Saturday, September 08, 2018

Azmin Sorok Sesuatu Di Sebalik Pembatalan HSR?



Tiga hari dahulu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi mengumumkan bahawa Singapura bersetuju untuk menangguhkan projek High Speed Rail (HSR) tanpa meminta apa2 bayaran dari Malaysia.

05 September 2018 Azmin Buat U-Turn Kata Kena Bayar RM45.1 Juta Pampasan
Semalam di umumkan pula kita perlu bayar gantirugi RM45.1 juta kepada Singapura untuk menangguhkan projek selama dua tahun...   Ia bercanggah dengan kenyataan 3 hari sebelum ini... Tender untuk projek ini yang di laksanakan bersama Singapura sepatutnya di tutup pada akhir Disember ini juga telah di batalkan...
Kerajaan Sepatutnya Tunggu Hingga Tender Tutup Sebelum Buat Penilaian Semula
CEO MyHSR Corp. Sdn. Bhd.Datuk Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal Pembida2 sudah melaburkan banyak wang dan usaha dalam mengemukakan bida mereka dan sudah hampir selesai...
Kerajaan sepatutnya tunggu sehingga tender telah di tutup dan semua bidaan telah di terima sebelum membuat keputusan hendak menunda atau batalkan memandangkan tender sudah di buka sejak bulan Januari lalu dan hanya kurang 4 bulan lagi sehingga tender tutup...  Ini ialah kerana tender ini untuk pakej pembiayaan kewangan projek...

Kebiasaannya ialah pakej pembiayaan bagi projek2 seperti HSR adalah sangat kompetitif dan tidak mustahil untuk pembida2 memberi pakej pinjaman dengan kadar faedah 0% ataupun 0.1% dan tempoh tidak perlu bayar seperti untuk projek2 HSR di India dan Indonesia...

Dengan maklumat kos dan pakej pembiayaan dari pembida, kerajaan boleh membuat keputusan dengan lebih wajar jika hendak batal ataupun tangguh...
Malaysia Akan Kerugian Bukan Hanya RM45.1 Juta Malah Berbilion Ringgit Hanya Kerana Mahu Menangguh HSR Selama 2 Tahun
Kos untuk menangguhkan projek ini untuk 2 tahun bukan RM45.1 juta sahaja tetapi perlu mengambil kira kos kehilangan peluang ataupun 'opportunity loss'...
Saya cuba baca kenyataan Menteri Pengangkutan Singapura Encik Khaw Boon Wan yang mengatakan ramai di Singapura juga tidak sabar untuk HSR di bina kerana destinasi Kuala Lumpur sangat di nantikan mereka... Banyak peluang untuk merancakkan industri pelancongan dan pelaburan serta berpuluh ribu peluang pekerjaan akan hilang dalam tempoh penangguhan dua tahun ini...

Dua bulan lepas, pusat penyelidik dari Institute of Developing Economies di Jepun dengan kerjasama Yusof Ishak Institute di Singapore mengeluarkan hasil selidik mereka bahawa Malaysia akan memperolehi keuntungan US$1.589bil (RM6.6 bilion) setiap tahun dengan adanya projek HSR... Selain dari itu, seperti mana2 projek infrastruktur kos pembinaan dua tahun lagi tentu akan lebih tinggi...

Ini bermakna kos sebenar penangguhan dua tahun ini ialah RM45 juta ditambah RM13.2 bilion campur kenaikan kos pembinaan... Kerajaan juga perlu mendedahkan laporan impak ekonomi untuk projek ini supaya rakyat boleh menilai dengan sendiri kebaikan projek ini dari segi pembangunan negara dan pulangan pelaburan...
Kos HSR : Apa Benar Memang Ada Kos Sembunyi Atau Pun Ada Sesuatu Yang Azmin Cuba Sembunyikan...
Persoalan saya mengapa kos HSR yang dulunya di anggar sebanyak RM70 billion oleh kerajaan BN dulu dengan kerajaan Singapura tiba2 di naikkan menjadi RM120 bilion oleh kerajaan PH juga terjawab di dalam laporan media semalam...Rupa2nya kos RM120 bilion rekaan PH ini termasuk bayaran bunga (walaupun pakej pembiayaan mungkin hanya 0% dan 0.1%) dan kos penyelenggaran dan operasi untuk 30 tahun tanpa mengira sebarang pendapatan dari projek ini...

Mungkin ini ialah 'kos tersembunyi' yang di maksudkan di dalam jawapan rasmi Datuk Seri Azmin Ali kepada saya dalam Dewan Rakyat hari itu? Jika sedemikian, mungkin penjual kereta di Malaysia juga patut menukar papan harga untuk kereta mereka kerana perlu menambah juga kos bunga pinjaman dan kos operasi untuk 30 tahun? (

6 comments:

Anonymous said...

Berpuluh tahun bayar hutang cina kominis berpuluh billion...baik lah bayar sedikit pampasan...

Tambang keretapi laju bukanye murah...majoriti rakyat malaysia tak mampu...untuk sekali dua boleh laa..

Anonymous said...

Peminat kapalterbang akan tetap pilih naik kapalterbang dari jb dan singapore ke kl...kapal terbang hanye berhenti di datu steseyen saja...karetapi laju berhenti di berbelas2 stesen..

Anonymous said...

Ya. Sorok biliunn biliun dalam rumah.

Hahahahahaha

Enti PAS BODO said...

Bani hasim tak mau komen ker Pas umno menang peningkatan undi di sri setia dan mca sokongan pas bernasib baik selamat deposit....mca kalah teruk kerana sokongan pas yg tak diundang ..orang cina anti lobai Pas...

Anonymous said...

Najib sorok pas sokong..

Anonymous said...

Najib takpe. Lebai bab angka angka matematik lembb sikit. Senang pokjib kencing

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails