Thursday, September 06, 2018

'Sebat Wanita Tidak Cerminkan Keadilan Islam'. Kesian Dia, Bukan Cakap O/Islam

Hukuman sebat: 'Jangan tunjuk imej Islam bengis, aibkan umat' - Tun M

Kuala Lumpur: Hukuman sebat terhadap dua orang wanita di Terengganu memberikan gambaran buruk terhadap agama Islam, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam catatan di Facebook, Dr Mahathir berkata ia seharusnya ditangani dengan nasihat terlebih dahulu kerana ia kes pertama seumpamanya.

“Kabinet berpendapat bahawa ini (hukuman sebat) tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa oleh agama Islam.

“Sebaliknya, kita tahu bahawa ini adalah kes pertama bagi mereka dan biasanya dalam kes pertama kita perlu memberi nasihat dan tidak seterusnya melakukan (hukuman) sebat sehingga diketahui oleh seluruh negara.
BACA: Sebat, denda kerana cubaan aksi 'lesbian': Suhakam kecam keputusan mahkamah Terengganu
BACA: Sebat depan khalayak: Air mata tertuduh gugur selepas jalani hukuman
BACA: Cubaan 'buat onar' dalam kereta gagal, pasangan lesbian di Dungun didenda, disebat

“Ini memberi gambaran yang buruk kepada agama Islam. Sebab itu kami berpendapat bahawa, kalaupun ada kes-kes yang semacam ini, pertimbangan hendaklah diberi kepada keadaan tertentu, yang mana dalam Islam kita boleh menjatuhkan hukum yang lebih ringan sementara kita memberi nasihat dan sebagainya," katanya.


Tun Mahathir berkata amat penting untuk umat Islam tidak menunjukkan imej Islam yang bengis dan suka menjatuhkan hukum berat serta mengaibkan orang.

“Ini bukan cara-cara yang digalakkan oleh agama Islam. Ini adalah pendapat kabinet Kerajaan dan kami berharap kita berhati-hati dalam mempamerkan Islam sebagai agama yang tidak ada tolak ansur, tidak ada bertimbang rasa.

“Sedangkan kita selalu, apabila bermula (memulakan) sesuatu dengan Bismillahirrahmanirrahim”, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani tetapi kita tunjuk seolah-seolah dalam Islam ini tidak ada perasaan pemurah sama sekali.

Pada 3 Sept lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu melaksa­nakan hukuman ke atas dua wanita yang didapati bersalah cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dungun pada 8 April lalu. Selain disebat sebanyak enam kali, kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah. (AA)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesian dia PM kita, bukam macam cakap orang Islam yang faham agama. Maafkan dia, bimbingilah dia, Ya Allah!

Buktikan kebencian anda kepada PH di bawah Tun M dengan mengundi PAS dalam PRK ini..
Salam selamat
Wahai sahabat,
Demi kesejahteraan rakyat,
Selangor Darul Ehsan yang berdaulat, 
Perahlah segala keringat,
Kerahkan segala kudrat
Jiwa, minda dan jasad dibulat, 
Memenangkan agenda besar rakyat
Agar suara rakyat kembali keramat, 
Maruah ummat dimartabat, 
Usah gentar usah tergugat
Pergi mengundi janganlah lewat, 
Dengan Bismillah turunkan dakwat, 
Pangkahlah yang logo bulat, 
Semoga mendapat berkat
Wahai jiwa yang sihat
Sejahtera dunia hingga akhirat!
Seri Setia bangkit suara rakyat!
Nukilan:
DR HALIMAH ALI
Calon Rakyat Parti PAS
PRK N.32 Seri Setia
6 September 2018

19 comments:

Anonymous said...

ckp tun tu betul..

ketika seorg wanita dtg jumpa Nabi saw mngaku berzina dan minta hukum hudud... Nabi saw cuba mngelak dgn memperingatkn wanita mungkin dia buat ringan2 saja dan lain yg tidak sampai berzina. mungkin hnya cubaan berzina saja.

adakah perbuatan Nabi saw itu blh dianggap cuba tidak melaksanakan hukum islam? atau mengelak dpd melaksanakn hukum islam?

takkan seorg nabi cuba utk tidak melaksanakn hukum Allah?

fikir sendirilah mesejnya.

cara merotan yg dikatakn tk kuat sangat. khalayak ramai dll mungkin blh dikatakan ada ciri islam tp ada lbh awal lg yg patut dibuat sebwlum yg terakhir iaitu hukuman tersebut. yg awal lg ini adakah mahkamah tganu dh buat?

apa yg lbh awal itu? itulah apa yg dinyatakan oleh tun mahathir. imej islam juga amat penting dijaga dlm keadaan dunia islamiphobia.

imej negeri2 islam yg masih kotor tndasnya dn sampah sarapnya. rasuah dn lemah pemimpinnya. yg berkuasa tk di heret ke mahkamah kerana rasuah. yg marhein yg sentiasa kena. dn byk lg imej tercemar umat islam.

tiba2 lobai2 malang dn pak kadok melompat2 gembira islam telah berkuasa..hukum islam telah dilaksana. islam telah menang... apabila dpt mnghukum org begitu.

sebb hukum islam difahami lobai sebagai mnghukum. sedangkn hukum islam bermaksud suatu ketetapan. kebersihan pun adalah hukum islam.

pastikn lepas ni hukum sebat pula bg perasuah. lbh besar pangkat lbh byk sebatnya. bermula dgn pemimpin2 kekantan dn tganu dulu.

Aku dn sesuatu said...

Tuan, terima kasih. Pengisian yg bgus utk di hadamkan

Anonymous said...

Apa salah ikut sepertimana Aceh buat.

Terkini Aceh melarang lelaki dan perempuan bukan mahram makan berdua-duan. Walaupun Aceh juga telah melaksanakan hukuman rotan, PAS sepatutnya melarang lelaki dan perempuan bukan mahram makan berdua-duan sebelum hukum merotan di laksanakan.

Memang menjadi persoalan apabila mereka di hukum dengan merotan sedangkan ini ada lah kesalahan mereka yang pertama. Apabila dakwaan yang dikenakan ke atas mereka ialah cuba melakukan perbuatan tersebut.

Tidak kah janggal apabila mereka tidak membuat rayuan. Mereka sepatutnya di tanya samada mereka ingin buat rayuan saat sebelum mereka di rotan secara lisan di hadapan hakim atau yang bertanggungjawab dan rayuan mereka di rekodkan . Samada di terima atau tidak, keputusan tersebut tidak akan mengambil masa yang lama.

Memang begitulah pandangan orang terhadap Kerajaan PAS yang suka sangat menghukum sehingga Islam di lihat bengis dan kejam.


Anonymous said...

Pakatan syiah , liberal dan kafir harbi pimpinan Maha Qarun adalah kepala bapak hipokrit @ munafik kerana mempertikai dan menghina undang-undang Syariah konon hukuman sebat ke atas lesbian tersebut adalah zalim, tidak bertamadun, tidak berperi kemanusiaan dll.

Tetapi pada waktu yang sama pakatan kepala bapak hipokrit @ munafik merestui banduan-banduan disebat dengan rotan yang besar dan daya pukulan yang brutal sehinggakan banduan meraung menangis kesakitan dan terkencing kerana tidak tahan menanggung siksaan rotan tersebut. Kesan siksaan rotan ke atas fizikal dan mental banduan tersebut berkekalan ke atas banduan tersebut.

Kepala bapak munafik ini juga merestui banduan dihukum gantung hingga mati yang amat menyiksakan banduan sehinggakan banduan meronta-ronta dan terkecing di waktu mereka digantung sebelum mereka mati. Kejam !

Ini membuktikan pakatan kepala bapak munafik bersikap anti-Islamkerana mereka menyokong pelbagai bentuk kemungkaran dan kesesatan seperti atheis, LGBT dll dan mereka juga suka menghina ajaran Islam seperti Hudud dan menafikan hak umat Islam.

Oleh sebab itu, marilah kita semua umat Islam menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama untuk membela dan melindungi ajaran Islam dan hak umat Islam di negara ini !

Anonymous said...

Exco PAS Terengganu pun yang membela persetujuan bikini separoh bogel oleh PAS Terengganu boleh bermadah PAS ingin mendidik bukan menghukum, PAS ingin harmoni dgn dasar BN sebelum ini dan PAS hormati hak2 bukan Islam.

Bunyi lembut senada dgn apa yang disarankan PM supaya langkah2 menasihati dan mendidik didahulukan dlm kes sebarang LGBT.

Tetapi hanya terpakai muwazanah utk perkara2 yang PAS ada kepentingan spt kelangsongan industri pelancongan Terengganu atau dasar populis yakni alasan komersil dan sekular.

Malangnya, percaturan politik sekular dipilih utk menyegerakan hukuman keras LGBT bila kejar timing kempen PRK nak tunjuk belang Darul LGBT.

Mungkin mangsa2 sebatan PAS Terenggganu itu tertanya2 tiadake hukuman sebat yang lebih berat patut dikenakan jugak kpd pemimpin2 Parti yang guna Islam utk halalkan cara dapat kuasa dan habuan. Pemimpin yang memberi pelbagai alasan ugama utk menghalalkan Amanat takfiri sampai ada mangsa2 terdorong mati terbunoh.

Buktikan kebencian anda kpd PAS yang sesat mengunakan Islam sbg topeng politik sekular dgn jangan undi PAS atau rakan taawun halal baru nya, MCA dlm PRK2 ini.

Anonymous said...

Pakatan syiah , liberal dan kafir harbi pimpinan Maha Qarun adalah kepala bapak hipokrit @ munafik merestui banduan dirotan dengan rotan besar dengan kuat sehingga menyebabkan banduan meraung kesakitan dan punggung mereka pecah dan berdarah dan banduan dihukum gantung hingga mati di mana banduan akan meronta-ronta dan sesak nafas menderita sebelum mati dalam penjara sekular.

Dan pada masa yang sama pakatan syiah , liberal dan kafir harbi pimpinan Maha Qarun mempertikai dan menghina undang-undang Syariah konon hukuman sebat ke atas lesbian tersebut adalah zalim, tidak bertamadun, tidak berperi kemanusiaan dll sedangkan hukuman sebat ke atas lesbian tersebut adalah jauh lebih ringan dari sebatan brutal dalam penjaran sekular milik KERAjaan pakatan!

Ini jelas membuktikan pakatan syiah , liberal dan kafir harbi pimpinan Maha Qarun mempunyai lidah biawak dan bersikap anti-Islam kerana mereka suka menghina ajaran Islam dan perjuangan Islam.

Anonymous said...

Syaitan 5:41 PM adalah pesakit mental yang kronik kerana syaitan ini menyeru manusia membenci parti Islam PAS kerana PAS berjuang menegakkan Islam dan membela hak umat Islam dan syaitan ini juga menyeru manusia menyokong dan mengundi pakatan yang telah menghina Islam. Bukti:

DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

Anonymous said...

Anjing kurap 5:41 PM ternakan lebai kulup biaDAP berlagak 'suci' sambil mencipta pelbagai fitnah untuk memburuk-burukkan ulama Islam dan parti Islam PAS yang sedang berjuang menegakkan Islam dan membela hak umat Islam kerana anjing kurap 5:41 PM dan lebai kulup biaDAP amat bencikan Islam dan umat Islam.

Pada masa yang sama anjing kurap 5:41 PM menyokong dan membela lebai kulup biaDAP menghina ajaran Islam secara terbuka. Ini membuktikan anjing kurap 5:41 PM ini adalah barua kafir harbi kerana umat Islam yang tulen tidak akan melakukan kerja kotor syaitan ini.

Anonymous said...

Barua 4:45 PM ternakan lebai kulup biaDAP cuba memutar belitkan ajaran Islam seolah-olah Nabi tidak melaksanakan hukum Islam ke atas pesalah-pesalah apabila barua bodoh berganda ini menulis seorg wanita dtg jumpa Nabi saw mngaku berzina dan minta hukum hudud... Nabi saw cuba mngelak dgn memperingatkn wanita mungkin dia buat ringan2 saja dan lain yg tidak sampai berzina. mungkin hnya cubaan berzina saja..

Barua ini bersikap munafik apabila dia sengaja tidak menceritakan tentang Nabi telah menghukum wanita tersebut setelah wanita bersungguh-sungguh mengaku dia telah melakukan zina !

Tujuan komen barua ini ialah untuk menghalalkan kemungkaran dan kesesatan dan melepaskan pesalah dari undang-undang Syariah!!! Barua ini adalah kepala bapak liberal !

Dan pada masa yang sama barua lebai kulup ini berlagak 'suci' sambil menulis pelbagai dakwaan tanpa sebarang bukti untuk menfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu.

Maka jelaslah barua lebai kulup biaDAP ini adalah syaitan yang suka menjaja fitnah !

Anonymous said...

kalau cubaan bunuh dll
janagn hukum nasehat dulu kesian kat depa
matde punay kepala otak ngan hukum hukum jinayah Islam cukup anti betoi

isa rotan osa itu hukum ynag dia suka tak dzolim tak burukan imej islam ka
tafsir Ar rahaman matde sendiri tandatangan kata pengantarnya

dah tua merega tak sedar kediri ngan perintah Allah
umur panjang pung suka sanggah hukum Allah
nak buat apa

Anonymous said...

Maka bergembiralah yahudi.
Nasoro...lgbt...mereka sesekali x kn setuju..

Mohammad Azren said...

Alamak. Kalau macam ini semakin sukar lah untuk mendapat undi Kafir di Prk Seri Setia. sia-sia ada Lobai yg mencemar duli untuk muncul dipentas MCA walau pun menanggung malu kerana tidak diundang. Lobai semakin berserabut sejak BERTAAWUN dengan PENYAMUN. Bila lah Lobai ni mahu bijak berpolitik. Lobai...Lobai...Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Adakah ini contoh retorik dan hujah Islam walaun dari Parti Islam PAS yang berjuang menegakkan Islam dan membela hak umat Islam bila berhadapan dgn perbezaan pendapat:

" Pakatan Syiah, Liberal dan Kafir Harbi pimpinan Maha Qarun adalah Kepala Bapak hipokrit @ Munafik, pesakit mental yang kronik, syaitan, barua, Lebai Kulup BiaDAP, anjing kurap, berlagak suci, lidah biawak, antiIslam, buktikan kebencian anda kpd PH dibawah TDM dgn mengundi PAS diPRK......:"

Dalam nafas yang sama calon PRK PAS merayu pengundi Cina dan India jangan takut dan risau utk undi PAS kerana PAS FOR ALL.

Rasenya, bukan sahaja Cina, India tapi Melayu dan akar umbi PAS pun terkejut dog nak undi PAS bila tengok contoh akhlak jahilliyah, jumud, khawarij dan bodoh sombong walaun ini.

Ini belum dicampur kelut kelik Ularmak sekali kafir sekali tak kafir dan sekali gulai kawah halal, sekali haram ikut musim.

Tidak hairan dan terjawab sudah mengapa PAS hanya menang satu kerusi diDUN Selangor.

Anonymous said...

Tuan hukum islam semua melenting dari kafir dan yg islam berjemaah kutuk zalim lah dan macam2 lg. Ini hukum islam bagi umat islam pasti tahu kalau kita tentang dan berkata apa saja yg menjurus kepada penentangan apa akibatnya. Pada yg bukan islam tak ada kenemengena pun pasal apa berjemaah mengutuk. Moga hukum hudud dilaksanakan dimalaysia dan allah memberi rahmat pada semua umat maknusia.

Anonymous said...

Mahathir tu bukan ulamak. Dia pakai akai dia, tak guna nas langsung. Orang kafir bila x pakai nas dan pakai akai je menjadikan hasil fikiran sama level dgn mahathir. Macam tikus baiki labu jadinya. Makin rosak kalau follow mahathir yg roh ilmu nya zero islam. Kafir pun macam tu, boleh bercakap tentang islam, tapi takda roh. Mahathir sepatutnya sokong, bukan terus menerus asyik menyalahkan orang islam nak melaksanakan hukum islam.

Anonymous said...

AnonymousSeptember 6, 2018 at 5:05 PM kamu takada disana dan suka hentam pas sebab pas perjuangkan islam. Berjemaahlah kamu hentam pas. Tertuduh diberi 2 minggu untuk rayuan dan sebelum dihukum pun ditanya oleh hakim tapi tertuduh tak merayu dan sedia dihukum. Tentang kesalahan pertama allah dah memberi amaran tentang lgbt dan allah melaknat golongan ini. Kamu carilah alasan untuk memburukkan pas yg berjuang untuk laksanakan hudud. Moga kamy diberi hidayah berjuang untuk islam.ameeen

Anonymous said...

AnonymousSeptember 6, 2018 at 5:41 PM ternyata kamu anti pas yg hanya perjuangkan islam. Kamu fitnahlah sebab itu amalan kamu dan moga kami bertaubat atas fitnah yg kamu sebarkan dan kebencian kamu pada pas akan berkurangan dan hati kamu akan kembali tenang dan tidak rasa marah pada hukum hudud.

Anonymous said...

Maka sah lah PM kerajaan pakatan/dap ni munafik - siapa2 yg setuju dgn dengan fatwa mahaguru pakatan dap ni jadilah mereka jemaah yg dikatakan anti islam atau tak faham islam

mazhad tuan guru mahafiraun - nak kata telly dgn alquran pun Tidak.telly dgn hadis pun Tidak telly dgn ijtihad ulamak pun tidak - cuba bagi tahu dunia dia lah sorg cendiakawan..

malas nak ulas yg lain ma..certa pun bukan mahzhad ni faham - rotan mcm rotan budak tadika itulah peringatan/pengajaran nama nya - tapi fakwa mahatir islam ni zalim kata tiada kasihan belas dan bla bla..
nilah yg menjadi yg menjadi Pm negara malaya.ni bak anggg!!! - pakar rujuk agama baru malaya baru - sudah lah kencing kuat tak mahu mengaku ..perempuan dua org tu lebih mulia dr mahatir kuty.. tahu salah.tapi tak mgaku...

Anonymous said...

Siapa Ridhuan Tee?

Mamak ini yalah pembela tegar Najib Penyamun yang mendapat habuan dan ganjaran mewah dunia sbg ahli pemikir/ penganalisa politik beratibkan Ketua an Melayu UMNO. Konsep amal maaruf nahi mungkar yalah membelasah PH terutama DAP tapi tutup mata jenayah salahlaku UMNO terutama Najib.

Sekapal dgn Mufti2 Dan Ularmak2 yang cari makan dan jawatan dengan UMNO. Terutama Mufti Casino yang tiada tiang seri, hanya tahu fatwa DAP kafir harbi haram diundi kerana ikut telunjuk UMNO.

Walau yang membsngsatkan Melayu, Islam dan Raja yalah UMNO, mereka amalkan mata buta, telinga pekak dan lidah bisu.

Tak perlu layan madah agama beliau yang berselut UMNO.

Masuk politik lah, turun Padang mintak dipilih rakyat tak payah berselindung dibelakang title ahli pemikir politik. Baru tahu langit rendah atau tinggi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails