Tuesday, February 03, 2009

‘Brain wash’ Anak Ketua Hamas Jadi Agen Yahudi/Kristen..



Ibnu Hasyim Catatan Santai

HARI ini saya menerima e-mail dari seseorang bertajuk ‘Mosab Hassan Yusuf, putera Ketua Hamas Murtad.’ Saya baca dan saya fikir-fikir, nak siarkan atau tidak?

Rupanya tulisan ini sudah mula tersebar luas di internet dari luar negara, sebagai propaganda menyerang Islam dengan lebel keganasan. Atau juga termasuk dalam projek menentang keganasan tajaan Amerika yang didalangi Zionis. Setakat ini saya belum jelas, samada peristiwa murtad ini benar-benar berlaku atau tidak, walaupun sudah ada di youtiub…

Saya rasa baik juga untuk diketahui sebagai persiapan untuk jawab balik jika perlu. Mampukah artikel ini mem’brain wash’ pembaca? Dan apa pula pandangan anda? Saya petik 2 dari artikel 3 sirinya. Ini sedutannya…

Syeikh Hassan Yousef

[ SEJENAK sebelum makan malam, Masab (atau Mosab), anak dari ketua Hamas di Tepi Barat yakni Sheikh Hassan Yousef, memandang pada temannya yang menemaninya makan di restoran tempat mereka bertemu. Mereka membisikkan beberapa patah kata dan lalu mengucapkan doa syukur, berterima kasih pada Tuhan Jesus kerana menyediakan makanan di meja makan mereka.

Perlu beberapa detik untuk mencerna pemandangan ini: anak dari ketua Hamas yang merupakan tokoh terkenal dari organisasi Islam ekstrimis, seorang pemuda yang membantu bapaknya selama bertahun-tahun dalam aktivitas politiknya, sekarang malah murtad dan jadi Kristen. "Sekarang aku bernama Joseph," katanya.

Masab tahu bahwa dia tidak punya banyak harapan kembali ke tanah suci (Palestin) di dalam hidupnya sekarang. "Aku tahu, aku membahayakan nyawaku dan bahkan kemungkinan besar aku kehilangan ayahku, tapi aku berharap dia akan mengerti hal ini dan Tuhan akan memberi dirinya dan keluargaku kesabaran dan kemahuan untuk membuka mata mereka pada Jesus dan Kristian. Mungkin suatu hari nanti aku dapat kembali ke Palestin dan juga ke Ramallah bersama Jesus, di Kerajaan Tuhan.."

Dia juga tidak menutupi rasa kasihnya pada Israel, atau kebenciannya akan semua hal yang mewakili lingkungan di mana dia dibesarkan: negaranya, agamanya, organisasinya. "Kirim salam pada Israel ya, aku rindu padanya. Aku menghormati Israel dan mengkagumi negara itu," katanya.

"Kamu kaum Yahudi harus waspada: Kamu tidak mungkin, tidak mungkin dapat damai dengan HAMAS. Islam, ideologi yang mereka anut itu, tidak membolehkan mereka berdamai dengan kaum Yahudi. Mereka percaya pada hadis yang mengatakan Nabi Muhammad berperang melawan Yahudi sehingga mereka pun wajib melanjutkan peperangan itu sampai mati."

Apakah ini sebabnya para Muslim melakukan serangan bunuh diri? "Lebih dari itu! Seluruh masyarakat Muslim memuliakan kematian dan teroris bunuh diri. Di dalam budaya Palestin, teroris bunuh diri jadi pahlawan syahid. Sheikh mengajarkan pada para muridnya tentang 'kepahlawanan dalam syahid'."

Meskipun banyak kritik datang dari tempat asalnya, California yang sekarang jadi tempat tinggalnya, tidak dapat menghilangkan kerinduan hatinya. "Aku rindu Ramallah," katanya. "Orang-orang yang berpikiran terbuka… Aku terutama merindukan ibuku, saudara lelaki dan perempuanku, tapi aku tahu bahawa akan sulit sekali bagiku kembali ke Ramallah masa ini.

Oleh Avi Issacharoff 31/07/2008

Seterusnya….Sambungannya ini dipetik dari Haaretz Weekend Magazine.

MENIKMATI kehidupan barunya di California, USA, Yousef junior betul-betul sedar mengnai wawancaranya ini. Bukan hanya ia akan menyinggung perasaaan keluarganya, ia kini ragu dapat pulang kembali ke Ramallah. "Saya tahu saya mempertaruhkan nyawa saya dan jelas akan kehilangan ayah saya. Tapi saya harap ia akan mengerti ini dan Tuhan akan memberikan dirinya dan seluruh keluarga saya kesabaran dan keinginan untuk membuka mata mereka bagi Jesus dan agama Kristen."

Begini sekilas latar belakang hidupnya..

Namanya kini Masab-Joseph.

"Semasa di sekolah menengah, saya belajar syariah. Tahun 1996, ketika saya berusia 18, saya ditangkap tentara Israel kerana saya ketua masyarakat Islam di sekolah saya. Inilah titik mulanya proses penyedaran saya.

"Sebelumnya saya hanya mengenal HAMAS melalui ayah saya. Sebelumnya saya mengagumi HAMAS, kerana saya mengagumi ayah saya. Tapi setelah 16 bulan dalam penjara, saya baru tahu wajah Hamas sebenarnya. HAMAS adalah organisasi negatif. Sebuah organisasi yang buruk secara fundamental. Dalam penjara Megiddo saya tiba-tiba menyedari apa sebenarnya HAMAS. Pemimpin mereka di penjara (Israel) mendapatkan keadaan (fasiliti dan makanan) yang jauh lebih baik (daripada para tahanan Israel di penjara HAMAS), belum lagi izin kunjungan keluarga mereka dan fasiliti mandi. Sementara orang-orang HAMAS tiada moral, tiada integrity. Tetapi mereka tidak sebodoh Fatah, yang mencuri disiang hari didepan umum. HAMAS mencuri dengan cara diam-diam sambil bersikap macam suci. Cepat atau lambat wang hasil korupsi ini akan mengekang bangsa Palestin sendiri!

Tidak seorangpun yang tahu benar seluk beluk cara kerja HAMAS. Contoh, saya ingat betul bagaimana keluarga Saleh Talahmeh, anggota tangan militer HAMAS, yang dibunuh Israel, terpaksa menggembel minta bantuan teman-temannya kerana mereka tidak ditinggalkan wang sedikit pun. Pemimpin HAMAS tidak ambil tahu dengan mereka ataupun dengan keluarga syuhada lainnya, sementara anggota-anggota senior sering berpoya-poya diluar negeri, menghabiskan puluhan ribu dollar per bulan untuk membiayai bodyguard saja!"

Setelah saya keluar dari penjara (Israel), saya kehilangan kepercayaan kepada mereka yang mewakili Islam."

(Semasa wawancara ini, dikatakan ayahnya masih belum tahu kemurtadannya ke Kristen)

Ayahnya macam tak percaya, setelah mengetahui anaknya murtad dan minta suaka ke USA! 'Ya ke?' katanya sambil menunjuk foto puteranya!

"Wawancara ini akan membuka mata ramai orang dan menggoyahkan Islam sampai ke akar-akarnya. Saya tidak berlebihan!"

B
agaimana Ia Tertarik Pada Agama Lain?

"Ini dimulai 8 tahun y
ang lalu. Saya berada di Jerusalem dan menerima undangan untuk mendengar ceramah tentang Kristen. Dari situ saya semakin ingin tahu dan mulai membaca Injil dengan diam-diam, sambil meneruskan pelajaran syariah. Ayat seperti ‘Cintailah musuhmu’ sangat mempengaruhi saya.. Saya ketika itu masih Muslim dan tidak pernah menyangka akan murtad. Tetapi setiap hari saya melihat hal-hal mengerikan yang dilakukan atas nama Islam oleh orang Muslim yang menganggap diri 'bangsa terpilih Allah.' Saya kembali mempelajari Quran dan prinsip-prinsip agama itu dan berkesimpulan bahawa Islam salah dan menyesatkan. Muslim meminjam ritual dan tradisi dari agama-agama sekitarnya."

...Saya anggap Islam adalah satu pembohongan besar. Orang-orang yang mewakili Islam lebih memuja Mohammed berbanding Tuhan, membunuh orang-orang tidak bersalah atas nama Islam, memukul isteri mereka dan sama sekali tidak tahu apa itu Tuhan. Saya tidak ragu bahawa mereka akan ke neraka. Orang Palestin, kalau tidak ada musuh, akan memerangi sesama sendiri. Dalam 20 tahun nanti akan timbul konflik antara berbagai kelompok di dalam tubuh HAMAS sendiri. Sekarang saja mereka sudah mulai kelam kabut fasal penguasaan wang."

"Kamu Yahudi perlu sedar: Kamu tidak akan dapat damai dengan HAMAS. Islam, ideologi yang mengkontrol mereka, tidak izinkan mereka berdamai dengan Yahudi. Mereka percaya bahawa Mohammad memerangi Yahudi dan kerana itu mereka kena lanjutkan perang tersebut sampai mati. Mereka perlu balas dendam terhadap siapapun yang tidak menerima Mohammad, seperti Yahudi yang di Quran digambarkan sebagai kera dan babi. Dalam pandangan HAMAS, perdamaian dengan Israel akan menkontradiksikan syariah & Quran, dan menganggap Yahudi tiada hak di Palestin"

"Saya meninggalkan tanah luas di Ramallah hanya untuk mencapai kebebasan murni. Saya ingin kesempatan untuk membuka mata Muslim dan menunjukkan kebenaran tentang agama mereka, menarik mereka dari kegelapan dan dari penjara Islam.

... Islam tidak akan survive untuk lebih dari 25 tahun. Dulu mereka (Muslim) berjaya menakut-nakutkan orang, tetapi sekarang, dalam zaman internet ini, mereka tidak lagi dapat menyembunyikan kebenaran.” ]

Demikian pandangan seorang yang dibasuh pemikirannya. Sekian, untuk kali ini… Wassalam.

Ibnu Hasyim, catatan santai,
Februari2, 2009. KL.

6 comments:

Anonymous said...

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa selama 16 bulan Masab berada dalam tahanan, beliau di beri makanan yang lazat2 sumbangan Starbucks, ayam Kentucky & McDonalds yang sengaja disediakan supaya tidak 'halal'. Beliau juga diberi 'air penggelap hati' 7 kali sehari sampai lidah jadi kelu nak ucap shahadah. Beliau telah dijadikan senjata ampuh yang akan menjatuhkan kepimpinan Hamas, kepimpinan bapanya.

Di Malaysia pun ramai juga yang semacam Masab ni!

Anonymous said...

En Zaidi Ali,

Boleh bagi bayang-bayang sikit, siapa di M'sia ni??

Anonymous said...

Umno la tu..

HeroHuruHara said...

Di Malaysia:

dari umur 1 hari hingga ke hujung nyawa penduduk Malaysia dilonggok dengan pelbagai bentuk makanan dan minuman seharian yang menjadi darah daging.

Adalah PENTINGnya amalan pemakanan HALAL, BERSIH dan SUCI dalam ISLAM. Walaupun di jaja dengan motto PAKAR PEMAKANAN SEDUNIA dan lain-lain lagi... adalah menjadi tanggungjawab untuk umat Islam mengusahakan, mengeluarkan, memproses, dan memasarkan makanan seiring dengan kehendak agama Islam.

ISLAM itu universal bukan hanya pada satu subjek tetapi saling berkaitan dan berhubung rapat di mana AGAMA, SAINS, EKONOMI, SOSIO-POLITIK, dan segalanya sudah dibentang dalam wahyu dibawa oleh baginda Rasul.

Pernah saya komen berbaur sebegini dalam BLOG Dr... iaitu sebelum kita memboikot barang-barang Yahudi dan AS...perlulah kita bermuhasabah membuang sifat YAHUDI yang tertanam dalam hati kita dan sudahpun menjadi kehidupan seharian kita.

Anonymous said...

Bagaimana nak tengok sambungnya?

Anonymous said...

Pak Ibnu

Sepintas lalu saya baca..

1. Tiada bukti bahawa anak ketua Hamas tu agen Yahudi, sedangkan di Eropah pun Kristian dengan Yahudi tak berapa ngam.

2. Kalau betul dia agen Yahudi fasal apa Pak Ibnu sanggup panjangkan lagi ceritanya, sedangkan blog-blog lain di Malaysia ramai yang tak buat begitu.

3. Pak Ibnu kena beri penjelasan lebih panjang sikit, supaya pembaca naik menyampah dengan sikap anak ketua Hamas itu.

4. Kenapa Pak Ibnu tak siarkan siri lanjut ke 3, apakah kerana dia lebih teruk hentam Islam? Patutkah dibiar begitu sehingga lebih ramai lagi mencari dan baca sendiri?

5. Maaf, hal ini hanya sekadar membuka minda, untuk kebaikan bersama..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails