan 13 juga letak jawatan

"Yang penting ialah parti bukannya soal pemimpin atau kepentingan diri melebihi parti," kata beliau.

Chua berkata sejak Januari hingga semalam, beliau telah menerima surat peletakan jawatan daripada tujuh anggota CC yang dipilih.

Dalam pada itu, Liow yang juga mengadakan sidang media berasingan di Wisma MCA berkata beliau telah menyerahkan surat perletakan jawatan 13 anggota jawatankuasa pusat MCA, termasuk dirinya kepada setiausaha agung parti itu, Datuk Wong Foon Meng.

Surat perletakan jawatan berkenaan bertarikh 3 Mac.

Mereka ialah Lee Wei Kiat, Dr Hou Kok Chung, Datuk Yu Chok Tow, Wong Nai Chee, Datuk Wee Jeck Seng, Datuk Dr Yeow Chai Thiam, Datuk Hoh Khai Mun, Datuk Liew Yuen Keong, Datuk Wong Mook Leong, Datuk Edward Khoo Keok Hai dan Datuk Alex Wong Siong Hwee.

Liow bagaimanapun menafikan kumpulannya berkomplot dengan Chua untuk memaksa pemilihan baru pucuk pimpinan MCA diadakan.

Mengikut Fasal 41 perlembagaan MCA, pemilihan perlu diadakan dalam tempoh sebulan jika 21 anggota CC meletak jawatan. (Malaysiakini.com)

Thursday, March 04, 2010

Nik Aziz Masuk Hospital. Tak Dapat Sambut Sultan K'tan


MENTERI Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, selepas mengadu sakit dada, kira-kira jam 5 petang, semalam.

Setiausaha akhbarnya Ahmad Fadhli Shaari berkata, ketika menjalani pemeriksaan di klinik jantung universiti itu, Nik Aziz merasa sakit di dada sebelah kiri.

Nik Aziz kini ditempatkan di wad orang kenamaan di hospital tersebut, tambah Ahmad Fadhli kepada Malaysiakini hari ini.

Masalah kesihatan Nik Aziz itu dipercayai menyebabkannya tidak dapat menyambut Sultan Kelantan yang berangkat pulang hari ini dari mendapatkan rawatan perubatan di Singapura.

Ditanya tentang tahap kesihatan semasa mursyidul am PAS itu, Ahmad Fadhli berkata Nik Aziz semakin pulih.

“Pukul 12.00 tengah hari tadi saya melawat beliau. Keadaannya alhamdulillah bertambah baik. Sudah (boleh) baca surat khabar.”

Tambahnya, Nik Aziz dijangka dapat keluar daripada wad dan bertugas seperti biasa tidak berapa lama lagi.

“Tengoklah dalam dua, tiga hari lagi,” kata Ahmad Fadhli lagi.

Melayu PP Terpinggir Kerana UMNO Assobiah -Dr Mohd Hasyim.

by ASYOK KUMAR
KL 4Mac 2010. ORANG Melayu Pulau Pinang terpinggir kerana perjuangan UMNO yang menjadi tulang belakang BN atau PERIKATAN, memerintah sebelum ini sejak merdeka (sekarang PR), telah meletakkan dasar perjuangan kebangsaan dan asobiah sempitnya sebagai teras perjuangan menggantikan Islam.

Demikian penegasan Dr Haji Mohd Hasyim mantan YDP PAS Kawasan Parlimen Balik Palik Pulau 1986 sejak tertubuhnya hingga 1993 dan pernah bertanding beberapa kali dalam PRU mewakili PAS, sewaktu mengulas tulisan dalam Berita Harian (BH) semalam bertajuk 'Orang Melayu Pulau Pinang Semakin Terpinggir'.

Sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut kesal terhadap penyiaran berita bermotif memburuk-burukan Kerajaan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak pandai memerintah serta bersikap tidak mempedulikan orang Melayu Islam sehingga sanggup merampas hak mereka yang berniaga, meroboh gerai serta berlakunya kemerosotan ekonomi golongan minoriti itu sehingga menyebabkan mereka berpindah ke negeri lain.

Menurut Lim, bukan salah Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang sebaliknya Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana dasar yang menjadi amalan kerajaan terdahulu menyebabkan gejala tersebut berlaku. PR baru dua tahun memerintah mana mungkin boleh melakukan kezaliman sedemikian rupa dan PR tidak akan mengamalkan dasar yang sama dengan BN, tegas beliau dalam sidang media di pejabatnya, semalam.

Menurut Hj Mohd Hasyim pula, "Penghijrahan orang Melayu berlaku sejak dulu lagi apabila Umno yang berkuasa tidak bertindak membantu masyarakat Melayu khususnya di Balik Pulau, Bayan Baru, Jelutong, Tanjung Bungah dan banyak lagi. Mereka bukan membantu tetapi menekan Melayu dari belakang dengan memberi peluang golongan elit dalam Umno menikmati kemewahan, manakala orang bawahan dibiarkan menderita hilang kampung halaman.

"Di bawah UMNO, berlaku rusuhan kaum tahun 1967 dan 13 Mei 1969, sedangkan di bawah pentadbiran PAS Kelantan tidak berlaku. Siapa yang harus dipersalahkan bila bilangan Melayu semakin mengecil melainkan Umno yang merupakan juara Melayu atau tulang belakang perjuangan orang Melayu.. Apa depa buat selama 50 tahun memerintah masa kuasa dalam tangan mereka? Tulang belakang dah tinggal tulang!

"Umno yang mempunyai 11 kerusi dan empat orang Exco Kerajaan BN termasuk seorang Timbalan Ketua Menteri dahulunya tidak berjaya membawa Melayu keluar dari kepompong asobiah Melayu yang sempit. Cuba sekadar mengheret tangan-tangan busuk kroni-kroni mereka sahaja.

"Kalau UMNO bergerak atas Islam, tidak timbul soal kroni, rasuah berleluasa, pilih kasih walaupun sama-sama Melayu, penangguhan tiga projek besar di Pulau Pinang, rampas royalti minyak Kelantan dan lain-lain. Jadi kalau UMNO terus kekal memerintah Malaysia, bukan saja Melayu-Islam Pulau Pinang akan terhakis, bahkan Melayu Malaysia pun Islamnya akan lingkup habis." Jelas Hj Mohd lagi.

Ditanya mengenai tulisan dalam Berita Harian (BH) semalam ibarat meludah ke langit akhirnya terkena batang hidung kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) sendiri, menurutnya "Bukan meludah ke langit, tetapi meludah kepada pemimpin mereka yang kononnya tinggi melangit, sepatutnya PM yang kena faham, dia yang diludah oleh akhbar itu.." sindir Hj Mohd yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang dan editor Blog Ibnu Hasyim. (AK)

Altantuya Hilang , Balasubramaniam Hilang.. Siasat Carpet Raya..


KL, 4 Mac: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin hari ini membuat laporan polis mendesak siasatan dibuat ke atas syarikat penjualan karpet , Carpet Raya Sdn Bhd. Ini kerana, keuntungan dan transaksi akaun syarikat berkenaan sangat meragukan jika merujuk kepada pendaftarannya yang hanya menjalankan perniagaan karpet.

Menurut Badrul, siasatan itu penting kerana salah seorang daripada lima pengarah berdaftar syarikat berkenaan ialah Deepak Jaikisnan, individu yang dikenal pasti disebut oleh penyiasat persendirian, Balasubramaniam yang membuat akuan bersumpah menyatakan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya.

Balasubramaniam sebelum ini meyebut Deepak sebagai individu yang membuat bayaran bagi pihak Najib dan Rosmah kepadanya untuk beliau menghilangkan diri. Sebelum pembayaran itu dibuat, Balasubramaniam telah dibawa bertemu adik dan adik ipar Najib.

Menurut Badrul lagi, maklumat yang diperoleh daripada satu sumber mendapati akaun terakhir syarikat menunjukkan syarikat ini memiliki aset hampir RM90 juta 67 juta dengan tanggungan keseluruhan RM67 juta dan simpanan melebihi RM12 juta.

Pada tahun 2005, pendapatan syarikat ialah RM122 juta dan keuntungan RM7 juta tetapi nilai sebenar dijangka lebih daripada itu. Laporan polis berkenaan dibuat di Balai Polis dang Wangi pada jam 2.35 petang tadi.

Maklumat mengenai syarikat berkenaan jelasnya telah diperoleh lebih kurang sebulan yang lalu daripada beberapa sumber. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti sumber yang dimaksudkan bagi menjaga keselamatan sumber berkenaan.

"Maklumat kami terima daripada beberapa sumber yang hanya akan didedahkan jika ada pihak yang benar-benar berminat untuk menyiasat perkara ini sebab kita terpaksa melindungi sumber. Cukuplah Altantuya seorang yang hilang, dan Bala hilang tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini," katanya.

Badrul juga meminta keuntungan syarikat dengan transaksi yang begitu tinggi bagi sebuah syarikat perniagaan karpet itu dijelaskan memandangkan terdapat banyak tuduhan sebelum ini bahawa Deepak mempunyai banyak keistiwewaan daripada Rosmah dalam banyak transaksi.

"Persoalannya sekarang, sebuah syarikat karpet yang berpengkalan di Nilai, ada pejabat di Cheras, ada 'outlet' di jalan Masjid India, boleh buat transaksi yang begitu besar. Ini perlu dijelaskan dan kita bantu polis untuk menyelesaikan perkara ini. Sehubungan itu, beliau menggesa pihak yang terlibat disoal siasat sebelum tampil untuk menafikan apa yang didakwanya.

"kalau tidak, katakan tidak. Katakan tidak selepas disoal siasat.bukan penafian-penafian yang dangkal.

"Saya sebagai warganegara Malaysia melihat ini perkara serius. Sebab itu saya tampil memberi peluang kepada pihak polis untuk menyelesaikan perkara ini," katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Anda boleh bandingkan ketelusan kes ini dengan tuduhan kes rasuah haji Tok gunu Nik Aziz? Mana yang terang telus, mana yang kelabu berasap..

Muslimah Enggan Lalui Mesin Pengimbas Bogel Kerana..


Alat pengimbas bogel di Lapangan Terbang Manchester England.

MANCHESTER - Seorang wanita Islam dilarang menaiki satu penerbangan ke Pakistan selepas enggan melalui mesin pengimbas baru di Lapangan Terbang Manchester yang memaparkan tubuh manusia dalam keadaan bogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang lagi wanita yang merupakan rakannya juga enggan menjalani imbasan mesin Rapiscan itu kerana masalah perubatan. Dua wanita itu sedang dalam perjalanan ke Islamabad apabila mereka dipilih untuk melalui imbasan mesin Rapiscan selepas mendaftar masuk di lapangan terbang berkenaan.

Setakat ini, kira-kira 15,000 orang telah melalui alat pengimbas itu manakala pasangan tersebut merupakan penumpang pertama yang enggan berbuat demikian. Pasangan tersebut yang sanggup kerugian dua tiket penerbangan berharga £400 (RM2,000) daripada menjalani prosedur imbasan, kemudiannya bertindak meninggalkan lapangan terbang itu.

Beberapa mesin Rapiscan yang berharga £80,000 (RM406,000) diperkenalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow dan Lapangan Terbang Manchester pada 5 Februari lepas. Mesin sinar-X itu membolehkan kakitangan-kakitangan keselamatan melihat imej bogel penumpang untuk mengesan sama ada senjata dan bahan letupan disembunyikan pada tubuh mereka tetapi penggunaannya dikritik kerana ia memaparkan bentuk kemaluan penumpang.

Ulama-ulama di Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan fatwa yang melarang orang Islam melalui mesin itu kerana ia melanggar hu-kum agama berhubung isu bogel.

"Islam jelas melarang lelaki atau wanita dilihat dalam keadaan bogel oleh mereka yang bukan muhrim," kata fatwa itu.

Sementara itu, seorang aktivis sebuah badan bukan kerajaan di Britain, Alex Deane menyatakan pertubuhannya bersedia mewakili dua wanita itu sekiranya mereka mahu mencabar keputusan pihak berkuasa di mahkamah. Demikian menurut sumber berita Agensi hari ini.

Menurut sumber yang sama pada Februari lepas di Washington, Majlis Fikah Amerika Utara mengeluarkan fatwa dengan memberi peringatan supaya penumpang beragama Islam tidak melalui alat pengimbas bogel di lapangan terbang, lapor sebuah akhbar semalam.

"Ia merupakan satu pelanggaran jelas ajaran Islam mengenai lelaki dan wanita dilihat berbogel oleh lelaki dan wanita lain," kata fatwa tersebut.

Larangan itu merupakan tamparan hebat berhubung penggunaan mesin X-ray yang ditempatkan di Lapangan Terbang Heathrow dan Manchester, Britain. Di Amerika Syarikat (AS), terdapat 40 alat pengimbas di 19 buah lapangan terbang dan dijangka meningkat sehingga 450 unit pada hujung tahun ini.

Penempatan mesin itu dibuat sebagai sebahagian daripada kawalan keselamatan selepas seorang warga Nigeria, Umar Farouk cuba meletupkan bom dalam seluar dalamnya semasa dia menaiki pesawat komersial ke AS pada 25 Disember tahun lalu. Umar kini ditahan di sebuah penjara di AS.

(Sumber: Agensi/AH)

Tolak Kolum Marina Mahathir, Wajar!

RENCANA kolumnis popular dan juga aktivis sosial, Datuk Marina Mahathir menerusi ruangan 'Musings' yang dijadual disiarkan di akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star hari ini telah ditolak.

Marina (kanan) menjelaskan dalam blognya, keputusan The Star itu berikutan kekhuatiran tindakan lebih drastik diambil terhadap mereka oleh Kementerian Dalam Negeri kerana menyentuh isu-isu yang dianggap sensitif.

Katanya, “The Star enggan mencetak artikel itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan selepas apa yang terjadi kepada editor urusannya, P Gunasegaram berhubung sebuah rencana yang menyebabkan mereka diberi surat tunjuk sebab.”

“Mereka tidak mahu lagi sebarang rencana sensitif yang boleh menyebabkan permit KDN mereka tergugat,” kata Marina.

Rencana yang ditolak oleh The Star itu disiarkan Marina dalam blognya. Ia menyentuh isu sebatan syarie dan undang-undang syariah di Malaysia. Kedua-dua isu itu juga disentuh oleh Gunasegaram dalam rencananya yang dianggap sensitif.

Marina melahirkan kekecewaannya tetapi berikrar akan terus mengutarakan pandangannya serta meluahkan pendapat menerusi media internet. Beliau juga mengkritik Akta Mesin Cetak dan penerbitan serta keperluan memperbaharui permit setiap tahun yang menghantui kebanyakan akhbar. (Sumber: Malaysiakini dll/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tolak kolum Marina Mahathir adalah wajar, kerana tidak layak orang yang tidak mengamalkan asas Islam sepenuhnya dan menentang perjuangan Islam bercakap fasal Islam. Tulisannya tambah mengelirukan orang ramai. Apalagi bila dikatakan dia terlibat dengan SIS yang ada kaitan dengan Islam Liberal (sebenarnya bukan liberal tetapi sesat).

Benarkah Muslim Pengganas? Lihat Fakta Ini..

'TIDAK semua Muslim adalah teroris atau pengganas, tetapi (hampir) semua teroris adalah Muslim." Begitu semboyan popular kaum Islamfobia di beberapa kalangan, tetapi sebenarnya tiada fakta.. cakap kosong semua.

Dalam catatan rasmi FBI menunjukkan bahawa hanya 6% dari serangan teroris di wilayah AS 1980-2005 dilakukan oleh mereka yang digelar 'ekstremis' Islam. Bakinnya 94% berasal dari kelompok-kelompok lain (42% dari Latin, 24% dari kelompok sayap kiri ekstrim, 7% dari ekstremis Yahudi, 5% dari komunis, dan 16% dari semua kelompok lain).

Data yang dikumpulkan oleh Europol bahkan lebih menguatkan argumen lebih jauh. Europol menerbitkan laporan tahunan berjudul 'Terorisme Kesatuan Eropah Situasi dan Laporan Trend'. Pada website rasmi mereka, anda dapat mengakses laporan dari 2007, 2008, dan 2009.

Hasilnya jelas, dan tegas membuktikan bahawa tidak semua teroris adalah Muslim. Bahkan, sebuah 99,6% dari serangan teroris di Eropah dilakukan oleh kelompok-kelompok non-Muslim; dan 84,8%nya berasal dari kelompok yang sama sekali tidak berhubungan dengan Islam. Ertinya, hanya dalam kes-kes tertentu yang berhubungan dengan Muslim. Itupun kerana alasan tertentu seperti penindasan dan lain-lain yang jumlahnya hanya 0.4%.

Jadi jelaslah Muslim bukan teroris atau pengganas. Jadi anda jangan tertipu dengan propaganda dusta mereka mengaitkan Islam dengan teroris yang menyalaji fakta dan rasional. (Pelbagai sumber: AK)

Wednesday, March 03, 2010

Pemimpin HAMAS Tidak Akui 'Musab' Anaknya. Wajarkah?

Buku"Son of Hamas" ditulis oleh anak Syeikh Hassan yang murtad.. akan terbit di AS minggu ini

Si murtad itu dikenal dengan kod nama "Pangeran Hijau".

ISNIN Mac1, 2010: "Saya, Syaikh Hassan Yussuf ... isteri saya, putera dan puteri saya mengumumkan bahawa kami benar-benar tidak mengakui ada seorang lelaki yang mengaku putera sulung kami dan dipanggil dengan nama Musab," katanya dalam sebuah pernyataan.

Itu, kenyataan dari seorang pemimpin senior Hamas yang sedang di dalam penjara Israel. Dia tidak mengakui anaknya, setelah seorang pemuda mengakui telah mengintip kelompok Islam khususnya Hamas untuk Israel dan memainkan peranan penting dalam penangkapan beberapa pejuang militan senior.

Keputusan ini diambil setelah orang yang disebut-sebut bernama Musab yang telah murtad terhadap Allah dan para nabi ... Melakukan pengkhianatannya terhadap kaum Muslimin, dengan bekerjasama dengan musuh-musuh Allah.. dan menimbulkan kerusakan terhadap bangsa ini dan tujuan bangsa kita."

Minggu lalu, harian Haaretz Israel melaporkan, Musab Hassan Yussuf (32 tahun) adalah seorang informer Israel dan bekerja untuk Internal Israel Shin Bet, dikenal dengan kod nama "Pangeran Hijau".

Artikel itu didasarkan pada ringkasan dari sebuah buku, "Son of Hamas", ditulis oleh Yussuf, yang murtad masuk Kristian pada 10 tahun lalu dan sekarang tinggal di California. Buku karangannya itu akan diterbitkan di Amerika Syarikat dalam minggu ini.

Artikel dalam surat khabar itu mengatakan, Yusuf (Musab) mempunyai peranan penting dalam penangkapan Ibrahim Hamid, salah seorang pimpinan militer di Tebing Barat, dan Abdullah Barghuti, pembuat bom terkenal yang berada di balik serangan bom syahid pada tahun 2001 di sebuah restoran di Jerusalem.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mereka yang murtad dan belot dari perjuangan Islam memang wajar dihapuskan... (2MA)

Lihat sebelum ini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails