Sunday, September 02, 2018

Pastikan Anwar Jadi PM, 'Saya Tanding T/Presiden PKR..' – Rafizi.



Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir.

IPOH – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menegaskan keputusannya bertanding jawatan Timbalan Presiden parti bukan bersifat menjaga kepentingan peribadi sebaliknya bagi memastikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri.
Beliau mengakui ada pihak berasa tidak selesa dan memperlekehkan tindakan yang dilakukannya khususnya berhubung perkara tersebut.
“Pelbagai usaha dilakukan termasuk mengecam dan menyatakan bahawa Anwar terlalu gopoh, tamak dan tidak perlu untuk merebut jawatan itu kerana masanya sudah berlalu dan sebagainya.
“Kita kena terima hakikat kalau parti tak sedia dan tidak sederap sama, memang ada pihak yang tidak selesa beliau menjadi Perdana Menteri yang kelapan,” katanya ketika berucap pada Program Debat Reformasi 20 Tahun di sini, malam tadi.
Program berkenaan turut dihadiri sebahagian pimpinan Reformasi 20 Tahun dan 500 penyokong PKR daripada pelbagai cabang seluruh negeri.
Selain itu, Rafizi berkata tindakannya bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR juga bertujuan mengekang perbalahan dan perpecahan yang berlaku dalam parti sejak Anwar dipenjarakan pada 2015.
“Ada perbezaan pendapat besar yang berlaku dalam PKR…ada yang merasainya, yang di bawah (anggota parti) ada kata PKR pecah, bergaduh berebut kuasa. Ini semua adalah lanjutan dari perbezaan pendapat seawal 2015 apabila Anwar dimasukkan ke penjara sebenarnya,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Rafizi berkata, wujud dua kem dalam PKR membabitkan pihaknya dan kumpulan yang diketuai Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata visi yang dibawa kumpulannya menjurus ke arah reformasi secara total manakala di pihak Mohamed Azmin, penumpuan mereka sebelum ini lebih terarah kepada mengekalkan kuasa politik di Selangor.
“Itu pandangan yang masing-masing ada fakta dan hujah yang jelas. Saudara Azmin ada tanggungjawab dia, dia nak pertahankan Selangor, mungkin pada ketika itu untuk kekal jadi menteri besar.
“Saya, Saifuddin Nasution, Nurul Izzah dan lain-lain, kita ada tanggungjawab sebagai pimpinan pusat kita kena jaga (seluruh negara),” katanya. — BERNAMA
Lihat .. 

E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

12 comments:

Enti PAS BODO said...

Pas paling bagus...semua orang Pas wala kpd tuang presideng...tuang presideng nak berbaik dan menangkan umno pru14 yglepas orng pas tak percaya....presiden bagi laluan kpd umno dan sokong dgn undi umno di sg kandis semua setuju...tapi ramai yg boikot tak mau kluar bagi undi kpd umno...
Presiden pas putar kiri putae kanan orang pas kata baguih..

Anonymous said...

Kemelut dalaman PKR bermula bila ade kenyataan2 dari pihak tun madey dan penyokong2 nye memberi gambaran tidak mau melepaskan jawatan PM selepas 2 tahun kpd anwar sebagaimana yg telah dipersetujui dlm majlis Presiden PH...

Ade yg kata PH menang kerana tun madey...pkr tidak pernah menang tanpa tun madey walopun parti tun Bersatu hanye dapat 13 kerusi parlimen...

Ape pon yg berlaku janji mesti ditepati...jika dicapati tandanye ade konar baring dlm pentadbiran negara...

Cik Minah said...

HAHAHA...JANJI MESTI DITEPATI!!!!

SIAPA KATA, Anwar akan ambil alih kuasa dari Tun Mahadir.....????

Mamak Kutikkah..................?????
PKR........................??????????????
RAFIJIK......?
KAMI, pengundikah.................???????
Atau Allah Subhanwatala...........??????

Anonymous said...

Feature article surat khabar STAR milik Parti MCA sekarang menyelar PAS kerana terlampau overdo isu LGBT sbg bahan kempen utama PRK2 melawan PH.

Dalam bahasa lazim PAS guna kpd orang lain, MCA boleh memberi label PAS sbg Munafik Harbi yang boleh diperangi.

Yang ironisnya inilah Parti MCA yang PAS bertaawun sekarang, menghirup balik gulai kawah yang dicampur ketul2 daging babi MCA dan Parti yang pernah mengkartunkan Hadi dan lobai2 RUU355 sbg monyet2 bergantung didahan berebut pisang emas.

Mungkin MCA sedar betapa fakenya Hadi sendiri bila berlakon sandiwara RUU355 diParlimen dulu pun dibawah arahan Menteri Azalina yang tak pasti pendirian LGBT. Siap Hadi baca skrip tulis tangan UMNO, haha.

Dahlah Harakah mohon maaf macam orang bodoh bila sedar slogan kempen Darul LGBT menguris hati pengundi Selangor dan Tuanku Sultan bila celupar gelaran diraja Darul Ehsan dimain2kan utk dapat undi politik.

Inilah musibah bunuh diri Parti yang manipulasi Islam utk halalkan tamak kuasa dan ganjaran politik sekular.

Anonymous said...

Elok juga pas bersama umno. Berbanding pan bersama dap. Bengkak puak pan bila tengok pas bersama umno. Memang bengkak tu dari dulu lagi. Tiap2 hari sebut pas bersama umno. Jadi pas tak payah layan bengkak puak pan yg jadi barua dap. Bukan dap jadi barua pan, tp pan jadi barua dap.

Anonymous said...

Mahathir ada anak. Bukan mudah jawatan pm nak serah pada orang lain, melainkan pada anaknya. Lagi pun mahathir kaki putar sangat.

Anonymous said...

amat bagus lebai malang dn mat jenin berganding tgn. pelawak2 politik era ini.

Anonymous said...

Kamu yg cakap Tun seorang saja yg layak jadi pm malaysia...kamu tahu ke taqdir Allah?...

Anonymous said...

Mahathir nak boboi jadi pm...Mahathir marah najib kerana najib abaikan boboi...

Anonymous said...


Pas nak ABAH jadi PM.......Pas marah kerana PR ABAH kan


Anonymous said...

ko anak tiri mahathir ke. tau sgt hal kluarga tun. kot kaciwa terlentang pru dn prk pun bglah hujah yg tknampak kaciwa dn kemurungan tu.

simpan sikit murung tu hingga pru depan.

Anonymous said...

Asalkn Belasah Abdul Hadi.. i ok je

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails