Thursday, March 04, 2010

Melayu PP Terpinggir Kerana UMNO Assobiah -Dr Mohd Hasyim.

by ASYOK KUMAR
KL 4Mac 2010. ORANG Melayu Pulau Pinang terpinggir kerana perjuangan UMNO yang menjadi tulang belakang BN atau PERIKATAN, memerintah sebelum ini sejak merdeka (sekarang PR), telah meletakkan dasar perjuangan kebangsaan dan asobiah sempitnya sebagai teras perjuangan menggantikan Islam.

Demikian penegasan Dr Haji Mohd Hasyim mantan YDP PAS Kawasan Parlimen Balik Palik Pulau 1986 sejak tertubuhnya hingga 1993 dan pernah bertanding beberapa kali dalam PRU mewakili PAS, sewaktu mengulas tulisan dalam Berita Harian (BH) semalam bertajuk 'Orang Melayu Pulau Pinang Semakin Terpinggir'.

Sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut kesal terhadap penyiaran berita bermotif memburuk-burukan Kerajaan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak pandai memerintah serta bersikap tidak mempedulikan orang Melayu Islam sehingga sanggup merampas hak mereka yang berniaga, meroboh gerai serta berlakunya kemerosotan ekonomi golongan minoriti itu sehingga menyebabkan mereka berpindah ke negeri lain.

Menurut Lim, bukan salah Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang sebaliknya Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana dasar yang menjadi amalan kerajaan terdahulu menyebabkan gejala tersebut berlaku. PR baru dua tahun memerintah mana mungkin boleh melakukan kezaliman sedemikian rupa dan PR tidak akan mengamalkan dasar yang sama dengan BN, tegas beliau dalam sidang media di pejabatnya, semalam.

Menurut Hj Mohd Hasyim pula, "Penghijrahan orang Melayu berlaku sejak dulu lagi apabila Umno yang berkuasa tidak bertindak membantu masyarakat Melayu khususnya di Balik Pulau, Bayan Baru, Jelutong, Tanjung Bungah dan banyak lagi. Mereka bukan membantu tetapi menekan Melayu dari belakang dengan memberi peluang golongan elit dalam Umno menikmati kemewahan, manakala orang bawahan dibiarkan menderita hilang kampung halaman.

"Di bawah UMNO, berlaku rusuhan kaum tahun 1967 dan 13 Mei 1969, sedangkan di bawah pentadbiran PAS Kelantan tidak berlaku. Siapa yang harus dipersalahkan bila bilangan Melayu semakin mengecil melainkan Umno yang merupakan juara Melayu atau tulang belakang perjuangan orang Melayu.. Apa depa buat selama 50 tahun memerintah masa kuasa dalam tangan mereka? Tulang belakang dah tinggal tulang!

"Umno yang mempunyai 11 kerusi dan empat orang Exco Kerajaan BN termasuk seorang Timbalan Ketua Menteri dahulunya tidak berjaya membawa Melayu keluar dari kepompong asobiah Melayu yang sempit. Cuba sekadar mengheret tangan-tangan busuk kroni-kroni mereka sahaja.

"Kalau UMNO bergerak atas Islam, tidak timbul soal kroni, rasuah berleluasa, pilih kasih walaupun sama-sama Melayu, penangguhan tiga projek besar di Pulau Pinang, rampas royalti minyak Kelantan dan lain-lain. Jadi kalau UMNO terus kekal memerintah Malaysia, bukan saja Melayu-Islam Pulau Pinang akan terhakis, bahkan Melayu Malaysia pun Islamnya akan lingkup habis." Jelas Hj Mohd lagi.

Ditanya mengenai tulisan dalam Berita Harian (BH) semalam ibarat meludah ke langit akhirnya terkena batang hidung kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) sendiri, menurutnya "Bukan meludah ke langit, tetapi meludah kepada pemimpin mereka yang kononnya tinggi melangit, sepatutnya PM yang kena faham, dia yang diludah oleh akhbar itu.." sindir Hj Mohd yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang dan editor Blog Ibnu Hasyim. (AK)

6 comments:

Anonymous said...

PELIK, MASUK U TAK PERNAH. TITLE DR. DATANG DARI MANA? HARAP BERI PENJELASAN.

Zaini Abdullah said...

Sila beri penjelasan, siapa yang bertanya ini..

Ibnu Hasyim said...

Anonymous..
Bunyinya macam kenal rapat.. Tapi, tahukah tuan, saya berhenti berniaga dan berpolitik kepartian sejak 1997 sampai 2007. Masa itu panjang, macam-macqam boleh buat. Saya banyak masa luar negara..

Jika tuan nak tahu, sila beri identiti betul seperti kata tuan Zaini Abdullah itu.

Terima kasih,, salam perkenalan..

saudara rantau said...

itu tanda2 seperti orang sombong memberi komen!

Unknown said...

ada title ke tak ada title ke..tak penting.. yang pentingnya.. tulisan sedare teramat penting dan merupakan salah satu wasilah dakwah yang berterusan sejak dulu hingga haari ini... saya respect sedare....

Ibnu Hasyim said...

Alhamdulillah. Ustaz Rosidi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails