Friday, September 07, 2018

Sebat, Pesalah Memilih Dihukum Begitu.. -Tuan Ibrahim.



BANGI, 25 Zulhijjah 1439H, Khamis – Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan Kabinet yang mengkritik hukuman sebatan dijalankan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, baru-baru ini.

Beliau berkata, kenyataan Kabinet jelas mempertikaikan bidang kuasa Mahkamah Syariah negeri yang berada di luar bidang kuasa kerajaaan pusat. Walhal, katanya, pesalah itu sendiri telah mengaku kesalahannya dan sedia dihukum sebagai tanda kesal di atas apa yang telah dilakukannya.

“Mereka juga diberi peluang untuk membuat rayuan dan mahkamah sedia menimbang rayuannya. Namun mereka tidak merayu dan sedia menerima hukuman.
“Tindakan melaksanakan hukuman rotan di khalayak ramai adalah selaras dengan perintah Allah dalam Surah An-Nur, ayat 2.
“Apakah melaksanakan hukum yang diperintah oleh Allah boleh dianggap zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan? Jangan kita mendahului Allah dan Rasul dalam urusan hidup dunia ini,” tegasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Kabinet memutuskan hukuman sebat terhadap dua pesalah wanita di Terengganu, baru-baru ini tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa oleh agama Islam.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata, kes dua wanita yang dihukum sebat adalah kes pertama bagi mereka dan biasanya dalam kes pertama mereka perlu diberkan nasihat dan tidak seterusnya melakukan (hukuman) sebat sehingga diketahui oleh seluruh negara. Katanya, hukuman itu memberi gambaran yang buruk kepada agama Islam. 

Mengulas lanjut kenyataan itu, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, seringkali apa yang dikenalkan sebagai hukuman syarak (walau belum menepati sepenuhnya apa yang diperintah oleh Allah), dikritik dan dipertikaikan oleh sebahagian umat Islam dengan pelbagai tuduhan.

Sedangkan, katanya, hukuman tersebut jauh lebih ringan daripada sebatan dalam penjara, yang juga ternyata gagal mencegah jenayah berbanding hukuman syarak yang mahu mencegah jenayah dalam masyarakat.

“Hukuman ke atas pesalah yang ringan dengan enam kali sebatan syarie tidak langsung menyakiti apalagi mencederakan pesalah. Ia sekadar memalukan dan yang lebih penting ialah ia bertaubat dan memohon keampunan Allah di atas kesalahannya.
“Bukan sahaja itu, hukum syarak juga mempunyai nilai pencegahan ke atas masyarakat di mana penyaksian ke atas hukuman itulah nilai pencegahan kepada orang ramai agar tidak melakukan kesalahan yang sama.
“Ini berbeza dengan sebatan sivil yang ternyata gagal mencegah perbuatan jenayah kerana ia dilakukan secara tertutup. Kegerunan hanya ada kepada yang melakukan jenayah, bukan bersifat mencegah mereka yang belum atau berhasrat melakukan jenayah,” katanya.

Justeru, PAS menyeru kerajaan PH memberikan kesempatan kepada negeri-negeri melaksanakan hukum syarak yang berada di bawah bidang kuasa negeri, bukan mempertikaikannya.

Hasil carian imej untuk sebatan sivil
Imej yang berkaitan


Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

28 comments:

Anonymous said...

Kalau sebatan dalam penjara tidak dapat mengurangkan kesalahan jenayah, apalah nak di harap pada sebatan mengikut cara PAS ?

Pihak penjara sendiri pernah menyiarkan rakaman hukuman sebatan ke atas banduan yang mengerikan tapi tidak dapat menghalang jenayah.. setiap kali kena libasan dari rotan di sambut dengan Allahuakbar.

Lobai .. Lobai alahai .. Lobai

Mereka tidak merayu dan rela menerima hukuman tersebut ? Maka benar lah pendapat dari Dr Maza, iaitu seolah-olah dengan merotan maka terhapus lah dosa mereka. Tidak kah ini sebenar nya menggalak orang lain memilih tidak merayu dan rela di rotan ?

Astagfirrullah..

Anonymous said...

Jika pasangan tersebut hendak lah di beri nasihat maka mengikut kata Annuar Musa, Najib pun perlu di beri nasihat.

Ya. Memang Najib perlu di beri nasihat.

Dan bukannya Najib tidak di beri nasihat oleh pemimpin dan kawannya malah sehingga ada di antara mereka yang di pecat dan di tentang secara terbuka.

Najib telah cukup masa dengan di beri nasihat dan semua nya di tolak maka kini masa nya Najib di adili.

Kesan akibat perbuatan Najib boleh pulak disamakan senang kesalahan "cuba melakukan..."

Mudah-mudahan Allah tunjukkan jalan kepada PAS dan UMNO ke jalan terjun ke dalam gaung ...

Asrul Sani said...

Jangan jangan lesbians dua orang tu memang jenis yang teruja atau sexually thrilled bila kena sebat main-main gitu....cuba sebat cara Jabatan Penjara malaysia tengok....

Anyway, jika dilaksanakan iklas kerana Allah serta mengikut syariat yang ditetapkan maka amanlah kamu. Akan tetapi jika dilaksanakan sekadar mahu meraih kemenangan politik atau menunjuk-nunjuk bahawa merekalah champion dalam memperjuangkan hukum Allah, terimalah balasanNya kelak.

Juga isu yang penting nak tanya di sini...selain dari melaksanakan hukum sebat main-main ke atas lesbians tersebut, apakah program-program yang dirancang bagi membimbing golongan remaja yang terlibat dengan gejala LGBT di negeri Terengganu. Sekian terima kasih.

Anonymous said...

Walhal pesalah telah mengakui kesalahan nya .... dan sedia dihukum sebagai tanda kesal di atas apa yang telah dilakukannya..

Dari kenyataan Tuan Ibrahim, bermakna hukuman rotan tidak perlu atau sekurang-kurang nya diganti dengan hukuman cuci tandas mesjid selama 6 bulan ..

Sesiapa pun tidak boleh mendahului Allah dan Rasul, tapi perlukah di hukum dengan merotan sekiranya pesalah mengaku dan sedar mungkin juga mereka telah insaf atas keterlanjuran mereka ?

Tidak kah Allah mengampuni mereka yang bertaubat ?

Anonymous said...

Siapa kah yang perhatikan mereka berdua sekira nya tidak ada peraturan atau keputusan melarang mereka tinggal serumah atau berdua-duaan. Jika di lihat muka mereka di tutup dan tidak dapat di pandang oleh orang ramai.

Menangkap Lesbian dan Gay tidak semudah menangkap pasangan lelaki dan perempuan bukan muharam.

Malah jika isu merotan ini tidak di tangani dengan bijak dan adil, ia boleh mempengaruhi anak-anak muda terjebak dengan perbuatan sumbang ini.

Ini cerita benar. Si anak sering bawak kawan sejenis balik ke rumah emak ayah nya sehingga lah satu hari si anak ini tersilap apabila hanya berkemban ternampak lah bekas gigitan di lehernya...

Apa kah kesan gigitan itu ada pada pesalah lesbian yang di rotan ?


Wallahualam

Anonymous said...

Tun mahataik ni,,memang munafiq. Luaran saja berlakon sebagai muslim bertujuan untuk memperdaya,,tapi hati perut dia benci dan meluat serta memandang hina kpd apa sahaja yg ada kaitan dengan ugama. Mufti,,dia pecat. Kelantan,,disekat pelbagai bantuan,,kenapa? Ya,, diperintah pas yg merupakan parti yg berteraskan islam,,,nama jolokan serambi mekah,,tun mahataik sangat benci . Trengganu,,,dia sekat royalti...sar,,,dia sekat geran tahunan....

Puaka Rimba said...

Rakyat biasa berani lah sebat. Bila pemimpin sendiri terlibat perlanggaran undang-undang sivil atau syariah, mula lah keluar seribu satu macam dalil untuk melepaskan diri dari tindakan. Apa cerita dengan Adun Kelantan yg menikahi bini muda di Siam. Apa tindakan mahkamah syariah terhadap beliau yg terang-terang melanggar enakmen syariah itu sendiri yg berpoligami tanpa kebenaran. Beri-betul hamPAS. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Timbul tanda tanya salah pilih tempat dlm kereta terbuka diDungun, kalau diKT byk tempat2 maksiat bagaimana penguatkuasaan?

Dipangung wsyang, bowling allley, karok gelap, lorong belakang mati dibandar, pusat tumpuan ramai Mydin/Giant, stadium, pusat suka, pusat2 pelancongan bebas bikini bersama2 Mat Salleh atau hotel2 pelancongan atau pantai2 santai ICT. Semua maseh zon bebas berdua2 LGBT atau bukan LGBT.

Kena ada pasukan gerak khas antiLGBT disamping pasukan antikhalwat sediada meronda kawasan2 ini

Anonymous said...

Apabila seseorang menerima hukuman pemerintah yg berlandaskan syariat maka dikatakan terhapuslah dosa nya insyaallah. yakni taat kpd pemerintah yg membawa kearah kebaikan amal maaruf wa nahi munkar..ada pun hukuman ini memang tiada dalam al quran dgn jelas tidak seperti hudud secara jelas dan pemerintah yg berkuasa menjalankan tanggung jawab nya untuk menjadikan bersyariat mengcegah maksiat bedasar hukum takzir dan seumpamanya dr ulamak dan kitab2 yg telah jelas semenjak beratus tahun dahulu cuma skrg ni semenjak lahir golongan pendesak liberalism jadi mcm arguiment..
pengulas2 diatas mengulas berdasar logik akal TITM mengulas berdasar kan kitab soheh siapa lebih tepat dlam mentafsirkan usul fiqh ini..
Tuan2 yg mulia teruskan menjadikan ulamak tuan2 tuan guru mahatir lge/lks sbagai panduan dan rujukan dengan mazhad mahatirism malaya baru..kami org islam akan insyaallah bersama ulamak/umarak yg berpandukan alquran/hadish dan ijtihad ulamak..see U i akhirath..

Anonymous said...

Dari nada defensif TITM ini, PAS mcm terasa tergesa2, gelojoh dan tidak memberi Keadilan sebenar kpd pesalah. Lebih2 lagi, jemputan WhatsApp kpd umum, seolah persembahan khas atau peristiwa khas.

Ada betul juga kata2 Menteri Ugama Dr. Mujahid. Perlaksanaan syariah bukan perlumbaan menunjuk2 diPRK.

Sama intisari dgn bila Hadi kata tidak bersedia Hudud buat masa ini jika kesesuaian faktor luaran sosioekonomi, pendidikan dan masyarakat majmuk tidak menjamin keadilan.

Anonymous said...

Moga hukum hudud dapat dijalankan dibumi umat islam malaysia.

Anonymous said...

Seronok kamu pertikaikan hukum allah.

Anonymous said...

Seronok kamu pertikaikan hukum allah. Ingat allah maha berkuasa kalau kamu taknak hukum allah sapa sebenarnya kamu.

Anonymous said...

Seronok pertikaikan hukum allah. Sekarang islam dihina dinegara yg ramai umat islam. Hukuman sebat ditrenganu bukan menunjuk2 untuk menang prk tapi tuntutan agama islam. Kalau islam berdoa pertikaikan kalau non muslim takda sebab untuk pertikaikan sebab hukum hudud untuk umat islam saja. Jangan jadi munafik hinggakan hukum allah seronok dipertikaikan kamu tak usaha nak laksanakan malah kutuk hina fitnah dusta buat andaian sendiri. Moga semua yg pertikaikan hukum allah bertaubatlah kepada allah.

Anonymous said...


tak ada bezanya dengan merotan 6 kali atau 100 kali... lembut dan tidak meninggalkan kesan.

Tapi bagi mereka yang beriman dan banyak melakukan ibadat lalu tergelincir melakukan maksiat, rotan yang lembut ini menjadi begitu sakit.

Sepatutnya tuan yang menjaga hukum Allah lebih baik dari saya lebih tahu.

Pesalah sebak pada sebutan yang ketiga... tapi Pesalah yang bertaraf Hadi Awang akan terisak-isak pada sebatan yang pertama dan longlai pada sebutan yang terakhir iaitu yang kali ke 6..

Subhanallah..

Tuan faham apa yang saya cuba sampaikan.

Saya berterima kasih dan berdoa semoga Tuan Ibnu Hashim si berkati Allah kerana memberi peluang pada saya mengeluarkan pandangan saya.

Anonymous said...

Bila islam merotan habis meghoyan puak ph. Tapi bila mahkamah civil merotan, tak bising pulak mereka. Betullah mereka termasuk kelompok jahiliyah, mengagung undang2 manusia, tapi menolak hukum Allah.

Anonymous said...

Insya Allah Pemimpin AMANAH, PKR dan BERSATU akan melaksanakan nya dengan lebih berhijrah.

Jika pati di beri peluang mendaftar kemasukan mereka selama berbulan, jika JPJ mengeluarkan amaran sebelum operasi besar-besaran... mengapa langkah PAS ini tidak memberi peringatan dan ketakutan pada golongan Lesbian?

Sekarang umum tahu ada 7 kelab gay di KL, tidak kah pengumuman ini bukan sekadar bertujuan memberi tahu jumlah kelab tersebut... tetapi membuat mereka segan-segan untuk berkunjung ke kelab.

Mungkin sedikit hari lagi umum akan tahu di mana kah Kelab-kelab tersebut dan mereka yang menyembunyikan diri kelab tersebut akan malu berhibur di Kelab tersebut. Bukan semua gay sanggup mendedahkan identiti mereka dan jika ada yang ragu-ragu dan ingin ke Pengkalan jalan mungkin ambil iktibar dari pendedahan ini.

Mana lebih berhikmah, mendedahkan individu yang terlibat atau mendedahkan tempat mereka bermaksiat?

PAS dari dulu sememangnya akan menggunakan hukum Allah untuk menekan parti lawan. Begitu mudah PAS menerima perubahan sikap dan pendirian MCA dan MIC dalam melaksanakan hukum Allah. Tidakkah ini mempermainkan hukum Allah.

Anonymous said...

Jika Allah memberkati tindakan Kerajaan PAS merotan.. ya merotan bukan nya di denda.. umat Islam akan terima dengan ikhlas. Niat PAS tak betul. Banyak compang caping nya..

Jika berdosa pada Allah pun boleh merayu.. Adakah kerana jumlah merotan itu sedikit atau tidak kuat maka pesalah malas nak merayu?

Begini lah hukum Islam di perlekehkan...

Anonymous said...

7.34. Pi tengok betul2 video dr maza aka wahabi tu. Ko berkehendak hukuman lebih teruk drpd rotan dlm penjara sebab hukuman sedia ada yg keras pun tidak dapat halang jenayah. Sedangkan dr maza cuma mengharap pesalah mengaku tidak bersalah agar terlepas drpd hukuman qisas tu. Oklah si wahabi tu aku clear sebab dia mengambil satu contoh pada zaman kisah Nabi. Yang aku tak faham ialah kau. hukuman apa yg ko nak atau rasa2 sesuai sebenarnya? Ke disebalik pusing2 ayat tu realitinya nak cadang hukum halalkan je lgbt dan tak perlu hukum langsung? Mntk maap la ye sampai kiamat la takkan dapat di buat kek tanah melayu ni kalau tu yg ko nak. Kritik je tau. Alternatifnya tak dak.

Aku sebenarnya memang hope ph keluarkan sttmnt halalkan lgbt. Tapi ph surely tak cukup berani atau takde telur nak buat. Sebabnya diorang tak sebodoh seperti beberapa kerat penyokong bertahap kuali mereka.

Apa guna guna lgbt dihalal, tapi bakal dibubarkan balik selepas pru akan datang. Risiko yg tak berbaloi utk ph perjuangkan. Sebab tindakan menghalalkan lgbt tu memang terang lagi nyata akan membuatkan majoriti Melayu Islam buat u turn.

Anonymous said...


Nama pun hukum Allah. Jadi nak laksanakan nya kena lah jaga Nama Allah.

Layak ke hukum Allah di perbandingan dengan hukum sivil ciptaan manusia?

Ramai pesalah yang di rotan dan akhir nya dalam penjara mereka hafal Al Quran... apa kesan PAS merotan perempuan Lesbian?

Anonymous said...

7.41.

Kalau nasihat tak perlu dan hukuman rotan pun tak perlu. Habis apa yg kau rasa perlu dibuat pada pasangan tu?

Anonymous said...

Setuju dgn 7.53 yg sungguh bijaksini.

Persoalan yang sama juga bolehlah ditujukan kepada pelaku zina. Perlukah mereka di hukum sekiranya pesalah mengaku dan sedar mungkin juga mereka telah insaf atas keterlanjuran mereka?

Kalau ginilah rupa bentuk persoalan, tak perlulah ada mahkamah syariah cam gitu. Buat satu ofis kecik dan lantik je sorang majistret yg tugasnya hanya utk mendengar pelaku nyesal, taubat dan dilepaskan hukuman. Jimat duit kerajaan.

Anonymous said...

Azren buat apa ko tanya orang apa cerita. Kau lah pegi dapatkan detail dan ceritakan apa statusnya. Kitorang mana tahu. Nampak mcm menuduh, tapi cerita penuh tentang apa yg dituduh pun nak kena tanya orang lain.

Puaka Rimba said...

Yang dok mengata kononnya kami ini menentang hukum Allah menunjukkan walaun otak kosong. Sebenarnya dia pun tak tahu yang mana hukuman Hudud dan hukuman takzir. Serban aje besar. Otak sebenar mata unta mabuk kurma.Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

VIRALKAN!!!!terkini-harga minyak ron 95 -rm0.56 seliter.harga ron 97 -rm.45 seliter.harga diesel -rm0.32 seliter. Janji pkaturn badut penipu di tepati tuan2 dan puan woi!pi beli minyak skrg jugak!!kn kami dh kata yg pemimpin pakaturn badut penipu ni maksum!!!!

Anonymous said...

VIRALKAN!!!!terkini-harga minyak ron 95 -rm0.56 seliter.harga ron 97 -rm.45 seliter.harga diesel -rm0.32 seliter. Janji pkaturn badut penipu di tepati tuan2 dan puan woi!pi beli minyak skrg jugak!!kn kami dh kata yg pemimpin pakaturn badut penipu ni maksum!!!!

Anonymous said...

BERITA BAIK!!!hanya utk rba dapigs di blog ibnu hashim ini sahaja.lembaga zakat selangor sedang agih kan zakat kepada 11 golongan maksum asnaf al riqab -1.pelacur 2.mak nyah 3.gay 4.homoseksual 5.gigolo 6.biseksual 7.pengkid 8.tomboy 9.lesbian 10.bersekedudukan dgn bukan islam 11.RBA DAPIGS di blog ibnu hashim. Untung le jd mereng ayam....

Anonymous said...

BERITA BAIK!!!hanya utk rba dapigs di blog ibnu hashim ini sahaja.lembaga zakat selangor sedang agih kan zakat kepada 11 golongan maksum asnaf al riqab -1.pelacur 2.mak nyah 3.gay 4.homoseksual 5.gigolo 6.biseksual 7.pengkid 8.tomboy 9.lesbian 10.bersekedudukan dgn bukan islam 11.RBA DAPIGS di blog ibnu hashim. Untung le jd mereng ayam....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails